PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Tuesday, November 2, 2010

Berita Harian Fitnah Tuan Guru Nik Aziz

Berita Harian Fitnah Tuan Guru Nik Aziz


Sudah menjadi tugas media yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain untuk mencari jalan mencipta dan menyebarkan propaganda yang memberikan keuntungan ataupun faedah kepada kerajaan Barisan Nasional.

Kali ini Berita Harian memainkan peranan untuk memutar belitkan berita dan gambar-gambar mengenai peristiwa di Lojing di mana Tuan Guru Nik Aziz Mengislamkan tiga Orang Asal <--Sila klik. Sebaik sahaja meng "Islamkan" ketiga tiga orang asal tersebut, Tuan Guru Nik Aziz memberikan wang zakat kepada muallaf tersebut lantaran mereka sudah dikira sebagai satu daripada asnaf yang layak menerima wang zakat.

Sebaliknya Blog-blog pro kerajaan memutar belitkan cerita kononnya Tuan Guru Nik Aziz merasuah Orang Asal agar mengundi PAS. Manakala gambar di bawah pula adalah screenshot dari keratan akhbar Berita Harian. Berita Harian sengaja memutar belitkan cerita dari "wang zakat kepada membeli undi"

Source: Berita Harian Fitnah Tuan Guru Nik Aziz - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/11/berita-harian-fitnah-tuan-guru-nik-aziz.html#ixzz14BtXsYoe

1 comment:

  1. Sebelum baca, saya ingatkan pembaca jangan beli akhbar Berita Hairan ini. Wartawan mereka tiada kerja lain dari menulis artikel untuk memenangkan BN dalam pilihanraya dan melontar tuduhan liar kepada pemimpin parti Pakatan Rakyat.

    Dalam isu ini jelas sekali, wartawan BH ini sengaja buat tidak faham bertujuan memfitnah Tuan Guru Nik Aziz. Sedangkan etika kewartanan adalah mengenalpasti terlebih dahulu apakah wang yang dihulurkan oleh TG Nik Aziz.

    Jelas sekali wartawan BH menggadaikan prinsip kejujuran dan amanah dan tidak menjalankan tugas kewartawanan mereka secara professional sehingga sanggup melakukan kerja jijik memfitnah.

    Mereka hanya buat tidak faham dan walaupun mereka tahu bahawa pemberian itu bukannya pemberian untuk beli undi.

    Mereka tidak pun melaporkan wang dari UMNO kepada pengundi. Wang yang dihulurkan oleh TG Nik Aziz adalah wang zakat dan sekiranya wartawan tahu ianya sepatutnya dilakukan oleh UMNO yang banyak duit itu kepada rakyat yang dalam kategori miskin tegar, tetapi tidak semua dia bagi. Itulah yang dikatakan politik wang. Sebab BN tidak kira pada asnaf mana dihulurkan wang janji sokong dia tetapi kali ini pada pengundi pula. Budaya politik wang UMNO telah dibawa keluar dari dalam parti BN kepada rakyat untuk terus berkuasa memerintah.

    Umum mengetahui wartawan BH ini sudah sekian lama, menulis untuk memenangkan BN walaupun fitnah. Sebenarnya mereka bukan menyampaikan berita dan maklumat yang tepat dan benar tetapi hendak berpolitik, mereka semakin ketagihan bermain politik dengan melontar penulisan berbentuk fitnah kepada PAS dan parti Pakatan Rakyat.

    Wartawan Berita Hairan ini hanyalah jentera politik UMNO.

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP