PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Tuesday, October 26, 2010

HOT: Isu Rosmah Dan Dr. Zambry, Pemuda PAS Perak hantar memo kepada Mufti

Hot: Isu Rosmah Dan Dr. Zambry, Pemuda PAS Perak hantar memo kepada Mufti


From :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: by pria Malaya

Oleh: Pria Malaya



Tahniah penulis ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak..suatu langkah yang bijak lagi profesional bagi merungkai persoalan yang timbul...

Penulis bersangka baik, mungkin Mufti Perak ini sibuk sehingga tiada masa utk mengambil tahu isu semasa tanah air..atau mungkin beliau xsempat nk baca berita DLL..mungkin kerana inilah beliau dilihat seolah2 membisu tidak mengulas isu-isu yang melingkari pemimpin2 Umno..


Nak harapkan penyokong Dan blogger fanatik Umno memberi teguran pada Mufti Perak? Jangan harap..mereka tidak akan bertindak jika sesuatu isu itu tidak memberi kelebihan kepada mereka...tiada keperluan bg mereka mendesak Mufti Perak mengulas isu ini jika terbukti boleh merosakkan imej Umno..

Di bawah, adalah dua isu 'besar' yang sedang melanda negara Kita ketika ini..Dan atas dua isu inilah pemuda PAS menggagahkan diri utk bertemu dengn Mufti Perak supaya turut sama 'turun ke gelanggang' mengulas isu yang berlaku..jangan kerana ianya berlaku pada kerajaan (Umno), maka demi menjaga 'tuan' Kita, Kita tidak berani menyatakan kebenaran...

1. Isu Rosmah (Klik di SINI)

2. Isu Zambry (Klik di SINI)

Akhir kalam..sama2 Kita tunggu respon Dan reaksi Tok Mufti Perak Kita ini...wallahua'lam....


MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG DIDAPATI MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W DAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH.



Perkara di atas adalah dirujuk.



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri terhadap dua tokoh besar di dalam negara Dan negeri ini yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Kami amat kesal kerana Y.Bhg. Tan Sri tidak begitu prihatin untuk memberikan pendapat Dan penjelasan sehingga menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap kedua-duaperbuatan Dan isu tersebut.



2 Bagi kes isteri pimpinan utama negara, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia Dan juga sebagai Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival telah menganjurkan Festival Busana Muslim pada 10 Ogos 2010 di Monaco Sporting Club, Monte Carlo.



Majlis tersebut secara jelas telah menghina syariat Islam Dan Rasulullah s.a.w apabila pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian menurut syariat Islam ditambah dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab secara terbalik diguna Dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.



Manakala, dalam kes orang nombor satu negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara meletakkan ancak ke tiang Seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.





Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Tan Sri dalam dua perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu Dan kedudukan mulia Y.Bhg. Tan Sri agar dapat memperjelaskan kepada rakyat Dan umat Islam akan kekeliruan tersebut . Pihak kami meminta

Sama Ada Y. Bhg. Tan Sri mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.

Wednesday, October 20, 2010

Umno Adalah Parti Islam, Kata Najib

SIK, 10 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.
“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini Khamis ini.
Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.
“Kita tidak perlu label “membangun bersama Islam” kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan,” kata beliau.
Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.
“Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dahulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar,”
“Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat,” kata beliau.
Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peritiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.
“Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha,” kata beliau.
Pada majlis itu, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan para pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.
Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan duit raya dan bantuan khas kepada peneroka Felda berkenaan.
– BERNAMA

Adakah UMNO sebuah Parti Islam?   Lihat saja foto tentang Islamic Fashion Festival dibawah ini:

R4

R7

R3

R6

R2

R5

R1

R8

R9


Bukankah Fashion Festival ini jelas sekali satu penghinaan keatas Nabi Muhammad s.a.w.dan seluruh umat Islam.

Dengan foto-foto ini maka terjawablah soalan samada Parti UMNO sebuah Parti Islam atau sebuah Parti Sekular.  UMNO telah bersengkongkol dengan penganjur festival guna label Islam menghina Islam. Ini membuktikan Parti UMNO adalah parti sekular, tiada kena mengena dengan menegakkan Islam.

Wednesday, October 13, 2010

Kerja keras pastikan Galas menang - Nizar

Ditulis oleh buletinonline MONDAY, 11 OCTOBER 2010 09:58


KUALA TERENGGANU – Pakatan Rakyat (PR) akan bekerja keras dalam memastikan kemenangan calon pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November nanti.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kemenangan akan dipastikan milik calon yang dipilih PR kerana di kawasan itu terdapat lebih 20 peratus pengundi Cina selain 11 peratus Orang Asli.

“Hasrat ini dijangka tercapai kerana kita tidak gentar dengan calon yang bakal diletakkan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Galas nanti.

“Saya menyatakan sedemikian kerana kemenangan di Sibu semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) 16 Mei lalu memang di luar jangkaan dan menunjukkan penduduk di situ sudah muak dengan politik BN," katanya.

Sehubungan itu katanya, tidak mustahil penduduk di kawasan Galas boleh terus mengekalkan kerusi milik Pas daripada jatuh ke tangan BN walaupun pelbagai agenda politik bakal dimainkan sepanjang kempen pilihan raya akan datang.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam dan sesi dialog sempena dana pilihan raya di Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Sementara itu, Nizar berkata, desas-desus menyatakan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menjadi calon di Galas hanya tawaran daripada pucuk pimpinan UMNO, namun belum ada kata putus.

“Kemungkinan beliau (Ku Li) akan menolak tawaran itu dan perkara ini telah pun dinyatakan dalam Parlimen oleh beliau sendiri.

“Sekarang, PR menunggu siapa calon yang bakal diletakkan oleh BN di sana dan kita yakin tidak memberi masalah kepada jentera PR untuk meyakinkan penduduk di kawasan itu," katanya.

Apa yang penting katanya, setiap calon yang dipilih PR akan disokong dan cuba membantu sedaya upaya agar kemenangan terus berpihak kepada calon mereka.

“Hasrat ini penting bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PR bukanlah satu parti yang mensia-siakan rakyat, tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum di Malaysia,” katanya.

Tuesday, October 12, 2010

Apa Masalahnya PAS Menjadi Kapten Pakatan Rakyat(PR) ?

Ditulis oleh Suhaizan Bin Kaiat
MONDAY, 11 OCTOBER 2010 10:37


Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA telah cuba memberi gambaran yang salah khususnya kepada masyarakat Cina berkenaan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya Pakatan Rakyat(PR) memerintah negara ini. Semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA kali ke 57 pada hari Ahad 10/10/10, beliau telah menyatakan bahawa jika PR memerintah maka PAS akan menjadi kaptennya. PAS akan membawa dasar-dasar autokratik dan kembali kepada perjuangan asalnya. Ucapan ini disampaikan di hadapan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional serta para pewakilan MCA seluruh negara. Persoalannya apa masalahnya jika PAS menjadi Kapten PR?


Dasar PAS adalah Islam. Semenjak ditubuhkan 59 tahun dahulu hingga ke hari ini dasar PAS tidak pernah berubah. Islam adalah agama yang universal. Kebaikan yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh manusia tidak kira agama mahupun bangsa. PAS berkeyakinan bahawa Islam di turunkan atas mukabumi ini adalah untuk menyelamatkan dunia ini daripada kehancuran akibat kerakusan manusia. Buktinya sekitar kampung Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sendiri di Batu Pahat, masyarakat Cina boleh tinggal dengan selamat dan berniaga bersama orang Melayu yang beragama Islam. Bilangan masyarakat Cina tidak sampai 10% di perkampungan tersebut tetapi mereka boleh hidup selesa. Islam menjamin keselamatan semua umat manusia. Jika terdapat kelemahan bukanlah disebabkan oleh Islam tetapi disebabkan oleh penganutnya yang tidak melaksanakan Islam yang sebenar. Kemuliaan bangsa Melayu itu hanya apabila ia berpegang kepada Islam. Jika orang Melayu meninggalkan Islam maka kita akan dapat melihat kehancurannya.


Berapa ramai orang Cina di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang tertindas semasa pemerintahan PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah(APU), Barisan Altenatif(BA) dan Pakatan Rakyat(PR) daripada tahun 1990 hingga sekarang? Jika Islam itu zalim maka PAS sudah menindas masyarakat bukan Islam sejak tahun 1990. Jika Islam itu tidak bertamadun maka sudah beribu orang bukan Islam yang dibunuh oleh PAS. Islam melarang memaksa orang lain untuk menganut agama Islam. Hak memilih agama adalah hak masing-masing. Agama bukan untuk ikut-ikutan tetapi diikat dengan keyakinan teguh dalam hati yang ikhlas. Bagi Islam, tiada paksaan dalam agama. Namun apabila telah menganutnya, tiada pilihan melainkan wajib mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan Allah.


Islam menentang perkauman sempit. Islam melarang umatnya berlaku zalim dan menafikan hak orang bukan Islam. UMNO adalah parti perkauman. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek , jangan mengambil contoh pegangan agama Islam daripada UMNO. Sebahagian besar pemimpin UMNO gagal menunjukkan ciri-ciri Muslim yang sebenar. Sebelah tangan memegang Islam sementara sebelah tangan lagi menerima rasuah. Dalam Islam tidak boleh bercampur antara yang baik dengan yang jahat. Parti perkauman seperti UMNO tiada panduan yang jelas tetapi PAS jadikan Al-Quran dan kehidupan Nabi Muhammad sebagai panduan yang jelas. Ini termaktub dalam perlembagaan PAS. Tidak ada satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam. Kalau Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek terjumpa satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam sila kemukakan dengan segera.


Dalam Islam tiada halangan bagi orang bukan Islam melaksanakan ibadat dan amalan masing-masing seperti meminum arak, memakan daging kinzir dan lain-lain. Pernahkah Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek melihat orang alim yang melarang penjualan daging khinzir kepada masyaraka Cina di kampung-kampung sekitar Batu Pahat. Mereka bebas melakukan aktiviti perniagaan ini. Itulah ajaran Islam sebenar. Islam hanya melarang penjualan barang terlarang seperti arak dan daging khinzir kepada orang Islam sahaja.


Sekarang UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah tidak dapat mengawal rasuah dalam negara. Penaiktarafan BPR kepada SPRM tidak dapat membantu imej negara keluar daripada budaya rasuah. Dalam Islam rasuah boleh dihindari dengan menyemai perasaan takut kepada Allah S.W.T. Segala perbuatan kita mesti dirujuk kepada perintahNya. Umat Islam berkeyakinan segala perbuatan jahat akan dibalas dengan azab neraka apabila mati kelak. Semua orang tidak terlepas daripada mati. Oleh kerana UMNO mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan urusan politik daripada agama maka perbuatan rasuah tidak dikaitkan dengan kemarahan Allah S.W.T dan seksaan api neraka. Secara automatik masyarakat Islam beranggapan rasuah itu tidak menjadi kesalahan yang membawa manusia masuk neraka. Sebab itu tidak mustahil umat Islam yang berfahaman sekular boleh memakai serban yang tebal tetapi tetap melakukan rasuah. Sebenarnya tidak banyak kos diperlukan untuk membanteras rasuah mengikut ajaran Islam sebenar. PAS mempunyai rekod yang jelas dalam isu rasuah ini. Tiada seorang pun exco PAS yang terlibat dengan rasuah di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bandingkan pula dengan UMNO, berapa ramai pemimpinnya terlibat dengan rasuah. Itulah bukti Islam sebenar yang dibawa oleh PAS dan bukan Islam sekular yang dibawa oleh UMNO. PAS didik pemimpinnya dengan Islam sebenar. Dengan Islam sebenarlah PAS dilihat mempunyai integriti yang tinggi.


Orang bukan Islam khususnya masyarakat Cina menguasai ekonomi dalam negara ini. Islam menjamin harta-harta mereka. Islam melarang umatnya merampas harta orang bukan Islam. Islam juga melarang umatnya mencuri dan merompak harta orang bukan Islam. Jika mengikut ajaran Islam sebenar jenayah dapat dikurangkan. Negara kita sudah terlalu tepu dengan jenayah sehingga sangup membunuh dan membakar mayat manusia dengan begitu kejam sekali. Sejarah dunia telah membuktikan bahawa Islam dapat mengurangkan jenayah dalam sesebuah negara. Itulah bukti bawa Islam sebenar dapat mengatasi masalah jenayah dalam negara. PAS tidak mampu menggubal sebarang undang-undang Islam jika rakyat tidak menyetujuinya. Oleh itu PAS mengambil pendekatan mendidik terlebih dahulu terhadap prinsip-prinsip keadilan yang terdapat dalam Islam kepada seluruh rakyat Malaysia. PAS yakin suatu masa nanti rakyat Malaysia akan terbuka hatinya untuk menerima undang-undang Islam. Hati manusia sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya adalah milik Allah S.W.T. Dialah yang membuka hati atau menutup hati rakyat Malaysia. PAS berserah sahaja kepada Allah S.W.T setelah berusaha mendidik rakyat memahami keadilan dalam Islam. PAS yakin suatu masa nanti mereka yang bernama Ah Chong atau Ramasami secara relahati memohon keadilan dalam Islam untuk melindungi nyawa, akal, harta dan keturunan mereka.


Antara kegagalan UMNO dalam memerintah negara ini adalah gagalnya UMNO mendidik masyarakat Islam menjadi umat Islam yang cemerlang dalam pendidikan, ekonomi, sosial dan lain-lain. Statistik menunjukkan bahawa remaja Islam menjadi juara masalah sosial dalam negara. Dalam pencapaian akademik pula kualiti pelajar Islam lebih rendah daripada bukan Islam. Keadaan tidak seimbang inilah menyebabkan dasar afirmatif terpaksa dikenalkan sehingga ke hari ini. Sebenarnya dasar afirmatif sudah tidak diperlukan lagi jika kedudukan sosio-ekonomi semua masyarakat sudah seimbang. Islam yang sebenar mampu membina jatidiri remaja Islam sebenar. Buktinya sekolah-sekolah aliran agama Islam di negara ini menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik dan tidak menghadapi masalah sosial yang besar dibandingkan sekolah yang bukan aliran Islam. Umat Islam yang hampir dengan Tuhannya dapat menghindarkan diri daripada gejala yang tidak bermoral. Oleh itu agenda utama PAS dan PR jika memerintah negara ini adalah membina hubungan mantap remaja dengan Tuhannya. Tentunya modalnya tidak sebesar Program Rakan Muda atau PLKN.


Islam sebenar dapat menjaga nyawa, harta, keturunan dan akal fikiran manusia. Saya penuh yakin masyarakat bukan Islam lebih selamat bersama Islam sebenar. Mereka boleh mengundi PAS dan PR dalam pilihanraya akan datang. Jika masyarakat bukan Islam merasa tidak selesa dengan cara-cara PAS maka mereka boleh menyalurkan pandangan mereka kepada Dewan Himpunan PAS, DAP/PKR rakan sekutu PAS atau NGO yang berkaitan. Negara kita adalah sebuah negara demokratik. Tempoh 5 tahun bukannya lama. Jika masyarakat bukan Islam tidak selesa dengan PAS dan PR maka pilihanraya seterusnya pilihlah UMNO-BN. Pada waktu ini, apakah masyarakat bukan Islam lebih rela bernaung di bawah UMNO-BN yang telah terbukti tidak mampu menjaga kepentingan rakyat Malaysia dengan peningkatan rasuah, jenayah, kemerosotan ekonomi dan sebagainya. Atau masyarakat bukan Islam perlu mencuba pemerintah baru yang menjanjikan pemerintahan yang lebih bertanggungjawab, telus, demokratik dan adil. Sebahagian usaha ini telah dilaksanakan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.


Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pernah menjadi Exco Kanan Kerajaan Negeri Johor, Ahli Parlimen Labis dan Pengerusi MCA Batu Pahat. Sudah tentunya beliau mendapat gambaran Islam daripada daripada Tan Sri Muhyidin bin Mohammad Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Dato Abd. Ghani Othman(Menteri Besar Johor). Saya kira Datuk Seri Dr Chua Soi Lek belum mendapat gambaran Islam sebenar daripada PAS khususnya PAS Johor. Saya mencadangkan kepada beliau agar mendapatkan maklumat Islam sebenar daripada anak-anak Johor seperti Dato Mahfoz Muhammad (Pesuruhjaya PAS Johor), YB Sallehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Sdr Mazlan Alman (AJK PAS Pusat) dan lain-lain lagi. Mungkin adalah lebih mudah berbicara tentang Islam yang sebenar sesama anak Johor sendiri.



Suhaizan Bin Kaiat

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Pusat

Monday, October 11, 2010

Jangan Percaya Rayuan Presiden Umno

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad

TUESDAY, 12 OCTOBER 2010 10:05

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat member mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Beliau mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21. Katanya lagi kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.


PAS menyeru rakyat menggembelingkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN, kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak. Indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama, yang berpendapatan rendah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara. Pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka. Sepatutnya pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.


Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Sukar untuk mengubat penyakit misteri yang tidak boleh dikesan dengan x-ray, penyakit ini hanya dapat diketahui apabila kerajaan BN jatuh. Pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang apabila bertukar kerajaan baru kita mengetahui banyaknya” jerangkap samar” yang ditanam dalam pentadbiran BN selama ini. Kelantan yang telah lama memerintah sejak 1990 terpaksa membuang jerangkap samar secara berdikit-dikit seperti hutang yang ditinggal sebanyak RM740 juta. Alhamdulillah dengan berkat kebijaksanaan dan ketelusan hutang lapok yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno dapat diselesaikan sikit demi sedikit. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru mengambil alih telah menjumpai terowong yang tersembunyi sewaktu 51 tahun memerintah, sekarang cuba untuk menutup kembali.


Rakyat sudah mual dengan janji dan slogan pemimpin Umno BN untuk membela rakyat, tetapi dari segi amalannya tidak berlaku. Malahan kesusahan rakyat iniah yang dikeskploit untuk memancing undi. Tambahan pula dengan Perdana Menteri pada hari ini yang kaya dengan slogan yang retorik tetapi, keberhasilannya tidak ada. Rakyat tidak boleh menerima dengan tindakan Perdana Menteri hari ini dalam menyelesaikan tanah Keretaapi Tanah Melayu yang diberi kepada Singapura seluas 217 hektar dan menyerahkan telaga minyak RM320 bilion blok L dan M kepada Brunei dalam sekelip mata. Orang mula membandingkan dengan kepimpinan Tun Abdulllah Ahmad Badwi walaupun nampak lembut tetapi sekurang-kurangnya sewaktu hendak menyerahkan Pulau Batu Putih beliau tidaklah menyerah selepas makan buah durian sahaja. Sekurang-kurangnya ada juga usaha membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mempertahankan maruah negara. Kenapa perkara ini tidak dilakukan oleh Datuk Seri Najib, hanya Allah dan beliau sahaja yang mengetahui.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Orang Asli Dlm Senarai Calon Galas -Tuan Ibrahim

KL : Sekurang-kurangnya lima nama telah dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai calon PAS di Galas, kata pengarah pilihan raya kecil PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Daripada senarai tersebut, dua nama terdiri daripada kalangan masyarakat Orang Asli dan selebihnya kalangan pemimpin dan aktivis masyarakat tempatan.


"Kesemuanya memang dikenali oleh orang Gua Musang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang disenaraikan itu. Senarai berkenaan juga belum dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS pusat, katanya. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, nama-nama berkenaan dicadangkan bagi memenuhi kemahuan akar umbi.


Ditanya mengenai pertimbangan yang akan digunakan dalam memilih calon kali ini, Tuan Ibrahim berkata: "Kita pilih calon yang boleh bergelumang dengan rakyat di situ." Mengulas kesediaan PAS untuk menurunkan wakil daripada masyarakat Orang Asli di situ, Tuan Ibrahim berkata, pertimbangan tersebut dilakukan berdasarkan keputusan pilihan raya umum sebelum ini.


Sokongan daripada kira-kira 2,000 pengundi Orang Asli terhadap PAS meningkat meningkat sehingga 20 peratus dalam pilihan raya lalu di enam peti undinya Belatim, Bihau, Balar, Sungai Ber, Lojing dan Hau. Selain itu, Galas juga mempunyai bilangan pengundi Cina paling ramai berbanding kawasan lain di Kelantan - seramai kira-kira 1,900 orang di peti undi Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru Hilir.


Kawasan selebihnya, Sungai Terah, Kampung Batu Papan, Kampung Pulai dan Lepan Tupai menempatkan majoriti pengundi Melayu di Galas, seramai kira-kira 6,200 orang daripada keseluruhan lebih 11,500 pengundi. Tindakan PAS mengambil kira calon daripada kalangan masyarakat Orang Asli itu kelihatan konsisten dengan kenyataan timbalan pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa untuk mengambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap PAS.


Antara wakil masyarakat Orang Asli yang dikenali di kalangan masyarakat Gua Musang ialah Pandak Panjang Ey, yang kini dilihat mesra dengan PAS Kelantan. Beliau hadir bersama sekumpulan masyarakat Orang Asli Temiang Gua Musang dalam satu program ramah mesra anjuran kerajaan negeri di kediaman rasmi menteri besar Selasa lalu, lapor Harakahdaily.


Turut hadir di majlis itu ialah timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yakub; speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan exco kerajaan negeri. Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Mazlan Jaafar berkata, beliau mengambil sikap terbuka sekiranya PAS mengambil pendirian untuk mencalonkan wakil Orang Asli. "Kalau dia berkebolehan, maksudnya dia boleh berkhidmat, kita akan sokong. Tapi, setahu saya PAS belum putuskan sesiapa untuk jadi calon," kata Mazlan, seorang kakitangan Majlis Daerah Gua Musang.


Tambahnya, Orang Asli pada masa kini tidak lagi boleh dipandang rendah kerana terdapat di kalangan mereka yang berkebolehan. "Orang Asli sekarang bukan macam dulu, ramai yang berkebolehan. Mungkin tidak ramai yang masuk universiti tapi mereka berkebolehan," katanya lagi.


Ketika ditanya lanjut, Mazlan berkata, beliau lebih cenderung untuk memilih calon dari kalangan orang Melayu kerana golongan berkenaan membentuk majoriti di kawasan tersebut. "Tapi kalau sesiapa pun calon itu, kalau berkebolehan, kita akan sokong," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.(AK)

Sunday, October 10, 2010

Blog Sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah

Blog Sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah

Ditulis oleh Ustaz Abdul Ghani Samsudin
MONDAY, 21 DECEMBER 2009 07:13

Perkembangan teknologi informasi, bahkan segala cabang pengkhususan teknologi kini begitu pesat dan pantas. Khasnya teknologi yang berkaitan dengan internet. Daripada laman web biasa, hinggalah kepada Web Blog kini semakin popular apabila penulisnya orang ternama dan kerap menulis pandangan peribadi mereka untuk ditatapi dan mempengaruhi pemikiran orang ramai atau para pembacanya. Blog sudah menjadi media sosial yang sangat berpengaruh sehingga para pemimpin setengah negara turut menjadi blogger.
Kertas kerja ini dibentang bersempena Konvensyen Blogger PAS, 20hb disember 2009, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor.


Motto:
Allah berfirman dalam Surah al Nur ayat 19:
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لا تَعْلَمُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersibarnya kebejatan dan kelucahan di kalangan orang yang beriman untuk mereka siksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat. Allah Maha tahu, tapikamu yang tidak tahu.”


Pendahuluan


Perkembangan teknologi informasi, bahkan segala cabang pengkhususan teknologi kini begitu pesat dan pantas. Khasnya teknologi yang berkaitan dengan internet. Daripada laman web biasa, hinggalah kepada Web Blog kini semakin popular apabila penulisnya orang ternama dan kerap menulis pandangan peribadi mereka untuk ditatapi dan mempengaruhi pemikiran orang ramai atau para pembacanya. Blog sudah menjadi media social yang sangat berpengaruh sehingga para pemimpin setengah negara turut menjadi blogger.

Melalui blog dan laman peribadi seperti ini seseorang atau malah kumpulan; baik parti mahupun organisasi dapat diruntuhkan pengaruh dan nama baik mereka. Lebih-lebih lagi apabila diangkat dan dihebohkan oleh media perdana dan dijadikan tajuk utama dalam pemberitaan mereka.

Memandangkan besarnya pengaruh media baru ini sehingga dia memungkin banyak peristiwa besar boleh berlaku apabila diarah dan dimanfaatkan secara jitu dan sistemetik maka wajar kita membicarakan tajuk ini dengan mengenal pasti apakah yang dimaksudkan dengan blog, apakah kebaikan menggunakan blog, apakah ciri-ciri blog yang baik, etika penulisan blog dari perspektif syara’ dan umum untuk meningkatkan kebijaksanaan masyarakat umum ; khasnya khalayak blogger sehingga kebaikkan dan manfaatnya dapat diraih semaksima mungkin demi kepentingan masyarakat dan Negara.

Pengertian Blog

Blog adalah kependekan dari Weblog, istilah ini pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut kelompok laman-laman web (websites) peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan berisi pautan-pautan (hyperlinks) ke laman web lain yang di anggap menarik disertai dengan komen-komen mereka sendiri.

Umumnya dalam weblog ia menampilkan berbagai jenis isi pada web dengan mudah, seperti karya tulis, kumpulan pautan internet, dokumen-dokumen pelbagai format (e.g. Word, PDF, dll), gambar ataupun multimedia dan malah klip video melalui YouTube dan sebagainya

Sebenanya blog memuat tulisan tentang apa yang seorang penulis blog atau blogger fikirkan, rasakan, hingga apa yang dia lakukan sehari-hari. Namun blog akhirnya kini menjadi diari atas talian yang dicapai melalui Internet. Apa yang membedakan Blog dari Diari atau Jurnal yang biasa kita miliki adalah bahawa Blog dibuat untuk dibaca oleh orang lain.

Kebaikan menggunakan Blog

Sebagai sebahagian daripada laman internet yang kini mencapai angka trillion, blog mempunyai banyak faedah. Antara lain ialah:
Melalui weblog, kita dapat memperluas hubungan teman/ kenalan hingga dapat membentuk suatu jaringan komuniti yang besar.

Weblog melebihi surat elektronik (Email), kerana satu hantaran blog yang anda bahas, dapat dibaca oleh pengunjung blog yang tak terbatas. Beda dengan email yang hanya dapa dibaca oleh orang yang kita kirimkan. Selain itu, pengunjung blog juga dengan cepat dapat memberikan respon terhadap hantaran blog melalui komen yang secara langsung dituliskan di laman blog tersebut.

Blog juga boleh memaparkan klip-klip video ceramah, forum, perbahasan atau perdebatan, pengetahuan dan sebagainya; terlepas daripada halangan seperti tauliah, tangkapan , kekangan ruang kuliah oleh JKKK atau ajk masjid dan surau.
Bahkan ada blog yang memuatkan permohonan bantuan kewangan berbagai bentuk, bahkan juga iklan-iklan perniagaan yang memberi pulangan lumayan hasil dari jumlah pengunjungnya yang ramai.

Ciri-ciri blog yang baik

Blog yang dibangunkan dengan baik dan menarik berupaya menarik lebih ramai pelawat dan pembaca. Blog yang baik perlulah memenuhi kriteria berikut (http://www.bestbloglist.com/criteria.php):

Estatik Visual – ”Content is King, but Design is Queen”, itulah ungkapan popular dalam menilai sesebuah laman web termasuk blog. Kandungan yang menarik di baca tidak akan dapat menarik pembaca jika ianya dipersembahkan secara tidak terurus dan caca merba. Estatik Visual adalah keupayaan pemilik blog merekacipta dan menyusun struktur kandungan, berserta pilihan warna yang diadunkan secara harmoni dan menarik. Apa yang penting, pembaca merasa selesa dengan keaslian, warna, rekacipta dan cara persembahan kandungan.

Mesra Pembaca – Blog yang cantik rekacipta sahaja tidak mencukupi. Ianya juga perlulah Mesra Pembaca. Pertama, pemilihan bentuk fon, saiz fon, perbezaan warna latar dan warna fon hendaklah memudahkan pembacaan tanpa meletihkan mata. Struktur yang baik memudahkan pembaca mencari maklumat, membuat cetakan, menghantar emel, kurang klik, kurang tetingkap iklan popup, dan laju muat turun kandungannya.

Seronok Membaca – Blog yang cantik estatik visual, mesra pembaca, seterusnya perlu menyeronokkan pembaca untuk datang selalu ke blog tersebut. Samada kandungan blog itu terlalu santai membincangkan tentang selipar, atau serius membincangkan isu politik, kandungan yang menarik berupaya melekatkan pembaca setia dan baru untuk datang kembali. Blog yang baik perlu ada ruangan feedback, kerana pembaca yang seronok, selalunya mahu memberi maklum balas yang positif mahupun negatif. Blog yang seronok di baca juga adalah blog yang mempunyai nada dan intonasi penulis yang menceriakan apabila di baca. Nada tidak perlu sejuk, kaku atau garang.
Maklumat; Fakta yang Berfaedah – Kini, ada puluhan juta blog di internet. Malangnya, kebanyakannya hanya mengulangi atau ”cut & paste” dari blog-blog lain. Blog yang menarik dan menyeronokkan ialah blog yang asli kandungannya, dan memaparkan maklumat dan fakta yang berfaedah walaupun sumbernya dari laman atau blog lain. Kandungan yang asli dan disokong pula dengan maklumat dan fakta menarik dari sumber lain akan memberi kelainan dan keunikan pemilik blog tersebut.
Pengalaman Keseluruhan di Blog Tersebut – Blog yang berjaya ialah blog yang ada sinergi yang didefinisikan ” the whole is greater than the sum of the parts”, yang mengadunkan dengan baik estatik visual, mesra pembaca, keseronokan membaca dan memaparkan maklumat & fakta yang berfaedah. Kesemuanya ini menhasilkan satu pengalaman keseluruhan oleh para pembaca di blog tersebut.


Etika Blogger


Persatuan Wartawan Profesional “Society of Professional Journalists” pernah menggariskan etika blogger secara khusus. Etika ini telah di tokok tambah dan di ubahsuai oleh CyberJournalist.net dan di ketengahkan sebagai berikut:


Be Honest and Fair
Bloggers should be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information. Bloggers should:


Never plagiarize.

Identify and link to sources whenever feasible. The public is entitled to as much information as possible on sources’ reliability.
Make certain that Weblog entries, quotations, headlines, photos and all other content do not misrepresent. They should not oversimplify or highlight incidents out of context.
Never distort the content of photos without disclosing what has been changed. Image enhancement is only acceptable for for technical clarity. Label montages and photo illustrations.
Never publish information they know is inaccurate — and if publishing questionable information, make it clear it’s in doubt.
Distinguish between advocacy, commentary and factual information. Even advocacy writing and commentary should not misrepresent fact or context.
Distinguish factual information and commentary from advertising and shun hybrids that blur the lines between the two.
Minimize Harm


Ethical bloggers treat sources and subjects as human beings deserving of respect.
Bloggers should:
Show compassion for those who may be affected adversely by Weblog content. Use special sensitivity when dealing with children and inexperienced sources or subjects.
Be sensitive when seeking or using interviews or photographs of those affected by tragedy or grief.
Recognize that gathering and reporting information may cause harm or discomfort. Pursuit of information is not a license for arrogance.
Recognize that private people have a greater right to control information about themselves than do public officials and others who seek power, influence or attention. Only an overriding public need can justify intrusion into anyone’s privacy.
Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity.
Be cautious about identifying juvenile suspects, victims of sex crimes and criminal suspects before the formal filing of charges.
Be Accountable


Bloggers should:
Admit mistakes and correct them promptly.
Explain each Weblog’s mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers’ conduct.
Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas.
Deny favored treatment to advertisers and special interests and resist their pressure to influence content.
When exceptions are made, disclose them fully to readers.
Be wary of sources offering information for favors. When accepting such information, disclose the favors.
Expose unethical practices of other bloggers.
Abide by the same high standards to which they hold others.
Etika blogger ini jika dikaitkan dengan sumber-sumber dalil nas maka kita akan dapati betapa Islam menghargai penulisan dan tanggungjawab menulis atau menuturkan sesuatu samada dengan lisan, tulisan atau imej dan sebagainya. Allah berfirman dalam Surah al Qalam ayat 1:
ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ
“Nun demi pena dan catitannya.”

Dalam surah Qaf ayat 18 Allah menegaskan bahawa ;
مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
“Setiap perkataan yang dituturkan semuanya di bawah pemantauan Malaikat Tuhan Raqib dan Atid” .

Dalam Surah Yasin ayat 65 Allah menegaskan:
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Pada hari Kami menutup rapat mulut mereka, manakala tangan mereka mengatakan kepada Kami keperihalannya, kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan mereka yang lalu.”

Ini bermakna penulisan apa juga bentuknya mestilah disertai dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Manusia tidak terjerumus dalam neraka kecuali hasil penuturan lisan atau pengungkapan penanya. Seorang penulis blog umpamanya mestilah:

Mengikhlaskan niat menulis kerana Allah. Tulisan kerana Allah menghalakan kandungannya kepada suatu yang benar, betul dan berfaedah. Niat berkenaan mengangkat martabat penulisan itu sebagai ibadah yang diganjari oleh Allah dengan pahala dan kebaikan.

Penulisan itu mestilah menyebarkan nilai-nilai kebenaran dan kandungan ayat dan wahyu agama. Ia wajar menampilkan saranan yang berguna dan tidak bersifat munkar dan fahsya’.

Penulis blog perlu memainkan peranan sebagai penyeru ke arah kebaikan atau al Aamir bil ma’ruf dengan kepintaran berbahasa, mengadun warna atau imej grafik yang bernilai tinggi, menampilkan blog yang mesra pembaca dan sebagainya.
Penulis blog juga perlu melaksanakan tugas nahy ’anil munkar. Mencegah kecenderungan ke arah kejahatan serta meminggirkan pautan-pautan buruk yang boleh menyeret muda mudi serta pengunjung blog ke laman-laman web lucah dan porno.

Sebagai pemangkin kepada reformasi pemikiran, sosial, politik , ekonomi dan budaya maka bloger perlu mempersiapkan diri dengan ilmu serta keupayaan kepimpinan setakat yang terluang oleh persekitaran.
Tidak menggunakan blog untuk memfitnah dan menganiayakan orang lain, mencerca dan sebagainya.

Video Mengenai ”Ethical Blogging” di YouTube

Pengetahuan mengenai menulis blog secara beretika adalah masih kurang dikalangan penulis-penulis blog di Malaysia. Beberapa video mengenai Menulis Blog Secara Beretika boleh dicapai melalui portal YouTube dari alamat-alamat berikut:

Beberapa Saranan

Penerimaan Blog dan media baru yang dapat menyalurkan maklumat kepada ratusan ribu atau jutaan orang dalam masa yang amat singkat, menimbulkan cabaran dan ancaman baru kepada ahli dan pimpinan PAS. PAS tidak boleh lagi memantang enteng kesan dan impak dalaman dan luaran ekoran dari kepantasan komunikasi dan maklumat yang disalurkan portal media sosial di kalangan ahli dan pimpinan PAS yang kian meningkat.
Lajnah ICT PAS Pusat (LICTPP) yang diamanahkan untuk memantau perkembangan dunia siber ini telah menyarankan tiga (3) langkah jangka panjang yang boleh dijadikan polisi dan garis panduan dalam memanfaatkan komunikasi dan sebaran maklumat secara pantas dengan lebih bertanggung jawab dan berhikmah dalam konteks Parti Islam Semalaysia (PAS):
Tanggung Jawab Kepimpinan dalam Memanfaatkan ICT dan Media Baru – Kepimpinan dan ahli-ahli PAS perlulah memikul amanah dan pertanggung jawaban dengan apa jua maklumat yang berpunca dari diri mereka. Kepimpinan terutamanya, akan tetap memikul tanggung jawab kepimpinan walaupun penulisan peribadi mereka, samada di tulis sendiri atau melalui wakil, telah dipapar dan disebarkan melalui media baru seperti blog dan Facebook. Masyarakat melihat dan menerima penulisan kepimpinan sebagai mewakili organisasi walaupun ditulis atas kapasiti peribadi.
Memanfaatkan Laman Web Rasmi PAS untuk Sebaran Maklumat Rasmi Organisasi – LICTPP telah sekian lama mewujudkan platform dan laman web rasmi parti di alamat web ”pas.org.my”. Namun, platform dan laman web rasmi PAS ini telah tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh kepimpinan PAS di semua peringkat. Penyebaran maklumat melalui laman web rasmi ini boleh disebarkan dengan lebih bertanggung jawab dan terurus, melalui proses penyebaran yang selamat.
Memantau Saluran Media Baru demi Mengurangkan Mafsadah dan Fitnah – LICTPP meyakini ungkapan berikut, ”Miscommunications Breed Wrong Perceptions”, boleh menimbulkan pelbagai mafsadah dan fitnah sebagai sebahagian mehnah perjuangan di era maklumat ini. Maka, sudah tiba masanya untuk diwujudkan satu badan ”New Media Watch” yang memantau saluran-saluran media baru (seperti blog dan media sosial) agar kandungannya dipastikan menguntungkan perjuangan Islam itu sendiri.
Penutup

Sebenarnya untuk merumuskan satu etika blogger muslim yang baik satu seminar atau bengkel khusus para blogger perlu dianjurkan untuk diperincikan dengan menyeluruh etika berkenaan serta dibahas dan dirumuskan secara jama’i sehingga dapat diguna pakai oleh khalayak blogger muslim yang multazim dan berbudi mulia.
Keperluan mengadakan kod etika penulisan blog sangat penting demi meningkatkan kewarasan dan kebijaksanaan umat dalam berinteraksi dengan wahana informasi global yang berpengaruh ini. Meskipun kita tidak memiliki kuasa bertaraf dunia untuk mengawal selia kandungan wahana ini secara global namun kita boleh menjadi pengguna yang proaktif dan resfonsiv sehingga kebaikannya dapat diserlahkan demi kepentingan orang ramai.

Dalam masa yang sama harus disedari bahawa teknologi informasi dan komunikasi terus berkembang dengan pesat dalam pelbagai bidang. Para bloger muslim perlu mengikuti serta menguasai teknologi terkini dengan keupayaan pembalajaran secara gigih dan berterusan. Kaedah kaedah baru dari sudut video editing serta kaedah menyematkan klip video dalam laman blog mungkin akan menyebabkan blog seseorang lebih diminati pengunjung.Ini harus seiring dengan usaha mereka mencorakkan hasil usaha mereka dengan ciri dan nilai-nilai keislaman.

Dengan pembaharuan yang berterusan kita mungkin dapat menghalakan salah satu jalur globalisasi ke arah yang menguntungkan Islam dan menyemarakkan dakwah. Pertarungan sekarang ialah bagaimana kita boleh memenuhkan sebanyak mungkin ruang siber dengan bahan-bahan yang berguna, mulia dan lohor demi membangun jati diri umat dan memperkasa sahsiah Islamiah, bahkan manusia seluruhnya agar mereka tidak tenggelam dan hanyut dalam arus pemodenan negatif serta globalisasi yang tidak menguntungkan diri, umat dan negara dalam jangka panjang.
Wallahu a’lam
Ustaz Abdul Ghani Samsudin
Meru 13 Dec.09
————————————————————-
Kertas kerja ini dibentang bersempena Konvensyen Blogger PAS, 20hb disember 2009, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor.

Friday, October 8, 2010

Rebut Jawatan : Umno Sudah Kehabisan Oksigen

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
FRIDAY, 08 OCTOBER 2010 10:20

Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan Umno sudah hampir kehabisan oksigen dalam politik.

Teguran beliau yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan. Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh Pemuda dan Puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti. Mereka menyertai Umno bukan ikhlas, sebaliknya hanya untuk “E-Class”, yakni untuk kepentingan dunia dan isinya sahaja. Perjuangan untuk menegakkan ideologi Umno dalam batang tubuh sudah terhakis, terutamanya generasi muda pada hari ini. Masuk Umno bukan atas kefahaman sebaliknya kerana untuk mendapat projek dan menjadi jutawan “mee segera” dengan menjadi “ jutawan 10 persen”.

Tengku Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya, kerana bapa borek anak rintik. Bukankah bapa-bapa dalam Umno pun terlibat dalam rasuah politik ketika setiap kali pemilihan Umno yang sudah menjadi barah tahap empat. Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan Umno sudah busuk sampai ke usus. Maka bukan suatu keganjilan anak-anak yang melihat gelagat bapa-bapa mereka untuk ditiru sama di peringkat Pemuda dan Puteri. Bertepatan pepatah mengatakan kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

PAS berpandangan apabila parti Umno yang tidak mempunyai ideologi yang jelas, melainkan untuk kepentingan benda sahaja maka inilah yang terjadi. Jika jawatan dianggap untuk mengumpul kekayaan dan bukan lagi satu amanah maka tunggulah saat kehancuran. Manusia tidak pernah puas dengan benda dan pangkat melainkan apabila tanah merah masuk ke dalam mulut barulah mereka puas. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengingatkan “Sekiranya anak Adam diberikan dua telaga emas, maka mereka akan menuntut telaga yang ketiga, sehinggalah di dalam mulut mereka dipenuhi dengan tanah (yakni mati)”.

Oleh itu PAS sering mengingatkan kepada semua ahllinya, bahawa perjuangan ini ialah menuntut mardhatillah, bukan selainnya. Kalau ahli dan pemimpin PAS bersikap untuk benda dan dunia, kita adalah orang yang paling rugi, kerana habuan di dunia belum tentu kita perolehi dan habuan akhirat pasti akan lari.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Friday, October 1, 2010

Hadapi PRK Galas dengan kekuatan sendiri

Ditulis oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Okt: PAS mesti bersedia menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya kecil Galas dengan kekuatan sendiri, kata Naib Presiden PAS yang juga pengarah pilihan raya itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Atas dasar itu, isu samada Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai pengarah BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas atau tidak, tidak berbangkit, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim adalah pengarah pilihan raya ini secara automatik bagi PAS kerana parti itu telah membuat pendekatan tetap untuk menghadapi sebarang pilihan raya kecil.

Perkara ini disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam majlis hari raya Harakahdaily semalam.

Melalui pendekatan itu, seorang naib presiden PAS akan menjadi pengarah pilihan raya kecil untuk kawasan masing-masing. Datuk Mahfuz Omar menjadi pengarah jika berlaku di utara, Salahudin Ayub di selatan dan Tuan Ibrahim di timur.

Sebelum ini, Mahfuz menjadi pengarah pilihan raya kecil Permatang Pasir, Pulau Pinang dan Salahudin menjadi pengarah dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bagi Tuan Ibrahim, isu Ku Li menjadi topik utama media kini, hanyalah satu percaturan peribadi beliau, dan berdasarkan beberapa tindakan mutakhir beliau yang dilihat tidak lagi menjadi pengikut setia BN.

Ini ekoran pendirian beliau dalam isu royalti minyak Kelantan, isu rasuah, perancangan ekonomi negara dan keyakinan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mentadbir negara.

Walaubagaimanapun bertolak di atas beberapa kenyataan Ku Li bahawa beliau tetap akan bersama UMNO dan akan kekal bersama UMNO, PAS mestilah berusaha untuk menyusun kekuatan parti bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi PRK kali ini, kata Tuan Ibrahim.

"PAS menyedari pengaruh dan kekuatan Ku Li dalam kawasan Gua Musang, tetapi ini bukan bermakna beliau terlalu kebal untuk ditewaskan. Pengalaman PRU ke 12, dengan kejayaan PAS menawan DUN Galas dari BN adalah petanda bahawa pengaruh beliau semakin berkurangan, dan pengundi bertambah matang dalam membuat pilihan," katanya.

Menurut beliau, dalam PRK kali ini, PAS memerlukan satu pendekatan baru dalam gerak kerja pilihanraya kecil kali ini.

Oleh kerana calon PAS hanya mendapat kemenangan tipis 636 dalam PRU lalu, maka tumpuan semua parti politik ialah bagi menarik pengundi atas pagar yang akan menjadi penentu kepada keputusan yang akan berlaku, katanya.

Dengan status pengundi bercampur, di mana pengundi dari kalangan masyarakat Asli dan Cina dilihat penting, maka tumpuan tentulah diberi kepada golongan ini; dan pengalaman PAS memerintah Kelantan selama 20 tahun mampu dijadikan daya penarik bagi mendapatkan sokongan mereka, tambahnya.

Bagi beliau, faktor calon mengatasi parti yang berlaku di DUN Manik Urai serta kegagalan tokoh luar mencorakkan mood dan sentimen pengundi dilihat masih menjadi fokus gerak kerja parti yang bertanding.

Lantaran itu, katanya, pemilihan calon kali ini teramat penting kerana pengundi di kawasan Galas akan merasai kehadiran wakil rakyat selepas berakhirnya PRK.

Mereka tentulah tidak ingin mendapat seorang wakil rakyat yang hanya menunjukkan muka apabila memerlukan undi, tetapi ghaib selepas diumumkan sebagai pemenang.

"Budaya masyarakat Kelantan yang suka bergelumang dengan pimpinan dilihat antara elemen penting kenapa mereka memilih YB Arwah Che Hashim dalam PRU lalu," katanya.

Apa yang menarik juga ialah kepesatan pembangunan Bandar Gua Musang dilihat antara kejayaan kerajaan negeri membangunkan kawasan tersebut terutamanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Keghairahan untuk membangunkan kawasan ini antara kerajaan negeri di bawah PAS dan Kesedar diterajui kerajaan Pusat akan menceriakan lagi PRK kali ini.

Apapun PAS dengan seluruh jentera parti di seluruh negara telah bersedia membantu bagi mengekalkan kemenangan di DUN Galas, bagi mengalaskan kemenangan di sana, katanya.



Datuk Seri Najib Kecewa Rakyat Tolak Umno

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
FRIDAY, 01 OCTOBER 2010 08:33


Parti Islam Semalaysia (PAS) berpandangan ucapan Datuk Seri Najib Razak pada Malam Sejuta Harapan Ke-6 Yayasan Basmi Kemiskinan di Pusat Persidangan Sime Darby, Kuala Lumpur, malam tadi sebagai satu ucapan orang yang tidak menerima kekalahan dalam sebuah negara demokrasi.

Sejak daripada pilihanraya 2008, banyak ucapan pemimpin umno yang menampakkan kekecewaaan yang tidak berkesudahan. Pemimpin umno BN menganggap bahawa mereka sahaja yang boleh memerintah Malaysia ini sampai kiamat, seolah-olah kerajaan mereka tidak ada ajal. Sedangkan dalam sebuah negara demokrasi jatuh bangun adalah biasa. Semua perubahan adalah untuk kebaikan kepada rakyat. Selalu pemimpin umno berhujah jika kerajaan sering bertukar kerajaan tidak maju, hujah ini tertolak kerana Jepun, Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain negara tetap unggul dan hebat walaupun parti politik sering bertukar ganti

PAS menasihatkan pemimpim umno belajarlah politik daripada PAS, yang bersemangat kental dalam menghadapi perjalanan politik, walaupun tidak berada di padang yang sama. PAS pernah memerintah Kelantan daripada tahun 1959 selama 18 tahun kemudian tewas pada tahun 1978 melalui tindakan yang tidak demokratik. Akhirnya PAS bangkit kembali dan berjaya menguasai Kelantan 1990 hingga kini. Begitu juga Terengganu PAS pernah menang pada tahun 1959 dan jatuh melalui teknik ynag tidak bermoral pada tahun 1961. Kemudian mendapat mandat kembali pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004 melalui konspirasi yang terburuk melalui penambahan pengundi yang tidak masuk akal sehingga 17%. Namun PAS boleh bersabar dan membuat muhasabah dalaman dan menyusun strategi untuk maju ke hadapan. Perakara ini tidak berlaku kepada pemimpin umno Bn.

PAS berpandangan kenyatan Datuk Seri Najib yang mengatakan sealah-olah rakyat susah dengan pertukaran kerajaan di Selangor adalah tidak lojik. Orang buta yang rasional boleh beza antara kerajaan umno BN di Selangor selama 51 tahun dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru sahaja mencecah umur tidak sampai 3 tahun, tetapi sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Apakah dengan pembiayaan air percuma, skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), skim kifalah RM2500 untuk warga emas yang meninggal, masjid diimarahkan, program pembinaan jati diri melalui program SPIES ini adalah amalan buruk?

Datuk Seri Najib melahirkan rasa kecewa kerana banyak rancangan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah tergendala kerana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah mengambil semula tanah milik Yayasan basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah seluas 312 hektar itu atas alasan tidak bayar tunggakan cukai RM5.7 juta. Tapak itu mulanya dicadangkan untuk membuka kampus cawangan UiTM. Perlu diingat bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah mengikut peraturan. Kenyataan akbar mengenai kertas putih Yayasan Basmi Kemiskinan oleh YAB Tan Seri Khalid Ibrahim pada 13 April 2010 boleh dirujuk, bagaimana banyak keraguan perjalanan Yayasan Basmi Kemiskinan selama ini sehingga orang miskin semakin bertambah kerana ia tidak menepati sasarannya.

Daripada ucapan Presiden umno ini sudah menampakkan keresahan beliau kerana kehilangan kuasa di Selangor yang dianggap lubuk emas selama ini sudah menjadi lubuk puaka untuk umno. Rakyat semakin menerima perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Paktan Rakyat walaupun menerima berbagai halangan daripada kerjaaan pusat. Model yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan inilah yang akan menjadi peta lakaaran untuk menguasai Putera Jaya pada pilihanraya ke 13 nanti insyaAllah.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat
PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP