PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Friday, November 26, 2010

GUGAT KUASA RAJA-RAJA MELAYU :PEMIMPIN UMNO DIMINTA SULUH CERMIN

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
WEDNESDAY, 24 NOVEMBER 2010 11:06


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu'.


PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibangkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju. Satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak Tan Seri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi.


PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.


Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Dato Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak.. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Dato Seri Haji Nizar “Patik Mohon Sembah Derhaka”, pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan.


Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa istihar darurat daripada Yang Dipertuan Agong. Rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan. Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Dato Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja Raja Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat
Ustaz Idris Ahmad

1 comment:

  1. Yang jelas pemimpin UMNO tidak akan derhaka pada APCO, satu rekod luarbiasa. seolah-olah APCO itulah Raja atau Sultan mereka mengatasi Yang DiPertuan Agung.
    APCO itulah Yang DiPertuankan oleh UMNO.

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP