PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Monday, November 29, 2010

Belia Malaysia Bukan Kayu

Belia Malaysia Bukan Kayu

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
MONDAY, 29 NOVEMBER 2010 12:27

Seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidn Yasin di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen hari ini, supaya generasi muda tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya, sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran. Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapok Umno sahaja.

PAS ingin mengingatkan kepada Timbalan Presiden Umno ,belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari. Belia tahu mana intan dan mana kaca. Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita. Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan.

Sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisma perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini. Mereka sudah boleh melihat contoh hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi keterampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini. Macam mana Tan Sri Muhyidin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin Umno sehinggga memberi kesan kepada mereka untuk membina kualiti hidup yang lebih baik.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Friday, November 26, 2010

PEMUDA PAS WILAYAH SOKONG TINDAKAN KERAJAAN SELANGOR BANTAH

PEMUDA PAS WILAYAH SOKONG TINDAKAN KERAJAAN SELANGOR BANTAH

KENAIKAN TARIF AIR

Dewan Pemuda PAS WIlayah Persekutuan menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan.

Tuntutan SYABAS yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat. DPPWP juga kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan SYABAS untuk menaikan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno-BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama SYABAS selama 30 tahun dengan meletakan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat.

DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mendesak agar Yang Di Pertuan Agong menghalang hasrat SYABAS dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang.

DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum rakyat ke Istana Negara.

Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus ini.

Hatta pihak Menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti. Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti SYABAS hari ini?

Dalam hal ini, rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas. Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno-BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini.

Hakikatnya mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus! dan Kerajaan Negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri.
Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan.


Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

GUGAT KUASA RAJA-RAJA MELAYU :PEMIMPIN UMNO DIMINTA SULUH CERMIN

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
WEDNESDAY, 24 NOVEMBER 2010 11:06


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu'.


PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibangkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju. Satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak Tan Seri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi.


PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.


Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Dato Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak.. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Dato Seri Haji Nizar “Patik Mohon Sembah Derhaka”, pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan.


Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa istihar darurat daripada Yang Dipertuan Agong. Rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan. Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Dato Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja Raja Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat
Ustaz Idris Ahmad

Monday, November 22, 2010

Akta Siber, Supaya Rakyat Pekak Dan Buta Maklumat.

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
MONDAY, 22 NOVEMBER 2010 11:56

Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang akan memperkenalkan garis panduan bagi menerangkan definisi kesalahan hasutan secara terperinci satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapat maklumat sebenar di negara ini. PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN dapat diketahui oleh rakyat di negara ini.

Seperti yang kita sedia maklum Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini. Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini, walaupun mereka mengupah individu untuk melemparkan fitnah kepada PAS dan Pakataan Rakyat. Pertarungan dan perbahasan di media baru berakhir dengan individu yang makan upah Umno BN lari lintang pukang kerana tidak tahan dengan asakan yang dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat

Seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, ia hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja. Malahan setengah tempat Umno terpaksa swastakan program penerangan melalui NGO yang pro Umno supaya menganjurkan program, jika tidak orang tidak mahu datang jika atas lambang Umno. Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN seperti yang diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi BN.

PAS berpendapat tidak cukup lagi kah Umno mengongkong rakyat dengan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan. Kerajaan boleh bertindak ,mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan. Adakah salah rakyat pada hari ini mendapat maklumat yang benar supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat untuk melantik pemegang amanah khazanah di negara ini. Jika maklumat yang didedahkan ini seperti maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa maka kerajaan boleh bertindak. Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewengan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Saturday, November 20, 2010

Pendidikan Seks Untuk Kenyang Kroni

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
WEDNESDAY, 17 NOVEMBER 2010 23:47


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap rancangan kerajaan yang hendak melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, lebih kepada untuk membela kroni Umno BN sahaja melalui projek cetak buku dan alat bantu mengajar. Walaupun yang diuarkan-uarkan untuk mengatasi masalah buang bayi.


PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda iaitu sejak sekolah rendah. Seks adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian.


PAS berpandangan ia lebih kepada orientasi perniagaan. Bukankah pemimpin Umno BN adalah orang yang pakar menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada undang-undang. Seketika dulu mereka heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni. Kemudian mereka buat-buat bising mengenai pencapain pelajar dalam Bahsa Inggeris maka di kemukakan supaya pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Lesap wang rakyat kepada kroni untuk LCD dan note book hampir RM6 bilion. Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula. Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.

Persoalannya bila pemimpin Umno BN ini prihatin kepada akhlak, bukankah mereka yang menjadi penaja besar kepada penyumbang keruntuhan akhlak. Apabila rakyat rosak akhlak mereka tidak peduli kepada permasalahan negara dan penyelewengan dalam pentadbiran, maka senanglah mereka terus memerintah. Ketika Kementerian Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah, seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam. Bukankah ini idea Pak Pandir namanya. Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun.



Ustaz Idris Ahmad



Ketua Penerangan PAS Pusat



Selepas >

Thursday, November 18, 2010

PAS Tidak Akan Naik Kapal Bocor

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


MONDAY, 15 NOVEMBER 2010 14:59

Parti Islam Se-Malaysia PAS menolak pelawaan Datuk Ahmad Maslan untuk menyertai BN. PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan PAS akan berusaha supaya ahli-ahli Umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan PAS. PAS tidak akan bersama dengan BN sebaliknya terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti. Sekarang Umno sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi. Perjuangan yang hanya mementingkan ” perutism” sahaja. Menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.

PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda. Umno dengan kekuatan media perdana ynag berada di tangan mereka cuba menggelapkan berita kebaikan PAS yang telah disumbangkan melalui Pakatan Rakyat, kes banjir di Kedah adalah satu contoh. PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai idelologi yang jelas dan mempunyai kepimpinan yang berkualiti dan ahli yang ikhlas akan terus mara kedepan bagi membentuk lanskap baru dalam politik negara.

Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu wang, jentera kerajaan dan media. Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika Umno tidak ada 3 M maka Umno akan berkubur begitu sahaja.

PAS menganggap cukuplah Umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad. Apa yang Umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang?. Rakyat merasakan sudah cukup penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka dengan tekanan hidup akibat salah guna kuasa. Walaupun negara ini adalah anugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air. PAS tidak akan izinkan Umno ,mengkhianat rakyat untuk separuh abad yang kedua pula. PAS wajib ganti Umno.

Sunday, November 14, 2010

LAPORAN AUDIT, SPRM MESTI BERANI BERTINDAK KEPADA JERUNG.

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

SATURDAY, 13 NOVEMBER 2010 14:43

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengalu-ngalukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat 15 kes berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara 2009, termasuk yang melibatkan di Kementerian Pertahanan sebanyak RM310, 000 untuk persiapan bilik VVIP di bawah Pakej Ransangan Ekonomi. Antara pembeliannya set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.


Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita. Kita tentu masih ingat bagaimana pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (KBN) .Ramai terkejut bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).


Lebih menarik lagi apabila pihak Audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan. Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?


PAS berpendapat apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki penyelewengan. Sebab itu dalam laporan audit negara 2008 melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion. PAS mengharapkan supaya SPRM perlu bertegas dan mengharapkan supaya mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti diheret ke pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri. Pegawai tidak akan berani buat tanpa arahan orang atasan.

Khianat paling besar tidak laksana amanah

Ditulis oleh Awang Harun


FRIDAY, 12 NOVEMBER 2010 11:20

MARANG : Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata amanah yang paling besar adalah melaksanakan perintah Allah SWT di atas muka bumi ini terutamanya kepada pemimpin negara.



Menurutnya, mana-mana pemimpin negara yang tidak melaksanakan perintah Allah SWT itu menjadi pengkhianat yang sangat besar.



“Orang yang jadi pemimpin negara adalah amanah yang paling besar. Sekiranya dia tidak melaksanakan perintah Allah. Maka, dia menjadi pengkhianat yang sangat besar,” ujarnya ketika menyampaikan kuliah Jumaat, di Masjid Rusila, Marang, baru-baru ini.



Malah, katanya orang yang diberi hak serta peluang melantik pemimpin negara tetapi tidak mengikut kehendak Islam juga mendapat kemurkaan Allah.



Menurutnya, tanggungjawab melantik pemimpin negara juga bukan perkara permainan bagi mendapatkan imbuhan wang ringgit.



“Khianat yang paling besar adalah memimpin negara tidak mengikut syariat Allah SWT.

Begitu juga dengan orang yang melantik pemimpin negara dan tidak mengikut cara-cara Islam, murka yang sangat besar.



“Kerana itu, adalah amanah yang sangat besar, bukan main lantik pemimpin boleh RM50, boleh RM100. Ini amanah yang sangat besar di hari kiamat,” tegasnya.



Ustaz Abdul Hadi turut mengingatkan dengan sepotong hadis yang bermaksud,“Barang siapa yang melantik kepimpinan bukan kerana kelayakkannya, tetapi kerana dunianya. Maka, dia telah khianat terhadap dan Rasul-Nya SAW”.



Justeru itu, katanya pelaksanaan hukum hudud yang terkandung dalam perundangan Islam wajib ditunaikan oleh pemerintah Islam yang diamanahkan.

Wednesday, November 10, 2010

PAS Perlis rayu sumbangan bantu mangsa banjir

PAS Perlis rayu sumbangan bantu mangsa banjir


Ditulis oleh Bashir Ishak

WEDNESDAY, 10 NOVEMBER 2010 09:55

KANGAR, 9 Nov: PAS Perlis merayu para dermawan untuk memberikan sumbangan kepada Tabung Mangsa Banjir PAS Perlis ekoran banjir besar, baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, tabung itu dilancarkan bagi membolehkan sumbangan disalurkan kepada mangsa banjir memandangkan banyak lagi keperluan yang harus disalurkan kepada mereka pasca banjir.

"Sekarang ini kita memasuki fasa kedua selepas banjir dan banyak proses pemulihan yang perlu dijalani oleh mangsa yang terlibat. Untuk itu, PAS Perlis merayu para dermawan khususnya di luar Perlis untuk sama-sama memberikan sumbangan bagi membantu mangsa banjir.

"Semasa banjir tempoh hari kita telah salurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada mangsa di pusta-pusat pemindahan banjir, tapi masih banyak lagi keperluan untuk kita berikan kepada mereka selepas banjir pulih," jelasnya.

Menurutnya lagi, PAS Perlis akan menyelaraskan setiap sumbangan yang diterima untuk diagihkan ke seluruh kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.

"Bagi memudahkan proses pengagihan bantuan, setiap sumbangan perlualh disalurkan kepada Perhubungan PAS Perlis," katanya.

Para dermawan yang ingin menyampaikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam: 09010010005759 atas nama Perhubungan PAS Perlis atau menghubungi talian 04-9761836 (pejabat).

Tuesday, November 9, 2010

Jangan Jadikan 300,000 RELA Undi Pos Di Selangor

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

TUESDAY, 09 NOVEMBER 2010 11:33

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik Umno BN untuk menawan Selangor melalui taktik undi pos. PAS mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang. PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihanraya. Baru-baru ini kita telah dikejutkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). PAS menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno Bn tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.

PAS mengharapkan supaya semua jentera pilihanraya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario ini. PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menangani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor. BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno.

Monday, November 8, 2010

Tan Sri Muhyudin Bohong, Tuduh Kerajaan Kedah Tidak Peduli Mangsa Banjir

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad MONDAY, 08 NOVEMBER 2010 13:06

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap Kenyataan Muhyidin Yasin satu fitnah apabila beliau mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di Kedah. Tinjauan saya di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama.

Pihak kerajaan Kedah, Pejabat Daerah, Pejabat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan. Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli PAS bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah.

Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli Umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami. Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli Umno sewaktu mengendalikan pusat banjir.

PAS menasihatkan kepada Tan Sri Muhyidin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno, usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kekalahan Di Galas Sebagai Loceng Amaran PRU 13

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
FRIDAY, 05 NOVEMBER 2010 15:27


Parti Islam Semalaysia PAS menganggap kekalahan di Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi Pilihanraya ke 13. PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihanraya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manik Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, PAS hampir tewas dengan majoriti 65 sahaja. Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.

Insya Allah PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.

Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat. PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.

Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, November 4, 2010

Lagi bantah Malaysia dijadikan hab hiburan

Lagi bantah Malysia dijadikan hab hiburan


Muhamad Firwan Norliza
Presiden MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Menurut perancangan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan beberapa hari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

ETP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Seperti yang dijangka, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) ini mendapat tentangan dan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kumpulan NGO Islam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM), ahli-ahli politik, golongan intelektual mahupun masyarakat.

Saya dengan tegasnya menyatakan bantahan dan tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan dalam usaha memacu industri pelancongan Malaysia.

Saya melihat bahawa tindakan kerajaan ini tidak munasabah untuk dilaksanakan kerana ianya tidak selari dengan prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Saya ingin menyarankan supaya kerajaan menarik balik dan mempertimbangkan semula pekara ini memandangkan banyak kesan buruk yang akan dihadapi pada masa akan datang termasuklah kesan kepada kesejahteraan sosial, ekonomi, keselamatan mahupun imej Malaysia sebagai negara yang sering mengetuai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).

Jika dilihat kepada permasalahan sosial masyarakat Malaysia terutamanya yang melibatkan golongan anak muda, saya bimbang dan tidak selesa melihat permasalahan ini berlarutan. Perlaksanaan hab hiburan ini akan menyuburkan lagi masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat.

Penubuhan beberapa kelab malam terkemuka ini sahaja sudah memberi banyak kesan negatif kepada masa depan Malaysia, antaranya keberangkalian yang tinggi terhadap peningkatan statistik penularan HIV dan AIDS, peningkatan kadar jenayah seperti pengedaran dadah, pil khayal, pelacuran dan gengsterisme. Hal ini sangat merbahaya dan kritikal jika hab hiburan ini benar-benar dilaksanakan.

Saya tidak melihat sebarang input positif yang akan diperolehi negara dengan perlaksanaan hab hiburan kerana saya berpandangan bahawa masih banyak langkah lebih relevan yang sepatutnya difikirkan oleh kerajaan. Ini kerana, potensi sektor pelancongan masih belum dieksploitasi sepenuhnya.

Masih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk memacu industri ini bagi menarik pasaran baru dari Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara serantau. Antaranya, mengekploitasi hutan yang kaya dengan flora dan fauna serta kawasan menyelam dasar laut yang amat menarik untuk tujuan pelancongan.

Saya yakin dan percaya, Malaysia mampu menerajui dalam menyediakan pengembaraan ekopelancongan yang lestari, eksklusif dan bernilai tinggi. Masa depan industri pelancongan Malaysia berkembang cerah sekiranya kita mempunyai visi dan kreativiti bagi menyokong potensi pertumbuhannya yang luas dan pelbagai.

Sebagai negara yang menerajui Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), lebih relevan dan munasabah sekiranya kerajaan Malaysia menerokai sektor lain untuk meningkatkan ekonomi negara, sebagai contoh menjadikan Malaysia sebagai hab perkhidmatan kewangan Islam.

Ini kerana Malaysia kini merupakan peneraju perbankan dan pasaran modal Islam serta industri takaful di dunia. Langkah ini berpotensi untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi hab perkhidmatan kewangan Islam yang bersepadu. Umpamanya, Bank Negara Malaysia kini dalam proses memuktamadkan penubuhan pusat kewangan Islam dan kelulusan dua lesen bank Islam mega.

Sebagai sebuah negara Islam, kerajaan seharusnya membangunkan industri pelancongan yang memberi peluang kepada pelancong untuk mengenali warisan Islam termasuklah dalam sektor ekonomi.

Penggunaan dinar emas sebagai mata wang dilihat dapat memberi keuntungan yang besar terhadap ekonomi negara. Justeru, saya melihat bahawa Malaysia mempunyai ruang dan peluang yang besar untuk memacu ekonomi termasuklah dalam industri pelancongan namun ianya haruslah bertepatan dengan norma dan tatasusila masyarakat.

Isu hab hiburan ini perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sihat dari sudut perkembangan sosialnya. Penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang merupakan satu badan bebas yang ditugaskan untuk mengkaji ekonomi negara secara terperinci hendaklah dimaksimakan sebaik mungkin.

Wednesday, November 3, 2010

Ku Li punca masalah jentera BN - pensyarah

Ku Li punca masalah jentera BN - pensyarah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Menjelang pilihan raya kecil esok, jentera Barisan Nasional (BN) di Galas kalau ada masalah pun adalah kerana perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya itu.

Demikian kata Profesor Madya Shahrudin Badarudin, pensyarah sains politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam slot Kerusi Panas di Bernama Radio 24 petang ini.

Turut serta dalam dialog secara langsung dengan pengacara Radio 24 Bernama itu adalah Profesor Madya Ahmad Nizomudin Sulaiman dari UKM.

Menurut Prof Shahrudin, beliau tidak melihat faktor Tengku Razaleigh (gambar) sangat besar untuk membantu kemenangan calon BN di Galas.

"Bahkan, bagi saya perlantikan Ku Li boleh menyumbangkan masalah. Ini kerana Ku Li sentiasa keluar masuk dalam Umno," kata beliau dalam temubual melalui telefon itu.

Beliau yang baru pulang dari Galas berkata, faktor yang penting dalam menentukan kemenangan pilihan raya Galas adalah calon dan isu yang penting pula adalah isu tanah.

"Kedua-dua parti nampaknya membuat pertimbangan wajar ketika memilih calon-calon mereka kerana faktor ini besar," kata Prof Shahrudin.

Beliau dipercayai merujuk kepada masalah perpecahan yang dihadapi Umno Gua Musang antara penyokong setia Umno dengan penyokong Ku Li yang kebanyakannya dari parti Melayu Semangat 46 yang dikuburkan.

Harakahdaily difahamkan, bekas calon BN di Galas dalam pilihan raya umum 2008, Saufi Deraman bersama dengan ketua pemuda Umno bahagian, Bazlan Baharudin dan ketua wanita, Datuk Wan Hazani Wan Yusof adalah antara pihak yang tidak bersetuju Ku Li dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

Mereka dikatakan lagi sedih apabila Abdul Aziz Yusof dilantik sebagai calon BN di situ kerana ia adalah penyokong kuat Ku Li.

Dalam pemilihan Umno yang lepas, penyokong Ku Li iaitu Adun Nenggiri telah menentang Saufi sebagai timbalan ketua Umno bahagian Gua Musang dan mengalahkan Saufi. Padahal, ketika Ku Li menyertai Umno semula dahulu, Saufi telah mengosongkan kerusi ketua bahagian untuk Ku Li dan dia sendiri menjadi timbalan ketua bahagian.

Difahamkan, Saufi bukan sahaja tidak membantu kempen BN dalam pilihan raya kecil ini bahkan membantu PAS dalam gerak kerjanya di Galas.

Dengan pengamatan yang dibuat oleh pensyarah politik UiTM ini, kebimbangan Umno sebelum ini dipercayai telah menjadi kenyataan.

Sementara itu, pensyarah itu yakin, sasaran SPR bahawa 80 peratus pengundi akan keluar mengundi di Galas akan boleh dicapai.

"Kerajaan negeri telah memberi cuti pada hari itu, parti-parti yang bertanding juga bekerja keras untuk mengeluarkan pengundi mereka. Jadi saya percaya sasaran itu akan berjaya dicapai," katanya.

Di Batu Sapi pula, Profesor Madya Ahmad Nizomudin juga percaya sasaran SPR untuk mendapat 75 peratus keluar mengundi esok akan tercapai.

"Parti-parti politik yang bertanding akan berusaha keras. Lagipun, pengundi luar kurang. Kalau adapun di Kota Kinabalu yang saya percaya akan pulang. Van atau teksi di sini yang menjadi pengangkutan awam agak cekap. Jadi saya yakin sasaran 75 peratus akan berjaya di capai," kata beliau dalam program Kerusi Panas Bernama Radio 24 tersebut.

Tuesday, November 2, 2010

Berita Harian Fitnah Tuan Guru Nik Aziz

Berita Harian Fitnah Tuan Guru Nik Aziz


Sudah menjadi tugas media yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain untuk mencari jalan mencipta dan menyebarkan propaganda yang memberikan keuntungan ataupun faedah kepada kerajaan Barisan Nasional.

Kali ini Berita Harian memainkan peranan untuk memutar belitkan berita dan gambar-gambar mengenai peristiwa di Lojing di mana Tuan Guru Nik Aziz Mengislamkan tiga Orang Asal <--Sila klik. Sebaik sahaja meng "Islamkan" ketiga tiga orang asal tersebut, Tuan Guru Nik Aziz memberikan wang zakat kepada muallaf tersebut lantaran mereka sudah dikira sebagai satu daripada asnaf yang layak menerima wang zakat.

Sebaliknya Blog-blog pro kerajaan memutar belitkan cerita kononnya Tuan Guru Nik Aziz merasuah Orang Asal agar mengundi PAS. Manakala gambar di bawah pula adalah screenshot dari keratan akhbar Berita Harian. Berita Harian sengaja memutar belitkan cerita dari "wang zakat kepada membeli undi"

Source: Berita Harian Fitnah Tuan Guru Nik Aziz - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/11/berita-harian-fitnah-tuan-guru-nik-aziz.html#ixzz14BtXsYoe

Hilang layak undi awam' teramai di negeri Pakatan

'Hilang layak undi awam' teramai di negeri Pakatan
Nov 2, 10 4:42pm

http://www.malaysiakini.com/news/147139


Kongsi 0Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak supaya menjelaskan persoalan yang berbangkit berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, kata Pemuda PAS Pusat, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).


"Ironinya, negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN," kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.

Mengikut kebiasaannya, tegas beliau, apabila seseorang pemilih menjadi pengundi pos, maka secara automatik mereka akan hilang kelayakan sebagai pengundi awam.

"Bilangan 18,493 undi “hilang layak undi awam” adalah cukup besar. Mereka berkemungkinan besar isteri atau keluarga anggota tentera atau polis," katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, kumpulan itu baru diwujudkan dalam rang daftar pengundi bagi suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan anggota tentera dan polis yang memohon sebagai pengundi pos adalah 76 orang sahaja, berbanding dengan keluarga mereka yang memohon berjumlah 18,493 orang.

"Secara tidak langsung, (ia) membawa maksud bahawa secara puratanya satu keluarga polis atau tentera mempunyai 243 orang ahli. Ini angka yang tidak munasabah," tambahnya.


Katanya, tidak dinafikan keluarga anggota polis dan tentera boleh memohon sebagai pengundi pos secara berasingan dengan suami atau isteri mereka yang menjadi anggota terbabit.

"Tetapi pendaftaran secara beramai-ramai di suku ketiga dan hampir dengan pilihanraya umum ke-13 adalah sungguh mencurigakan. Seolah-olah ada usaha saat-saat akhir untuk memberi kemenangan kepada pihak tertentu.

"Terdapat maklumat juga yang menyatakan bahawa terdapat isteri anggota keselamatan yang tidak mengetahui nama mereka telah dipindah daripada pengundi awam kepada pengundi pos. Mereka telah menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurut Suhaizan lagi, apa yang paling mencurigakan adalah walaupun kali pertama kumpulan ini diwujudkan tetapi mempunyai bilangan yang cukup ramai iaitu 18,493 orang.


Mengenai jumlahnya yang ramai di Kedah, Kelantan dan Perak, Suhaizan berkata, kemenangan Pakatan rakyat dengan majoriti kecil di peringkat DUN adalah sangat membimbangkan.

"Contohnya di negeri Kedah bagi DUN N24 Jeneri, YB Yahya Abdullah (Pakatan) menang dengan majoriti 67 undi sedangkan undi “hilang layak undi awam” yang telah dimasukkan berjumlah 117 orang.

"Kemungkinan Pakatan akan kalah sebanyak 50 undi dalam pilihanraya akan datang. Bagi DUN N26 Tanjung Dawai, YB Dr Hamdan Mohd Khalib (Pakatan) menang dengan majoriti 79 undi.

"Undi daripada pengundi “hilang layak undi awam” yang dimasukkan ke DUN ini adalah seramai 105. Maka Pakatan kemungkinan kalah dengan majoriti sebanyak 26 undi," tambahnya.


Suhaizan juga menyentuh tentang pembaikan sistem undi pos yang didakwanya masih kabur.

"Selepas kekecohan pengurusan undi pos dalam pilihanraya Kecil Sibu lepas, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyedari
bahawa proses undi pos menyusahkan dan menggunakan terlalu banyak borang.

"Beliau berjanji mahu membuat perubahan terhadap sistem pengundian pos. Sehingga hari ini tidak diketahui apakah statuscadangan beliau ini.

"Kewujudan pengundi “hilang layak undi awam” ini akan menambahkan bilangan pengundi pos.


"Bagaimana SPR mahu menghadapi pertambahan pengundi pos yang besar ini sedangkan janjinya untuk memperbaiki sistem undi pos belum menampakkan hasilnya?

"Selagi ruang manipulasi dalam undi pos masih ada maka pilihanraya di negara ini akan dipertikai oleh rakyat," kata Suhaizan.

Oleh itu, katanya, bagi memastikan sistem pilihanraya berjalan dengan adil dan telus maka SPR mesti menjelaskan kepada rakyat persoalan yang berbangkit berhubung dengan kumpulan pengundi “hilang layak undi awam”.

Monday, November 1, 2010

Umno Peralat Agama, Fakta Bukan Fitnah.

Umno Peralat Agama, Fakta Bukan Fitnah.
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
SUNDAY, 31 OCTOBER 2010 16:44


Parti Islam Se-Malaysia PAS, menegaskan memang Umno peralatkan agama dan peralatkan orang agama. Ia bukan merupakan fitnah, tetapi kenyataan. Mereka gunakan isu agama apabila penduduknya kuat berpegang dengan agama seperti di Galas. Ustaz-ustaz Umno disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang Umno buat. Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan Umno BN.

Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz Umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja, tidak lebih daripada itu.

PAS mencabar Umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam Umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam Umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid, ditolak dengan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, Umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam Umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam Umno dahulu. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu. Persoalannya tenangkah jiwa orang agama di dalam Umno yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat. Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang mereka sertai. PAS menyeru supaya orang agama tinggalkan sahaja Umno, sertailah PAS. Habiskanlah sisa umur yang masih berbaki untuk Islam. Tidak ada makna kemewahan dunia, tetapi hati tidak tenang.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP