Kaedah kepada pendakwah mesti menepati aqidah, menurut syari'at dan memiliki akhlak Islam yang mulia. Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.
Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata "Ilmu" dan kata "Islam", sehingga menjadi "Ilmu dakwah" dan Ilmu Islam" atau ad-dakwah al-Islamiyah
Ilmu Dakwah
Ilmu dakwah adalah suatu ilmu berkenaan cara-cara untuk menarik perhatian orang lain supaya mengikuti, menyetujui atau melaksanakan pegangan dan amalan agama Islam secara syumul atau mengajak melakukan kebaikan tertentu yang difokuskan dalam seruan itu. Mereka yang menyampaikan dakwah disebut "Da'i" manakala mereka yang menjadi sasaran dakwah disebut "Mad'u".
Tujuan utama dakwah
Tujuan utama dakwah ialah menyeru manusia beriman kepada Allah dan beriman dengan sebenar-benarnya sekaligus mewujudkan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat yang diridai oleh Allah. Nabi Muhammad SAW memaparkan contoh dai terbaik kepada umatnya dengan berbagai cara berdakwah melalui lisan, tulisan dan perbuatan. Dimulai dari isterinya, keluarganya, dan teman-teman karibnya hingga raja-raja yang berkuasa selepas pembukaan kota Mekah turut menjadi sasaran dakwahnya. Di antara raja-raja yang mendapat surat atau risalah Nabi SAW adalah kaisar Heraklius dari Byzantium, Mukaukis dari Mesir, Kisra dari Persia (Iran) dan Raja Najasyi dari Habasyah (Ethiopia).
Fiqhud-dakwah
Pendakwah perlu mempunyai ilmu dalam aspek syariat (hukum) dan strategi (hikmah) yang berkaitan dalam melaksanakan dakwah, sehingga para pendakwah bukan saja faham tentang kebenaran dan keindahan Islam akan tetapi mereka juga pendukung akhlak Islamiyah dan memiliki keupayaan yang baik dalam menyampaikan Risalah al Islamiyah dengan bijaksana (hikmah).
