PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Friday, June 25, 2010

Isu Kapal Selam, Jet dan banyak lagi, buktikan Najib jadi beban Umno-BN

Isu Kapal Selam, Jet dan banyak lagi, buktikan Najib jadi beban Umno-BN. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan pendedahan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menang di Sibu kerana bijak memainkan isu terutamanya
isu Kapal Selam Scorpene dan kehilangan dua enjin Jet TUDM.

Pendedahan yang dibuat ketika pertemuan dengan ahli-ahli Umno di Bagan, Datoh Ahad lepas sebenarnya membongkar kelemahan Najib sendiri kerana dua isu ini berlaku ketika zaman beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Ahli Umno dan BN kena melihat fakta ini. Najib kini menjadi beban kepada mereka. Jika Pak Lah dulu dijatuhkan kerana dikatakan menjadi punca kekalahan BN akibat sikapnya yang tidak tegas dan mengutamakan keluarga, kini Najib juga bakal membawa petaka yang sama kepada BN menjelang PRU-13.

Umno-BN tidak mampu menafikan dakwaan dan fakta yang dibentangkan oleh Pakatan. Malah kes rasuah kapal selam yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Perancis menghantui Najib. Kebocoran yang berlaku kepada kapal selam itu turut memalukan sistem pertahanan negara dikalangan negara ASEAN. Malah kematian Altantuya yang dikaitkan dengan urusniaga

Kapal selam ini juga masih menjadi misteri dan rakyat hingga kini tidak tahu siapakah sebanranya Sirul Azhar dan Azilah Hadri. Bagaimana wajah mereka, kenapa hendak disembunyikan.

Dua enjin Jet yang dicuri juga belum dipulangkan ke negara ini. Dan paling tidak boleh diterima rakyat, dua enjin ini hilang dari kawalan ketat pihak keselamatan negara. Dalam erti kata lain, keselamatan negara kini tidak lagi berada pada tahap yang sepatutnya.

Malah dakwaan terbaru bahawa wujudnya gerakan JI di IPT dalam negara jelas menunjukan ketidakseriusan Najib menjaga rakyat. Bagaimana gerakan ini masih boleh wujud? Benarkah ada gerakan ini lagi? kenapa
Polis belum mampu buat tangkapan tapi sibuk buat dakwaan dalam media?

Najib turut dilihat kehilangan punca dalam mengawal pemilikan aset negara kepada pelabur asing. Tekanan ekonomi dan pasaran antarabangsa membuatkan Najib mati akal dan terdesak mewujudkan dasar-dasar yang menjual negara seperti Dasar Liberalisasi Ekonomi dan Model Ekonomi Baru.

Rakyat tidak melihat perubahan besar kepada organisasi Kerajaan dan cara kerja mereka. tetapi rakyat penat mendengar berita aset negara yang mahu digadai dengan pakej 60:40 seperti yang berlaku di Wilayah

Pembangunan Iskandar (IDR), Tanah KTM di Singapura dan terbaru di Kg. Bharu. Hingga kini Kerajaan BN tidak mempunyai dasar yang jelas terhadap projek pembangunan ini.

Rancangan membina reaktor nuklear juga kabur dan kerajaan dilihat mahu membuat keputusan sendiri. Begitu juga dengan cadangan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Tindakan mahu diambil tanpa adanya pelan tindakan alternatif yang jelas. Kerajaan banyak berbincang tindakan afermatif sahaja.

Kerajaan Najib juga akhir-akhir ini dilihat tidak mesra rakyat dan menolak Parlimen sebagai wakil suara rakyat. Keputusan-keputusan besar dibuat hanya dengan merujuk kepada Kabinet seperti keputusan pemberian lesen judi bola baru-baru ini.

PAS meminta agar semua jentera PAS, semua jentera Pakatan agar terus membongkar kelemahan pentadbiran Najib. Hanya Pakatan sahaja menjadi harapan rakyat untuk membongkar segala pembohongan dan kezaliman yang dilakukan oleh Najib dan Kerajaannya.

Dalam masa yang sama, Jentera PAS dan Pakatan juga tidak boleh leka dan menganggap kelemahan Najib ini sudah cukup untuk tumbangkan BN. Semua ahli dan penyokong perlu bekerjasama dan menunjukan kekuatan dan kemampuan Pakatan kepada rakyat.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemuda Umno disaran turun demo bantah judi sukan

Ditulis oleh DPP Wilayah

FRIDAY, 25 JUNE 2010 01:42


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
PEMUDA UMNO DISARAN TURUN KE HIMPUNAN AMAN GERAKAN
RAKYAT MEMBANTAH JUDI SUKAN (GMJ)

24 Jun 2010 / 11 Rejab 1431

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pula membantah lesen judi sukan selepas Badan Perhubungan UMNO Perak dan Johor mendahului dengan membantah pengeluaran lesen yang sama. Nampaknya usaha Perdana Menteri yang menunjangi kerajaan untuk membenarkan lesen judi sukan tidak dipersetujui oleh pengikut mereka sendiri. Sebenarnya ramai lagi pemimpin dan penyokong UMNO yang membantah tindakan kerajaan UMNO-BN. Namun mereka hanya membantah secara senyap-senyap dan tidak berani menyatakan bantahan secara terang-terangan, kerana takut pelbagai risiko yang menanti mereka.

Sikap Perdana Menteri pula apabila disuakan persoalan ini, dijawab bahawa kerajaan akan meminta pandangan daripada rakyat dahulu. Soalnya, perlukah kerajaan meminta pandangan masyarakat sedangkan dalam Islam, bahkan ajaran mana-mana agama menyatakan hukumnya haram dan berdosa besar? Yang sepatutnya kerajaan meminta pandangan rakyat adalah perkara yang berkaitan dengan rakyat sendiri, seperti kenaikan harga barang, tol, gaji minimum, elaun, dan lain-lain. Itu tidak pernah hendak dirundingkan dengan rakyat dahulu. Tetapi soal pokok yang menjadi asas hukum dalam Islam mahu pula ditanya pendapat rakyat!

Atas alasan apa lagi Perdana Menteri dan kerajaan UMNO-BN mahu terus memberi lesen judi sukan ini. Apakah kerajaan telah muflis dan miskin idea sehingga terpaksa ‘memperjudikan’ negara dengan aktiviti perjudian. Apakah sumber pendapatan negara yang kaya dengan hasil bumi ini telah kering dan hilang sehingga terpaksa menghalalkan perjudian bagi menambah pendapatan negara? Mengapa pula kerajaan UMNO-BN terpaksa melayan kehendak segelintir tauke-tauke judi yang mengaut keuntungan berbilion ringgit hasil dari aktiviti mereka. Sedangkan keuntungan perniagaan mereka belum tentu dapat dikongsikan bersama rakyat dan negara ini. Semua ini menjadi persoalan yang perlu kerajaan UMNO-BN jawab dihadapan rakyat.

Kepada yang membantah pengeluaran lesen judi sukan ini, teruskan membantah. Ini kerana menyanggah perkara yang mungkar pasti mendapat pahala dari sisi Allah. Isu halal dan haram adalah isu besar yang melangkaui sempadan politik. Buat Pergerakan Pemuda UMNO, disarankan agar bersama-sama rakyat turun ke himpunan aman pada 3 Julai 2010, sebagai tanda protes kedegilan kerajaan UMNO-BN meneruskan lesen judi sukan. Semua kita dari parti politik mana pun dapat bersatu menyatakan bantahan atas persoalan menegakkan kema’rufan dan mencegah kemungkaran seperti mana isu Palestin dan kejahatan Israel. Katakan ya kepada aktiviti sukan tetapi tidak kepada perjudian!

Mohamad Suhaimi Abdul Aziz
Pemangku Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Thursday, June 24, 2010

TIDAK WAJAR KAITKAN TUAN GURU DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

FRIDAY, 25 JUNE 2010 01:44

Heboh kebelakangan ini ada pihak cuba mengaitkan PAS dengan pengganas, pemimpin seperti YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai individu yang ada hubungan dengan pengganas.

1. Presiden PAS adalah pemimpin PAS sejak tahun 1980an lagi. Daripada menjadi Naib Yang Di Pertua, Timbalan Presiden sehingga kini menjadi Presiden PAS sejak tahun 2002. Beliau juga adalah Ahli Parlimen dan seorang ADUN. Mana mungkin seorang pengganas bergerak atas platform rasmi negara. Semua aktiviti beliau diketahui sama ada dalam negara mahupun luar negara. Jadual beliau sendiri dimaklumkan kepada media.

2. Pengganas tidak bersifat demikian. Seorang pengganas akan bertindak secara senyap-senyap dan tidak berani menzahirkan diri di khalayak. Beliau takut dirinya akan ditangkap. Segala aktivitinya juga tidak akan didedahkan. Ambillah contoh beberapa figur yang dianggap pengganas dan segala aktiviti hidupnya. Sudah pasti amat jauh berbeza dengan peribadi YB Dato’ Seri Presiden PAS.

3. Kalau YB Tuan Guru Presiden PAS seorang pengganas, maka sudah lama negara ini menjadi huru hara. Sudah pasti ada kejadian membakar dan mengebom bangunan sepertimana yang berlaku di Indonesia dan Thailand berlaku. Pengikut PAS dan penyokong YB Tuan Guru Dato’ Seri Presiden PAS ada di mana-mana di Malaysia ini. Boleh dikatakan bukan setakat umat Islam, bahkan bukan Islam pun ramai yang menjadi penyokong beliau. Populariti beliau lebih daripada YAB Perdana Menteri sendiri. Beliau dikenali di dunia Islam antarabangsa, walaupun beliau bukan Perdana Menteri. Ucapan dan tulisan beliau disukai oleh setiap lapisan masyarakat.

4. Semua tulisan dan ucapan beliau tidak pernah menjuruskan ke arah keganasan. Beliau tidak pernah meminta umat Islam Malaysia berperang dengan kerajaan Malaysia. Semua ucapan dan penulisan beliau adalah berbentuk dakwah dan tarbiyah. Beliau menjurus persoalan akidah dan tauhid, akhlak dan syariat yang menjadi pedoman umat Islam. Beliau selalu meluruskan umat Islam yang bengkok dan lari dari landasan perjuangan.

5. Apakah kerana ketegasan YB Presiden PAS terhadap isu umat Islam di Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Chehnya, Selatan Filipina dan Thailand ini dianggap sebagai pengganas. Sedangkan itulah sikap sebenar sebagai pemimpin umat Islam yang tulen. Sewajarnya pemimpin umat Islam yang lainnya bersikap keras sekiranya ada negara-negara umat Islam yang diserang dan dicerobohi.

6. Keganasan bukan sikap PAS dan cara PAS mendapatkan kuasa. Sejak tahun 1951, PAS telah menyertai Pilihanraya. Kaedah demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang itulah yang diamalkan oleh PAS. Tidak pernah PAS mengajak mana-mana ahli dan penyokongnya bertindak ganas dalam mana-mana aktivitinya.

7. Mengaitkan YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dengan keganasan adalah satu penghinaan terhadap beliau, PAS serta pendokong dan penyokong PAS yang berjumlah hampir sejuta orang ini. Tindakan yang mengaitkan beliau dengan keganasan tidak lain hanyalah sikap manusia yang ‘desperate’ serta dengki terhadap populariti beliau. Bahkan orang sebegini hanya bencikan pengaruh PAS yang semakin diterima oleh kelompok bukan Islam.

Hj Nasrudin Hassan At-Tantawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Monday, June 14, 2010

Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS

KUALA LUMPUR, 15 Jun - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.


Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.

Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.

Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.

“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun - Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.


Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang. Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.

Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok di Surau Taman Melewar.

Sunday, June 13, 2010

AS Akan Keluarkan Rilis Membenarkan Serangan Israel

Saturday, 12 June 2010 16:54

AS dikabarkan akan segera mengeluarkan pernyataan membenarkan serangan terhadap aktivis Freedom Flotilla, demikian dikutip IRNA

Hidayatullah.com--Senat Amerika Serikat (AS) merilis resolusi untuk mendukung Zionis Israel terkait penyerangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan internasional bagi rakyat Jalur Gaza, Freedom Flotilla.

"Senat AS dalam waktu dekat akan merilis draf resolusi yang mendukung pembantaian para aktivis kemanusiaan Freedom Flotilla oleh Israel dan mengutuk para aktivis," lapor IRNA dari New York.

John Cornyn, senator dari kubu Republik yang pro Israel, terpilih sebagai penyusun draf resolusi ini. Resolusi ini membenarkan tindakan Israel yang menyatroni kapal Freedom Flotilla dan membantai para aktivis di dalamnya. Tak hanya itu AS dalam resolusi ini meminta Israel untuk mempertahankan diri.

Media AS hari Kamis (10/6) melaporkan, mayoritas senator dan anggota parlemen AS mendukung aksi brutal Israel terhadap kapal Freedom Flotilla.

Sementara itu, sejumlah senator lainnya menyatakan akan mengeluarkan sikap setelah penyelidikan insiden ini selesai.

Resolusi garapan John Cornyn ini juga mengutuk segala bentuk upaya pemutusan blokade Gaza dan penyelamatan 1,5 juta warga di wilayah ini, karena upaya tersebut akan mengancam serta melemahkan keamanan Israel.

Selain mengenai Gaza, resolusi ini juga mengecam Iran karena bangsa ini mendukung warga Gaza. Di bagian lain resolusi disebutkan, AS meminta Turki untuk memperkokoh hubungannya dengan Israel.

Resolusi ini semakin ekstrim dengan menyebut tindakan Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB) yang merilis resolusi atau pernyataan anti Israel sebagai tindakan yang tidak tepat. [irna/hidayatullah.com]

Kumpul Sumber Kewangan, Umno BN Belakangkan Apa Sahaja

Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sanggup membelakangkan apa sahaja termasuk menghalalkan anasir judi mahupun mengadakan hubungan dengan Israel bagi memperoleh sumber kewangan.

Malah, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata pimpinan negara juga tergamak memperkenal cukai baru hingga membebankan rakyat semata-mata bagi mencapai matlamat itu.

"Jadi saya lihat pemimpin yang ada pada hari ini merasakan zaman pemerintahan mereka sudah hampir berakhir. Mereka yakin kebenaran suasana ini, maka mereka menganggap ini adalah peluang terakhir bagi mempersiapkan diri mereka, kroni mereka, keluarga, syarikat untuk ada dana mencukupi untuk akan datang barangkali," katanya.

Bercakap pada segmen Fokus Berita TV Selangor, Azan berkata, Malaysia adalah negara yang memiliki sumber alam, malah pernah mempunyai simpanan rizab luar negara lebih tinggi dari Hong Kong dan negara Asean lain.

"Kita pernah mencapai satu tahap rizab tertinggi dalam kedudukan kewangan dan dana negara kita mengatasi negara-negara Asean dan kita pernah mempunyai simpanan dana rizab asing yang melebihi negara seperti Hong Kong dan Taiwan," katanya

Malangnya, kata Azan, kerajaan Malaysia kini kehilangan pelbagai kelebihan itu sehingga terpaksa memperkenal pelbagai cara bagi mencari sumber kewangan termasuk melalui cukai hasil judi.

Ini dikatakan mendorong kerajaan memperkenal judi sukan di negara ini walaupun cuba menafikannya sedangkan ia diakui sendiri Kumpulan Berjaya, kata Azan lagi.

"Kerajaan sanggup menggunakan perjudian sebagai asas untuk meraih dana. Tidak cukup dengan dana setiap tahun sebanyak RM2 bilion dalam bentuk cukai yang dibayar Genting World Resort.

"Tetapi tidak mencukupi. Dia masukkan satu elemen baru perjudian bola sepak," katanya.

Azan juga mempersoal kerjasama kerajaan Malaysia dengan Apco Worldwide, sebuah firma perunding yang didalangi pimpinan Israel-Zionis.

Lebih-lebih lagi, kerajaan pemerintah sanggup membayar RM77 juta setahun sedangkan Azan mendapati negara lain yang menggunakan khidmat Apco cuma membayar sekitar USD2 juta.

"Kenapa kerajaan Malaysia membayar lebih untuk fungsi yang sama sedangkan negara lain membayar kurang dari USD2? Ini persoalan besar," katanya.

Tuesday, June 8, 2010

PAS MAHU KERAJAAN TAMBAH 12 KETETAPAN LAGI BERHUBUNG USUL KUTUK ISRAEL

KENYATAAN MEDIA

Oleh Ustaz Idris Ahmad


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa 15 tuntutan Kerajaan Malaysia berhubung isu keganasan Israel ke atas aktivitis yang terlibat dalam konvo Freedom Flotilia di parlimen semalam sebagai tuntutan yang longgar dan tidak lengkap.

Sehubungan dengan itu, PAS mahu Kerajaan menambah 11 ketetapan berikut agar selari dengan kehendak rakyat:

1. Mengiatkan kempen anti Israel dab boikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pelobi Israel diseluruh negara dengan mengunakan semua media dan organisasi Kerajaan.
2. Mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel atau yang mempromosikan negara berkenaan termasuklah dalam bentuk iklan dan filem yang dikeluarkan dari negara sekutu Israel seperti Amerika.
3. Membatalkan perkhidmatan dan menghalau semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti APCO Worldwide yang ada dinegara ini.
4. Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti Freemason dinegara ini.
5. Memutuskan hubungan dagang Malaysia-Israel yang dipersetujui secara sulit oleh kabinet dalam Kertas Kabinet bertarikh 20 Mac 1996. Kewujudan kertas ini turut disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish dalam majalah Israel-Asia Trade bagi keluaran bulan Mac 1996.
6. Malaysia, Turki dan negara Islam lain menubuhkan satu jawatankuasa panel guaman khas secara bersama untuk mendakwa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bukannya membiarkan Turki bersendirian melakukan pendakwaan ini.
7. Malaysia wajib mengesa mesyuarat tergempar OIC diadakan bagi mengambil ketetapan ke atas isu Palestine-Israel termasuklah bagi menubuhkan pasukan pengaman OIC sendiri bagi melindungi kapal-kapal bantuan yang berlayar ke Palestine dari serangan tentera Israel.
8. Malaysia memimpin OIC bagi mendesak PBB mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel yang diketahui mempunyai program senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dalam bentuk senjata kimi dan Nuklear.
9. Malaysia juga wajib mendesak negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura serta negara Islam seperti Turki dan Mesir untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Israel serta merta.
10. Malaysia juga harus menjadi negara pelobi utama gerakan anti Israel dan melobi negara ASEAN, China, Jepun, India dan negara Timur Tengah dan Afrika untuk menekan Israel.
11. Malaysia juga harus memimpin gerakan untuk melobi sokongan untuk Palestine dan menjadikan negara ini sebagai hub pengumpulan dana bagi tabung bantuan Palestine di rantau ASEAN.
12. Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai Kerajaan Palestine yang sah bukannya wakil dari pergerakan Fatah dalam semua persidangan OIC dan program Kerajaan-kerajaan dunia.

PAS mahu Kerajaan menunjukan sikap yang serius terhadap Israel dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga dengan menolak semua tindakan kepada Turki dan negara Islam lain untuk dilaksanakan. Inilah peluang jika Malaysia mahu menunjukan kepada dunia bahawa negara ini bukan duduk dibawah telunjuk Amerika yang menjadi sekutu Israel. Ini juga adalah satu bukti sokongan kuat Malaysia terhadap Palestine.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS cadang wujud tentera OIC kawal misi kemanusiaan

Ditulis oleh Harakahdaily
TUESDAY, 08 JUNE 2010 01:13

KUALA LUMPUR, 7 Jun - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan agar diwujudkan pasukan tentera di kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memayungi misi kemanusiaan ke Gaza.


Tegasnya, misi bantuan tersebut mesti diteruskan, namun perlu dipayungi oleh tentera yang diwujudkan oleh OIC atau pihak antarabangsa demi keselamatan anggota misi dan memastikan bantuan sampai ke Gaza.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang juga mahukan Malaysia menggunakan pengaruh OIC, NAM dan PBB bagi mengheret pemimpin rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) walaupun secara paksa.

Ini, katanya kerana tindakan kejam zionis Israel sejak sekian lama adalah tidak bertamadun, mencabul undang-undang antarabangsa, melampau fitrah kemanusiaan dan lebih teruk daripada binatang.

"Fitrah kemanusiaan ada kesihan belas terhadap manusia bahkan kepada binatang," katanya ketika membahaskan usul mengutuk keganasan rejim zionis Israel di Dewan Rakyat, sebentar tadi. Usul tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Tindakan Israel itu juga, katanya aalah manifestasi ideologi zionisme yang mahu membina sebuah negara Israel agung di bumi Palestin sehingga mengenepikan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kita mempunyai tanggungjawab bersama sangat besar, ketepikan kepentingan politik, bersatu atas sifat kemanusiaan," katanya lagi.

Tuesday, June 1, 2010

Rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G)

Selasa, 01/06/2010 – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.


1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

sumber : CMT-LL4G

PAS serah memo ke Kedutaan Amerika, bantah Israel

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.

Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.

Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, R.Sivarasa Rasiah dan disertai Pengarah Strategik Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Manakala memorandum dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diserahkan oleh Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Lebih 200 warga prihatin turut berhimpun menyatakan bantahan di hadapan bangunan kedutaan tersebut dengan membawa sepanduk bantahan dan poster mengecam tindakan biadab rejim Zionis Israel.

Penyerahan hari ini ekoran serangan berdarah tentera rejim Zionis Israel terhadap kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan yang menyertainya.

Memorandum itu juga turut mendesak Amerika supaya memaksa sekutu kuat mereka Israel meletakkan senjata dari terus meratah nyawa dan darah umat Islam Palestin.

Nasharuddin sewaktu bercakap kepada media mengecam sikap Amerika yang dilihat merestui tindakan Israel apabila hanya diam membisu biarpun askar-askar sekutu mereka itu melakukan pembunuhan kejam terhadap peserta konvoi tersebut.

Selain itu Israel dan Amerika, kerajaan Mesir juga ujar Nasharuddin, perlu dikutuk oleh seluruh negara di dunia ini kerana menjadi penyebab bantuan terpaksa diserah melalui jalan laut setelah negara itu menutup laluan darat di sempadan Rafah.

Sebagai tanda bantahan, Malaysia digesa memutuskan hubungan dengan Mesir serta-merta demi nyawa dan darah rakyat Palestin serta aktivis yang menjadi mangsa serangan tentera Israel.

"Kita mahu kerajaan Malaysia menyatakan sikap dan pendirian dan memberikan tekanan kepada kerajaan Mesir yang merupakan penyebab utama kegagalan masuknya barang-barang bantuan ke Gasa setelah sempadan Rafah ditutup oleh Mesir," katanya.

Selain itu juga kerajaan Malaysia perlu proaktif menggesa Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera bersidang.

Sementara itu lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional berkumpul di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur menyatakan kemarahan mereka.

Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.

Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia pagi semalam, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera.

Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.

Sementara itu AFP yang memetik laporan radio awam Israel hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 480 aktivis pro-palestin ditawan dan dihumban ke penjara Ashdod di selatan Israel - Harakahdaily
PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP