PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Tuesday, October 26, 2010

HOT: Isu Rosmah Dan Dr. Zambry, Pemuda PAS Perak hantar memo kepada Mufti

Hot: Isu Rosmah Dan Dr. Zambry, Pemuda PAS Perak hantar memo kepada Mufti


From :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: by pria Malaya

Oleh: Pria Malaya



Tahniah penulis ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak..suatu langkah yang bijak lagi profesional bagi merungkai persoalan yang timbul...

Penulis bersangka baik, mungkin Mufti Perak ini sibuk sehingga tiada masa utk mengambil tahu isu semasa tanah air..atau mungkin beliau xsempat nk baca berita DLL..mungkin kerana inilah beliau dilihat seolah2 membisu tidak mengulas isu-isu yang melingkari pemimpin2 Umno..


Nak harapkan penyokong Dan blogger fanatik Umno memberi teguran pada Mufti Perak? Jangan harap..mereka tidak akan bertindak jika sesuatu isu itu tidak memberi kelebihan kepada mereka...tiada keperluan bg mereka mendesak Mufti Perak mengulas isu ini jika terbukti boleh merosakkan imej Umno..

Di bawah, adalah dua isu 'besar' yang sedang melanda negara Kita ketika ini..Dan atas dua isu inilah pemuda PAS menggagahkan diri utk bertemu dengn Mufti Perak supaya turut sama 'turun ke gelanggang' mengulas isu yang berlaku..jangan kerana ianya berlaku pada kerajaan (Umno), maka demi menjaga 'tuan' Kita, Kita tidak berani menyatakan kebenaran...

1. Isu Rosmah (Klik di SINI)

2. Isu Zambry (Klik di SINI)

Akhir kalam..sama2 Kita tunggu respon Dan reaksi Tok Mufti Perak Kita ini...wallahua'lam....


MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG DIDAPATI MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W DAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH.



Perkara di atas adalah dirujuk.



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri terhadap dua tokoh besar di dalam negara Dan negeri ini yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Kami amat kesal kerana Y.Bhg. Tan Sri tidak begitu prihatin untuk memberikan pendapat Dan penjelasan sehingga menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap kedua-duaperbuatan Dan isu tersebut.



2 Bagi kes isteri pimpinan utama negara, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia Dan juga sebagai Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival telah menganjurkan Festival Busana Muslim pada 10 Ogos 2010 di Monaco Sporting Club, Monte Carlo.



Majlis tersebut secara jelas telah menghina syariat Islam Dan Rasulullah s.a.w apabila pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian menurut syariat Islam ditambah dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab secara terbalik diguna Dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.



Manakala, dalam kes orang nombor satu negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara meletakkan ancak ke tiang Seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.





Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Tan Sri dalam dua perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu Dan kedudukan mulia Y.Bhg. Tan Sri agar dapat memperjelaskan kepada rakyat Dan umat Islam akan kekeliruan tersebut . Pihak kami meminta

Sama Ada Y. Bhg. Tan Sri mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.

2 comments:

  1. Mufti mesti bangun untuk meleraikan kekeliruan ini. Pada umat Islam yang tipis fahaman ilmu agama nya terutamanya remaja yang melihat fashion festival dan amalan khurafat ini yang tipis ilmu agama dan menuju kearah murtad semakin keliru sekiranya mufti terus mendiamkan diri.

    Dari sinilah punca umat Islam jadi keliru dan membuka pula pintu lebih luas kearah murtad.

    ReplyDelete
  2. Mengapa tak panjat saja tiang itu? Kalau tak silap akulah menurut amalan khurafat tiang seri, selepas meletakkan tiang tu kena panjat seperti beruk dan berkokok seperti ayam jantan diatas tiang tu. Ada pakar khurafat yang boleh jelaskan perkara ni.

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP