PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

SELANGOR





Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.

Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.

Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.

Pelan Syabas:

Tahun                Kenaikkan Tarif

2009                         37%
2012                         25%
2015                         20%

SYABAS

Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.

RM 325 juta ‘hilang’ apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas.

Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM 425,000 sebulan.

RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.

Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.

Pelan Selangor:

Tahun            Kenaikkan Tarif

2009                      12%
2012                      12%
2015                      12%

Apakah pelan Selangor?


Kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.


Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat, bukan Syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.


Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu "kos pemindahan".


Penekanan terhadap integriti dan ketelusan - seperti yang termaktub dalam Enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor - akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.


Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.

Pilihan di tangan anda!

Pertahankan Hak Rakyat Untuk Dapat Air Bersih & Murah

Beri sokongan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan menghadiri perhimpunan penyampaian memorandum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember, 2010 di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Pengurusan Perkhidmatan Air akan lebih terjamin di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat!







Selamatkan Air Selangor


HENTIKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN !

Kerajaan Persekutuan Mesti Hentikan Serta Merta Usaha Untuk Menyelamatkan Syarikat-Syarikat Kroni.

SOKONGAN RAKYAT SELANGOR !

Sokonglah Usaha Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mengambil alih Syarikat-Syarikat Konsesi Air Demi Manfaat Rakyat Negeri Selangor.

Ekonomi negara kini menuju kemelesetan. Dengan menaikkan tarif air, ia pasti menambah bebanan rakyat. Inilah tindakan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan yang kini sedang berusaha hendak membayar harga yang mahal kepada syarikat-syarikat konsesi air supaya dapat mengambil alih aset-aset mereka. Tindakan Kerajaan Persekutuan ini boleh menyebabkan kenaikan kadar bil air.

Usaha Kerajaan Persekutuan ini bakal dimulakan di Selangor. Jikalau rakyat Selangor dan Malaysia membiarkan sahaja perkara ini berlaku, maka Kerajaan Persekutuan pasti melakukan tindakan yang sama ke negeri-negeri lain di Malaysia.

Sebenarnya, syarikat-syarikat konsesi air sangat tamak. Kata mereka Kerajaan Selangor menawarkan harga rendah untuk mengambil alih aset-aset mereka. Padahal mereka selama ini sudahpun mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Ayuh, sekarang jangan biarkan mereka menyedut lagi duit kita semua untuk disimpan dalam akaun bank-bank mereka!

Ada Tiga Sebab Mengapa Kerajaan Persekutuan Tidak Wajar Mengambil Alih Aset-Aset daripada Syarikat-Syarikat Konsesi Air di Selangor:

1] Kita terpaksa membayar harga (bil) yang tinggi.

Tiada lagi pemberian air percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan. Kenaikan tariff air. Sebaliknya, jikalau Kerajaan Negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi, kadar harga air menjadi semakin murah menurut perkiraan berikut:

Kadar sekarang RM1.33/M3

Turun 10% pada tahun 2009, bersamaan RM1.33/M3
Turun 20% pada tahun 2011, bersamaan RM1.18/M3
Turun 25% pada tahun 2013, bersamaan RM1.11/M3

Kualiti (mutu) air bertambah buruk dalam pengendalian Syabas.

2] Ia merupakan usaha menyelamatkan kroni secara tidak sopan.

Kerajaan Persekutuan hendak menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang sedang menanggung hutang yang banyak:

Hutang Puncak Niaga : RM1.30 bilion
Hutang Syabas : RM2.90 bilion
Hutang Splash : RM1.60 bilion
Hutang Abbas : RM0.64 billion

JUMLAH HUTANG : RM6.40 bilion

Kerajaan Persekutuan dijangka membayar kadar harga yang tinggi kepada syarikat-syarikat konsesi bagi mengambil alih aset-aset mereka. Wang ringgit rakyat yang banyak hendak disedut dan diserahkan kepada syarikat-syarikat konsesi air yang memang sudah kaya raya. Maka, amalan rasuah bakal berterusan malah berleluasa.


3] Syabas paling banyak mengaut keuntungan

Syabas merupakan pembekal tunggal air di Selangor dan Kuala Lumpur. Kerajaan Persekutuan hendak memberikan lesen tunggal pengoperasian air kepada Syabas. Kualiti air dijangka terus berkeadaan buruk, iaitu kotor, berbau, mungkin beracun. Layanan buruk terhadap aduan pengguna yang berkaitan air. Tiada tender terbuka kepada lebih 72% kontrak berkaitan industri air yang bernilai RM600 juta. Pengguna perlu membayar RM50 bagi bayaran penyambungan semula, berbanding dengan hanya RM10 sebelum industri air diswastakan; privatization.

Dalam kajian terhadap dokumen Syabas, didapati sebanyak lebih RM325 juta disalahgunakan dalam urusan pembahagian kontrak industri air kepada pihak-pihak tertentu pada tahun-tahun 2005, 2006 dan 2007.

Sebanyak RMN51.2 juta adalah dibelanjakan bagi membaik pulih pejabat Syabas, padahal Jabatan Kawalan Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan peruntukan RM23.2 juta pada tahun 2005.

Menurut perjanjian Syabas, kenaikan 25% tarif dijadual, berkuatkuasa pada tahun 2012, diikuti kenaikan 10% pada tahun 2015, kenaikan 10% pada tahun 2019 dan kenaikan 5% pada tahun-tahun 2021, 2024, 2027 dan 2030.

Syabas telah melebihi “ceiling contract value” mereka sebanyak RM200 juta dari tahun 2005-2207

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad ada menerima bayaran gaji selaku Pengarah sebanyak RM5.1 juta pada tahun 2007 (bersamaan RM425,000 sebulan!), iaitu merupakan antara gaji Pengarah yang paling tinggi di Malaysia. Dia juga merupakan Pengerusi Eksekutif kepada Syabas, iaitu 70% kepentingan dimiliki Puncak Niaga.

Skandal paip:

Pembelian batang paip daripada syarikat-syarikat Indonesia bernilai RM600 juta.
Syarikat-syarikat yang berikut juga dimiliki oleh orang yang sama!

"Sebenarnya Menjadi suatu Kesalahan bagi Kerajaan Persekutuan untuk Mengadakan Perundingan Terus dengan Syarikat-Syarikat Konsesi Tanpa Melibatkan Kerajaan Negeri langsung, Menurut Perkara 191 (4) dan 191 (7) Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Mempunyai Hak bagi Menamatkan Perjanjian Menurut WSIA 2006, tetapi Beliau Enggan Melakukannnya. Mengapa?"

"Air Merupakan Hak Asasi Manusia dan Tidak Boleh Dipindah Milik Menjadi Barangan atau Komoditi yang Menguntungkan Pihak-Pihak Tertentu. Kerajaan-Kerajaan Negeri Bertanggungjawab untuk Menyedari Perkara Penting Ini.

Dengan Membayar Harga yang Mahal kepada Syarikat-Syarikat Konsesi, Ia Bermakna Kerajaan Persekutuan Bersedia Menswastakan Keuntungan Tetapi Bakal Menanggung Kerugian yang Sangat Banyak."

Apakah yang Patut Kita Lakukan?

1) Adakan mesyuarat di peringkat kawasan anda bersama Majlis Tempatan atau Pertubuhan Penduduk.

2) SMS kepada rakan-rakan dan kepada Kerajaan Persekutuan bagi membantah usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan Syabas yang kini mengalami kerugian.

3) Fakskan kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi di talian 03-88893712, dengan menyatakan bantahan terhadap usaha menyelamatkan Syabas dan syarikat-syarikat konsesi air lain yang sedang mengalami kerugian.

4) Hantarkan berita kepada surat khabar, radio atau televisyen, dan media dalam talian yang memuatkan bantahan terhadap usaha menyelamatkan Syabas dan syarikat-syarikat konsesi air yang mengalami kerugian.

5) Mulakan Blog tentang isu ini dan poskan ulasan tentang isu ini dalam blog- blog lain.


Sumber : Panel Penilai Air Kerajaan Negeri Selangor 25 Februari 2009







PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP