PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Saturday, November 20, 2010

Pendidikan Seks Untuk Kenyang Kroni

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
WEDNESDAY, 17 NOVEMBER 2010 23:47


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap rancangan kerajaan yang hendak melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, lebih kepada untuk membela kroni Umno BN sahaja melalui projek cetak buku dan alat bantu mengajar. Walaupun yang diuarkan-uarkan untuk mengatasi masalah buang bayi.


PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda iaitu sejak sekolah rendah. Seks adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian.


PAS berpandangan ia lebih kepada orientasi perniagaan. Bukankah pemimpin Umno BN adalah orang yang pakar menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada undang-undang. Seketika dulu mereka heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni. Kemudian mereka buat-buat bising mengenai pencapain pelajar dalam Bahsa Inggeris maka di kemukakan supaya pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Lesap wang rakyat kepada kroni untuk LCD dan note book hampir RM6 bilion. Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula. Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.

Persoalannya bila pemimpin Umno BN ini prihatin kepada akhlak, bukankah mereka yang menjadi penaja besar kepada penyumbang keruntuhan akhlak. Apabila rakyat rosak akhlak mereka tidak peduli kepada permasalahan negara dan penyelewengan dalam pentadbiran, maka senanglah mereka terus memerintah. Ketika Kementerian Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah, seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam. Bukankah ini idea Pak Pandir namanya. Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun.



Ustaz Idris Ahmad



Ketua Penerangan PAS Pusat



Selepas >

1 comment:

  1. Seolah-olah rakyat Malaysia dijadikan sebagai bahan ujian saja. Berbagai masalah jadi lebih buruk apabila penyelesaian itu berorientasikan perniagaan. Sebab BN dan duit tidak boleh dipisahkan dan kertas kerja itu pula diluluskan oleh pakar-pakar menyamun wang rakyat.

    Rakyat biasa pun boleh memikirkan sendiri dimana sebenarnya punca pembuangan bayi ini.

    Kenyataan Idris Ahmad tepat sekali. Pemimpin Umno BN sendiri menjadi penaja besar menyumbang keruntuhan akhlak.

    Pemimpin UMNO sendiri yang membentuk berbagai budaya tidak islamik, oleh itu pembuangan bayi ini adalah hasil dari budaya yang ditaja oleh pemimpin UMNO.

    Dari sudut politik memanglah rosak akhlak ini penting seumpama jaminan kesinambungan UMNO untuk terus memerintah sebab kanak-kanak atau remaja yang didedahkan dengan aktiviti tidak berakhlak tentunya memilih calon BN nanti apabila dewasa.

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP