PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Monday, November 1, 2010

Umno Peralat Agama, Fakta Bukan Fitnah.

Umno Peralat Agama, Fakta Bukan Fitnah.
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
SUNDAY, 31 OCTOBER 2010 16:44


Parti Islam Se-Malaysia PAS, menegaskan memang Umno peralatkan agama dan peralatkan orang agama. Ia bukan merupakan fitnah, tetapi kenyataan. Mereka gunakan isu agama apabila penduduknya kuat berpegang dengan agama seperti di Galas. Ustaz-ustaz Umno disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang Umno buat. Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan Umno BN.

Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz Umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja, tidak lebih daripada itu.

PAS mencabar Umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam Umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam Umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid, ditolak dengan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, Umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam Umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam Umno dahulu. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu. Persoalannya tenangkah jiwa orang agama di dalam Umno yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat. Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang mereka sertai. PAS menyeru supaya orang agama tinggalkan sahaja Umno, sertailah PAS. Habiskanlah sisa umur yang masih berbaki untuk Islam. Tidak ada makna kemewahan dunia, tetapi hati tidak tenang.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

1 comment:

  1. Memang Umno peralatkan agama dan peralatkan orang agama. UMNO adalah parti yang memisahkan politik dari agama. Mereka adalah penganut fahaman sekular yang tidak boleh sekali-kali merujuk pada Al Quran dan Hadis.

    Jika mereka merujuk Al Quran dan Hadis itu bermakna mereka memperalatkan agama dan memperolokkan agama Islam.

    Sebab.....

    Dasar perjuangan UMNO tidak berlandaskan Islam malah menurut fahaman sekular baru (New Secular order) buatan yahudi laknatullah.

    Sememangnya mereka gunakan isu agama apabila penduduknya kuat berpegang dengan agama seperti di Galas.

    Bukankah mereka yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat.

    Ahli Umno hanya membisu sahaja melihat program dan perancangan kerajaan yang jelas bercanggah dengan syariat Allah malah pemimpin UMNO terus mempopularkan maksiat.

    Mana suara ustaz Umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam?

    Mana ustaz UMNO bertindak membetulkan kepincangan dan perbuatan dosa yang dianjurkan oleh pemimpin UMNO? MAna mereka?


    PAS menyeru rakyat membangun bersama Islam tetapi UMNO menganjurkan rakyat membangun bersama sekular.

    Adakah belum jelas lagi UMNO adalah parti yang menyuburkan maksiat, mempopularkan perbuatan dosa yang mengundang kemurkaan Allah, mengundang ditimpa bala azab dari Allah?

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP