PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Thursday, December 30, 2010

Jentera DHPP siap sedia turun ke Tenang

Ditulis oleh Hazayani Zakaria
MONDAY, 27 DECEMBER 2010 15:16

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sudah mengatur perancangan untuk mendekati pengundi khususnya pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang.

Ketuanya, Balendran Balasubramaniam berkata, pihaknya bersama lajnah perpaduan nasional PAS juga sedang merangka isu-isu yang akan diketengahkan sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang.

Menurut beliau yang juga ketua DHPP Pahang, jentera pemuda DHPP peringkat negeri Pahang telah pun dikumpulkan dan diberikan taklimat khas mengenai PRK Tenang.

"Dua hari lepas saya kumpulkan pemuda-pemuda DHPP di Pahang untuk kita bergerak ke Tenang.

"Saya bersama lajnah perpaduan nasional pemuda pemuda sudah bagi penerangan kepada mereka bagaimana kita nak pergi jumpa pengundi," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Balendran memberitahu, antara isu yang akan dijelaskan kepada pengundi termasuk isu saman ekor yang ingin diswastakan kerajaan dan juga isu-isu setempat di Dun berkenaan seperti isu peneroka Felda.

"Kita akan mulakan dengan isu saman ekor yang nak diswastakan sekarang ini dan juga isu-isu setempat. Isu-isu begini mereka akan lebih mudah faham dan kita akan jelaskan kenapa mereka perlu memilih Pakatan Rakyat," katanya.

DHPP juga ujarnya akan membantu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) memberikan penerangan kepada pengundi-pengudi di Felda dalam Dun berkenaan.

"Untuk golongan Felda, memang kita peka isu mereka dan Mazlan Aliman pun dah bawa isu Felda jadi kita akan bantu beri penerangan dan isu berkaitan Felda akan kita tekankan.

"Saya yakin bila DHPP dapat masuk ke kawasan Felda dan dapat berkempen di sana, mesti boleh bagi kefahaman kepada mereka kenapa bukan Islam boleh sokong PAS, kenapa mereka tidak? Anak muda Felda pun sudah cenderung kepada Pakatan," katanya lagi.



Edar risalah

Sementara itu, Balendran berkata, edaran risalah juga amat penting sebagai bahan kempen kerana ia lebih berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh pengundi berbanding ceramah.

"Kami juga akan menyediakan risalah untuk diedarkan kerana sebelum ini dari pemerhatian kita, kalau kita bentangkan isu-isu dalam ceramah, keberkesanannya kurang kerana kadang-kadang orang yang sama datang dengar ceramah.

"kadang-kadang orang balik kerja penat, tak sempat pergi dengar ceramah malamnya jadi boleh tengok bahan edaran yang diedar ke rumah mereka," katanya.

Bagaimanapun katanya, ceramah tetap perlu diteruskan sebagai aktiviti wajib khususnya kepada penyokong-penyokong PAS dan Pakatan yang sudah sebati dengan program sedemikian.

Sehubungan itu, DHPP akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Penyokong PAS Pusat dalam masa terdekat bagi membincangkan rangka risalah untuk dijadikan bahan edaran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi kerusi dun berkenaan yang terletak di Parlimen Labis, Johor pada 22 Januari depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari.

Presiden lancar Majlis Perwakilan PAS Luar Negara

Ditulis oleh Syed Abdul Kadir

SUNDAY, 26 DECEMBER 2010 15:08

MANCHESTER, 26 Dis: PAS mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan melancarkan PAS Representative Council of UK & Eire (Majlis Perwakilan PAS Luar Negara) di Manchester Conference Center, Manchester, United Kingdom (UK) oleh Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, semalam.



Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi PAS Representative Council of UK & Eire, Jupri Bade dan rakyat Malaysia di United Kingdom.

Majlis Perwakilan ini dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia di UK dan Ireland bagi meneruskan dakwah Islam buat semua rakyat Malaysia di seluruh dunia amnya dan di bumi United Kingdom dan Ireland umumnya.

“Sebagaimana kita mengamalkan demokrasi di Malaysia, kita juga mengamalkan demokrasi di UK. Malah rakyat Malaysia di UK dan Ireland boleh belajar daripada keterbukaan demokrasi di UK yang sebenarnya dipelajari dan dikaji daripada sistem Islam itu sendiri.

“Masyarakat Eropah sebelum kedatangan Islam, tidak mengenali sistem demokrasi seperti yang ada pada hari ini, dan hanya mengenalinya selepas mengenali keadilan Islam kepada semua,” kata Tuan Guru Abdul Hadi pada majlis itu.

Di dalam kenyataannya pada majlis pelancaran tersebut, Jupri Bade yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan yang pertama menyebutkan bahawa keanggotaan majlis hanya dilantik secara terus oleh PAS, bagi mewakili dan meneruskan visi dan misi PAS dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam.

Sunday, December 26, 2010

Beri Pakatan Rakyat Memerintah, Baru Buat Tuduhan

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat
THURSDAY, 23 DECEMBER 2010 11:02

PAS menasihatkan pemimpin Umno BN supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN. Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang. Sebenarnya yang banyak berbohong ialah pemimpin Umno yang memberi rakyat dengan berbagai slogan pelali, berbagai-bagai jenama untuk melekakan rakyat. Antaranya rakyat didahulukan apa yang berlaku ialah rakyat yang kena dulu, tradisi membela rakyat apa yang berlaku ialah tradisi menindas rakyat, pencapaian yang diutamakan apa yang berlaku ialah pemimpin diutamakan. Bergegar dengan slogan transformasi apa yang berlaku ialah negara dilanda inflasi sehingga rendahnya kuasa membeli.

Tan Sri Muhyidin juga mengatakan janji 100 hari menyebabkan negara akan bankrap. PAS hendak mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin anak Pak Kiai Muar jangan membayangkan cara pemerintahan PR sama seperti cara BN menguruskan negara ini. Telahan bankrap datang daripada Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan negara akan bankrap pada 2019, yakni bankrap dulu, baru negara maju pada tahun 2020.

Saturday, December 25, 2010

100 Hari: PAS bidas Najib

Ditulis oleh Nazri Abdullah

WEDNESDAY, 22 DECEMBER 2010 23:31


KUALA LUMPUR, 22 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hairan dengan sikap Perdana Menteri serta Timbalannya yang mendakwa 'janji 100 hari Pakatan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib itu, Tuan Ibrahim berkata janji Pakatan bukannya kosong malah sudah menilai kemampuan sebenar dari segala aspek termasuk kemampuan ekonomi negara.

"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan.

"Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan.

"Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat yakin berkemampuan melaksanakan janji 100 hari Pakatan memerintah negara kerana ianya telah dibuat melalui kajian terperinci melibatkan tenaga pakar pelbagai bidang.

Keyakinan itu juga jelasnya berasaskan kepada perubahan pengurusan kewangan negara yang akan dilakukan dengan menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan salah urus pentadbiran kerajaan BN.

Perkara tersebut tegasnya telah berjaya dibuktikan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak ketika Pakatan memerintah negeri itu.

"Di Kedah, ketelusan pengurusan kewangan negeri menyebabkan hasil balak meningkat daripada RM7 juta zaman BN kepada RM35 juta dibawah pemerintahan Pakatan.

"Di Pulau Pinang, bajet negeri berlebih sebanyak RM77 juta pada tahun 2009 dan RM88 juta pada tahun 2008 dalam keadaan negeri dibawah BN difisit teruk dalam perbelanjaan negeri," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ujarnya lagi, rakyat perlu mengetahui, bahawa sebahagian besar janji Pakatan ini hanya melibatkan perubahan polisi yang selama ini hanya menguntungkan BN sahaja dan memangsakan rakyat.

"Antaranya usaha kita untuk menghapus Felda Plantation bagi melibatkan peneroka dikalangan generasi kedua Felda memang sesuatu yang mampu dilakukan. Selagi Umno BN memerintah, ianya memang tidak boleh dilaksanakan.

"Rakyat tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan kepada Pakatan, kerana mereka tetap diberi hak untuk mengubah kerajaan dimasa akan datang, sekiranya janji Pakatan tidak ditunaikan," katanya

JAKIM Perlu Pantau Kegiatan "GAY" Bukan Hanya Blog

Ditulis oleh Nasrudin Hasan

WEDNESDAY, 22 DECEMBER 2010 10:32


KENYATAAN MEDIA
JAKIM PERLU PANTAU KEGIATAN “GAY” BUKAN HANYA BLOG

Kenyataan di dalam Sinar Harian 19 Disember baru-baru ini melaporkan semua perkara yang menyentuh soal agama dan akidah umat Islam di Negara ini akan sentiasa dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk laman blog gay Islam yang semakin dikatakan semakin berleluasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengatakan pemantauan yang dibuat dilakukan secara berterusan bagi membendung hal yang berkaitan dengan agama Islam yang mampu memesongkan akidah masyarakat Islam.

Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom ini, saya meminta kepada seluruh Jabatan Agama Islam di semua peringkat untuk bertindak memantau kegiatan “gay” yang semakin berleluasa di Malaysia. Setakat ini, kita selaku rakyat Malaysia masih belum pernah mendengar mana-mana masjid di Malaysia diberikan teks khutbah mengenai keburukan gay dan impaknya kepada Negara.

Dewan Pemuda PAS juga mendesak agar pihak-pihak berwajib memantau premis-premis yang dimiliki oleh golongan ini. Selain itu, pihak JAKIM sepatutnya perlu memantau segala jenis hiburan yang terdapat di Negara kita. Kita terkejut apabila “icon” gay yang baru-baru ini dibenarkan untuk membuat konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih memeranjatkan sudah ada kegiatan yang cuba menonjolkan budaya “gay” kepada masyarakat melalui filem seperti filem “ Anu dalam botol “.

Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda PAS meminta kepada pihak JAKIM dan seluruh Jabatan- jabatan Agama Islam Negeri untuk kita bersama-sama membanteras budaya yang tidak sihat lagi dimurkai Allah swt ini. Dewan Pemuda PAS juga bersedia untuk membantu bagi membanteras kemungkaran ini.



Nasrudin Hasan
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Thursday, December 23, 2010

Ambil pedoman Al Quran sepakatkan Pakatan

Ditulis oleh Salmah Mat Husain
SATURDAY, 18 DECEMBER 2010 15:57

KOTA BHARU, 18 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru anggota konvensyen Pakatan Rakyat mengambil pedoman dari falsafah yang ditonjolkan Islam menerusi al-Quran bagi menjaga kesepakatan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Tuan Guru juga seterusnya berkata, bersesuaian dengan Islam agama perpaduan, anggota Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan Pakatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan harapan kepada perwakilan Konvensyen Ke-2 Pakatan Rakyat yang bakal berlangsung pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang.

2000 perwakilan dan pemerhati dari PAS, PKR dan DAP akan menyertai konvensyen yang akan diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas bermula jam 8.30 pagi hingga malam itu.

Konvensyen ini dijangka mempersembahkan cerita kejayaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir beberapa negeri di samping merancang bersama persiapan menghadapi pilihan raya.

“Anggota konvensyen perlu mengambil pedoman daripada falsafah al-Quran itu sendiri sebagai penghubung penyelesaian ummah di samping meletakkan asas keagamaan teratas dalam menguruskan Pakatan Rakyat,”ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza.
Sebagai contoh katanya, 10 manusia yang diciptakan Allah, didapati 10 kepala (pemikiran) yang bebeza.

“Bagaimanapun, rupa yang berbeza dan pendapat yang berbeza itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan al-Quran, kerana Islam itu untuk semua,” ujarnya lagi.

Katanya, manusia akan selamat kehidupan mereka dunia dan akhirat sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul

KENYATAAN RASMI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam Sebagai Asas
Klik  http://paspuchongselangor.blogspot.com/p/kenyataan.html

Tuesday, December 21, 2010

Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani

Ditulis oleh Nazri Abdullah
SATURDAY, 18 DECEMBER 2010 15:55

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mencabar penjelasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini, yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri itu berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.

"Yang saya bangkitkan dalam sidang Dun baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.

"Tak kisah la letak ancak ke (kiri), renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya kepada Harakahdaily semasa dihubungi, hari ini.

Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar BN Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.

Penjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

"Semasa saya bangkitkan dalam sidang Dun itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.

Isu tersebut juga telah panjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.

Biarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.

Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.

Berbeza dalam kes Zambry, Harussani katanya dilihat seperti terdesak dalam mengeluarkan 'fatwa'nya sehingga memanggil dan mendengar penjelasan Menteri Besar Perak itu.

Namun menurutnya, hasilnya adalah seperti dijangkakan, iaitu perbuatan Zambry itu 'dihalalkan' oleh Harussani.

Tindakan Harussani itu, katanya lagi bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.

"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.

"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.

"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.

Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan Dun yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.

Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan ekoran membangkitkan perkara itu

Berhati-hati mahu bicara tentang Hal Ehwal Islam

Ditulis oleh Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

BERHATI-HATI KETIKA MAHU BICARA TENTANG HAL EHWAL ISLAM


Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro bertarikh 11 Disember 2010 benar-benar mengejutkan umat Islam apabila dilaporkan bahawasanya Dr Fadzilah Kamsah telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan seseorang itu melacurkan dirinya dalam dharurat. Kenyataan ini hampir sama nadanya dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Masyitah Ibrahim sekitar tahun 2005 dahulu.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh umat Islam ingin mengingatkan dengan jelas dan tegas agar hukum agama tidak diungkap sepintas lalu tanpa mempunyai asas dan nas yang tepat, juga sensitiviti Islam itu tidak dipermainkan. Saya ingin mengingatkan, bahawa semua pihak yang ingin bercakap mengenai agama khasnya, perlu merujuk kepada mereka yang lebih tahu akan Islam itu dari sudut asas dan cabangnya sebelum mengeluarkan satu-satu kenyataan mengenainya.

Kenyataan yang membenarkan seseorang itu melacurkan diri dengan alasan dhorurat tidak sepantasnya dikeluarkan begitu sahaja. Kenyataan demikian jelas bercanggah dengan maqasid Islam itu sendiri. Islam tidak mengajar kita menghalalkan cara demi mencapai matlamat kita. Sekali lagi, saya ingin mengingatkan agar kita perlu lebih berhati-hati sebelum menjawab satu-satu soalan apatah lagi sekiranya soalan itu bukan di dalam kepakaran kita.

Seperkara lagi, saya ingin persoalkan apakah rasionalnya isu pengharusan zina atau melacur kerana dhorurat ini ditimbulkan? negeri atau negara mana yang mengalami dhorurat sehingga rakyatnya terpaksa melacur? dhorurat yang bagaimana sehingga pelacuran terpaksa dihalalkan begitu sahaja?

Apakah Negara kita telah kehabisan makanan? apakah kerajaan Negara ini telah kehilangan moral dan nilai simpati untuk membantu rakyatnya? apakah masyarakat kita telah pupus semangat membantu dan menghulur bantuan kepada yang memerlukan? atau hukum itu diberi pada reality yang tidak wujud?

Suka saya tegaskan bahawa meminta sedekah itu jauh lebih baik dari melacurkan diri jika hanya kerana ingin mencari sesuap nasi. Apakah jawapan sebegini tidak boleh diberikan oleh beliau? sementara ia boleh mengelakkan kekeliruan berlaku dikalangan masyarakat yang jahil hari ini khasnya dalam dunia yang penuh dengan maksiat dan mungkar. Mudah sahaja si jahil akan berhujjah bahawa mereka melacur kerana ingin mencari sesuap nasi.

Akhirnya saya nasihat agar semua pihak berhati–hati ketika mengeluarkan pandangan atau pendapat. Kenyataan mesti berpijak dialam nyata agar tidak mengelirukan ummah serta wajib mempunyai sandaran nas yang jelas.

Sunday, December 19, 2010

Penggantungan Ahli Parlimen Sebagai Penafian Suara Rakyat

Ditulis oleh Presiden PAS
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

SATURDAY, 18 DECEMBER 2010 15:39


Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan tindakan penggantungan terhadap Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat di Parlimen Malaysia pada hari terakhir sesi Parlimen. Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.

PAS menganggap kebimbangan berlebihan UMNO dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia. PAS yakin, BN tidak akan berhenti dengan 'tragedi demokrasi' di parlimen sahaja, bahkan akan bertindak lebih daripada itu. Ini terbukti dengan tragedi 'rampasan kuasa' di Perak tidak lama dahulu. Kini mereka bertindak merampas suara rakyat di Parlimen Malaysia pula.

Mungkinkah kerana mereka gusar dengan konsep keadilan menyeluruh yang hendak dilaksanakan oleh PAS bersama dengan Pakatan Rakyat sehingga wujud kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin BN yang berkemungkinan terlibat dengan 'skandal besar' negara?.

Saya menyeru kepada UMNO supaya kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim. Nabi Sulaiman AS yang dikurniakan kekuasaan yang meluas meliputi kerajaan manusia, haiwan dan jin itupun sudah tidak ada sekarang ini. Begitu juga dengan kerajaan zalim Firaun.

Bahkan kuasa besar dunia juga tumbang. Apatah lagi kekuasaan UMNO-BN yang ada pada hari ini.

Oleh itu, saya menyeru pemimpin UMNO-BN supaya segera insaf dan bersedia untuk menyerahkan kuasa secara terhormat sebelum kekuasaan itu ditarik oleh Allah SWT dengan jalan yang tidak disangka-sangka.‎

Nik Aziz ucap terima kasih kepada SPRM

Ditulis oleh Rizal Tahir
THURSDAY, 16 DECEMBER 2010 13:50
KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur terhadap Allah berikutan beliau telah digugurkan tuduhan rasuah yang membabitkan tajaan RM65,000 oleh syarikat swasta untuk menunaikan haji awal tahun lalu.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Nik Aziz mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah membersihkan namanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan SPRM yang telah membebaskan dakwaan terhadap beliau semalam sebagaimana yang disiarkan oleh media hari ini.

Semalam SPRM menutup dua kes berpotensi tinggi membabitkan Menteri Besar Kelantan iaitu berhubung kes tajaan sejumlah RM65,000 untuk menunaikan haji dan tuduhan salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Eksekutif (CEO) PMBK.

Keputusan itu diumum oleh Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil pada sidang media selepas mesyuarat PPO bersama SPRM semalam.

Hadenan juga turut mendakwa, pelantikan Arrifahmi lebih kepada pertukaran nama jawatan iaitu daripada Ketua Pegawai Operasi kepada CEO PMBK.

Sebelum ini, media membuat laporan kononnya Nik Aziz telah menerima pakej menunaikan fardhu haji bernilai RM65,000. Ekoran dakwaan tersebut Nik Aziz telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan fardhu haji pada tahun lepas ke tahun ini.

Sementara itu, SPRM juga telah mengumumkan, pegawai kerajaan di negeri Kelantan adalah antara yang terendah terlibat dengan rasuah.

Nik Aziz sumbang 1/3 simpanan untuk PAS

Ditulis oleh Hafiz Irwan
THURSDAY, 16 DECEMBER 2010 12:04

KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang untuk menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan Islam.

"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini.

Tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.

"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.

Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu

Saturday, December 18, 2010

Umno dan Apco mesti jelaskan, kata Anwar

Oleh Teoh El Sen - Free Malaysia Today



Sabtu, 18 Disember 2010 01:59 BlogMaster PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan Apco Worldwide, syarikat perhubungan kontroversi yang diupah kerajaan Barisan Nasional yang menyebabkan penggantungan empat ahli parlimen termasuk dirinya yang menurutnya dibuat secara ‘tidak adil’.

"Kerana Apco, empat ahli parlimen telah digantung tanpa prosedur. Kita memerlukan penjelasan, bukan sahaja dari Umno tetapi juga dari Apco," katanya kepada wartawan pada hari ini.

Ahli parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR itu berkata jika Apco sebenarnya badan profesional sebagaimana yang didakwa, ia tidak boleh bersekongkol melakukan kesalahan yang dibuat oleh rejim Umno".

"Saya ingin tujukan ini khas kepada Apco. Anda mendakwa yang anda merupakan badan yang bebas, jadi mengapa melibatkan diri dalam politik Malaysia?

"Saya desak mereka (Apco) agar hentikan kempen politik. Bagaimana mereka boleh jadi syarikat berwibawa apabila mereka mempertahankan sistem korup dan tindakan kejam (kerajaan BN)?

"Apco patut turut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi," kata Anwar.

Anwar bersama dengan MP Karpal Singh (Bukit Gelugor), R Sivarasa (Subang) dan Mohd Azmin Ali (Gombak) digantung semalam selama enam bulan dari Parlimen.

Penggantungan dibuat berikutan kenyataan Anwar dilihat sebagai ‘berbohong’.

Ketika perbahasan parlimen dalam bulan Mac tahun ini, Anwar mendakwa Apco terlibat dengan kempen One Israel Ehud Barak.

Beliau turut mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa 1Malaysia berasal dari One Israel. Apco telah menafikan dakwaan ini.

Hipokrasi

Menurut Anwar, tujuan beliau mengungkitkan isu Apco ialah untuk mendedahkan hipokrasi Umno.

"Selama lebih sedekad, ketika pilihan raya, saya digambarkan sebagai pro-Yahudi, agen atau alat Yahudi, kerana mempunyai rakan Yahudi.

"Saya tiada masalah dengan itu kerana saya konsisten dalam menyatakan bahawa tak kira Yahudi atau Islam. Hindu atau Sikh, semua rakan saya. Saya memilih untuk bersetuju dan tidak bersetuju dengan mereka dalam isu tertentu.

"Saya mahu menunjukkan hipokrasi kerajaan BN. Mereka pergi ke perkampungan Islam dan mengutuk dengan dakwaan bahawa pro-Yahudi dan memalukan saya.

"Tapi mereka sendiri yang membuat perjanjian dengan syarikat yang saya buktikan mempunyai hubungan dengan Israel.

"Tambahan lagi syarikat ini juga mempunyai hubungan dengan mereka yang terlibat dengan Shin Bet Israel (Jabatan Pertahanan), perisikan Israel dan pasukan tentera Israel," katanya.

Walau bagaimanapun Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak menentang sesiapa yang mempunyai hubungan kerja dengan syarikat Yahudi.

"Saya tiada masalah dengan itu. Saya cuma mahu kontradiksi dan hipokrasi pemimpin Umno.

Anwar turut mendakwa Apco telah berbohong beberapa kali ketika menjawab. Beliau menambah Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan tidak sepatutnya mengambil kira kenyataan sebuah syarikat berdasarkan satu surat semata-mata.

Kes lepas

Anwar berkata bahawa beliau membuat tuduhan terhadap Apco berdasarkan bukti dokumen dan siasatan.

"Di dalam beberapa kenyataan Apco, mereka pada awalnya menafikan hubungan dengan Israel. Tapi kemudian mereka menarik balik kenyataan itu.

"Selepas itu terdapat surat baru yang cuba menerangkan bahawa kenyataan pertama dibuat kerana ia merupakan rakan niaga Asero Worldwide.

"Tapi hari ini saya kemukakan dokumen perjanjian di antara kerajaan Israel dan Apco."

Anwar berkata bahawa bukti di tangannya membuktikan kesnya dan kerajaan "tidak boleh berbohong" mengenai penglibatan Apco.

"Apa isunya? Mereka tiada isu sebenarnya, Saya tiada isu, Saya hanya mahu membuktikan bahawa Umno menuduh kita sebagai jahat kerana bekerja dengan Yahudi tetapi mereka sendiri bekerja dengan syarikat yang berkait rapat dengan Israel dan ia bukan urusan sembarangan," kata beliau.

Menjawab dakwaan bahawa beliau diberi masa yang lebih dari mencukupi untuk mempertahankan diri dari digantung, Anwar berkata bahawa beliau langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri.

Sementara itu, Karpal Singh berkata bahawa beliau serius untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan berharap dapat berjumpa Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia di sana.

"Tindakan terhadap Speaker akan difailkan secepat mungkin. Saya berharap untuk berjumpa Speaker di mahkamah.

"Saya hairan Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz) berkata bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai. Tapi ada kes lalu dalam kes Zambry dan Gobind Singh.

Keputusan Dewan Rakyat boleh dipertikaikan di mahkamah. Nazri menggelar saya peguam kelas ketiga… saya mungkin kelas ketiga tapi orang itu tiada kelas," katanya.

Tiada bidang kuasa

Karpal berkata adalah perkara asas untuk memberi peluang didengari. Beliau merujuk kepada kes Pakistan.

Beliau berkata hak sebegitu berasal dari undang-undang Islam yang diakui di dalam Al-Quran. Satu lagi isu, katanya, ialah usul yang diluluskan Parlimen untuk menggantung keempat-empat mereka semalam mengandungi perkataan "ditamatkan tugas sebagai ahli Parlimen."

"Saya tidak rasa Parlimen mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian. Kita hanya boleh digantung dari tugas di Dewan dan apa yang tertulis di sini melangkaui keadilan semulajadi. Kami akan pertikaikan perkara penggantungan dari tugas di mahkamah," katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang berlaku di Parlimen menyerupai watak dalam filem P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok.

"Ada watak yang digelar ketua dan ada ‘"sarjan pendek" yang menuruti arahan "ketua".

"Dia mempunyai dadu yang hanya ada nombor dua. Ia sama dengan apa yang berlaku semalam. Tidak kira apa yang kita kata, dia (Speaker) sudah pun buat keputusan.

"Semalam, dia buat keputusan spontan tanpa memanggil apa-apa untuk pembelaan. Dia juga tidak bahaskan perkara lain kerana "dadu nombor duanya" akan terdedah," katanya.

Mahfuz berkata ekoran penggantungan ini, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap Parlimen dan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

Beliau berkata bahawa beliau akan membawa isu ini dan Kesatuan Antara Parlimen dan Kesatuan Eropah.

Friday, December 17, 2010

[ULANG HEBAH] ISU APCO: Agen Israel dalam PDRM

Ditulis oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
THURSDAY, 22 APRIL 2010 09:17

KUALA LUMPUR : Setelah Harakan menyiarkan isu kewujudan perisik Israel dalam pasukan polis sebelum ini, pada 6 April lalu di Parlimen Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar pula mendedahkan kewujudan perisik Israel tersebut.

Namun dalam pendedahan Anwar itu, beliau mengesahkan dakwaannya itu sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Membahaskan Belanjawan Tambahan bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel dan menambah ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Sambil menyifatkan kerajaan bermuka-muka dalam isu Israel, beliau menegaskan penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008, dan Anwar menambah dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

Beliau mendakwa, Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel dan menambah, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.


Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM

"Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Dato' Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama dan Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

"Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan," katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.

Sebelum ini, Harakah pernah mendedahkan dakwaan serupa oleh ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin mengenai agen Israel dalam PDRM.

Badrul Hisham Shaharin dalam laporan yang disiarkan Harakah menggesa kerajaan memperjelaskan pendedahan kononnya terdapat dakwaan wujudnya agen Israel dalam sistem komunikasi Polis DiRaja Malaysia.

Dalam dakwaannya itu, Badrul Hisham menyebut keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd yang berpengkalan di Singapura dan nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta, dakwanya.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu dimana dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel, dedahnya.

"Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?," katanya

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel, dedahnya.

Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987, katanya.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252, katanya.

Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen, katanya.

"Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? !!


Adakah kerana terdesak atau didesak? !!

Cadangan Penggantungan Anwar dari Parlimen Satu Tragedi Demokrasi

Ditulis oleh ​Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
THURSDAY, 16 DECEMBER 2010 11:33


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membantah cadangan pihak tertentu untuk mengambiltindakan penggantungan terhadap Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan daripada Parlimen Malaysia. Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adlah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita. Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini.

Penafian hak ke atas Dato’ Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman. Apa yang berlaku hingga kini ialah bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin menghukum itu gagal dalam memberikan hujah balas kepada isu yang diperkatakan, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan. Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil.

Islam mengajar kita bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam. Malah di zaman Rasulullah SAW sudah adanya pemisahan kuasa diantara eksekutif, legaslatif dan kehakiman. Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah.

PAS berharap agar kesilapan yang sedang berlaku dalam kes ini diperbetulkan segera supaya kita terus dihormati oleh semua lapisan rakyat. PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara. Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini.

Muslimat PAS gesa kerajaan tambah doktor

Ditulis oleh Hazayani Zakaria

THURSDAY, 16 DECEMBER 2010 11:31

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melahirkan kebimbangan dengan jumlah doktor perubatan yang meletak jawatan. Justeru, ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap kerajaan mengambil langkah serius bagi mengatasi masalah kekurangan doktor perubatan di negara ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai seramai 884 orang pegawai perubatan telah meletakkan jawatan dari tempoh 2007 hingga September lalu.

Katanya, DMPP melihat jumlah 884 orang adalah jumlah yang agak kritikal bagi kategori golongan profesional seperti doktor perubatan.

Menurutnyha, meskipun pelbagai faktor diberikan seperti menjadi tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi swasta, mengikut pasangan ke luar negara, menerima tawaran pekerjaan lain dan masalah kesihatan, ianya tidak boleh menjadi sandaran.

Kerajaan, ujarnya perlu memikirkan sesuatu bagi mengurangkan jumlah doktor perubatan yang meletakkan jawatan bagi mengelakkan krisis kekurangan doktor perubatan di hospital kerajaan.

“Dalam keadaan jumlah doktor perubatan yang semakin berkurangan, para doktor sedia ada sudah pasti terbeban dengan pelbagai tugas.

“Bebanan ini sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap golongan ini,” ujarnya.

Ini, tambahnya tidak hairan sekiranya para doktor mengalami stress, kemurungan, lemah, lesu, masalah kesihatan, serta hubungan kekeluargaan yang renggang.

Justeru, DMPP berpandangan para doktor perlu diberikan masa kerja dan rehat yang secukupnya bagi memberikan masa berkualiti untuk mereka.

Beliau berkata, untuk mengikat doktor perubatan dengan kerjaya mereka, seharusnya insentif yang berpatutan diberi kepada mereka.

“Elaun tambahan, serta kenaikan gaji selaras dengan kelayakan mereka perlu dipertimbangkan semula,” katanya lagi.

Katanya, kebanyakan doktor perubatan di hospital kerajaan meletak jawatan hanya kerana mereka menerima peluang kenaikan gaji dan pangkat yang jauh lebih tinggi di hospital swasta.

Bahkan, ujarnya ramai doktor terpaksa melakukan kerja tambahan di klinik lain bagi menambah pendapatan mereka.

Selain itu, katanya kerajaan wajar menggalakkan mahasiswa beramai-ramai mengambil kursus kedoktoran bagi menampung jumlah pegawai perubatan di Malaysia.

“Dengan biasiswa, tajaan selain memudahkan sistem pembelajaran akan menyuntik motivasi mahasiswa untuk menceburi bidang ini.

“Kewujudan kampus serta fakulti yang menawarkan ijazah kedoktoran boleh menambah bilangan doktor di negara ini,” ujarnya.

Secara realistik, tambahnya para doktor hanya perlu berkhidmat untuk 10 hingga 15 orang pesakit dalam satu-satu masa agar tumpuan dapat diberikan kepada mereka berbanding dengan berpuluh pesakit dihadapkan dengan seorang doktor sahaja selama ini.

Thursday, December 16, 2010

Pelacuran Di IPT Mesti Disiasat Punca Dan Keterlibatan Siswa/wi Di Dalamnya

Ditulis oleh Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Pusat
TUESDAY, 14 DECEMBER 2010 18:29



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA



PELACURAN DI IPT MESTI DISIASAT PUNCA DAN KETERLIBATAN SISWA/WI DI DALAMNYA

Berita kegiatan yang dijalankan oleh segelintir siswa/wi IPT yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 9 Dis baru-baru ini amat memeranjatkan rakyat Malaysia. Menurut Dr Jaina Sintian selaku Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), kedapatan sebilangan siswa/wi IPT yang terlibat di dalam kegiatan pelacuran demi membiayai kos pengajian mereka. Pemuda dan pemudi yang bakal menjadi generasi pewaris bagi pentadbiran Malaysia melakukan aktiviti yang cukup menjatuhkan maruah dan imej Negara kita.

Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada pihak-pihak yang berkenaan secara lansung ataupun tidak untuk menyiasat apakah punca kegiatan ini dilakukan di samping menilai sejauh mana keterlibatan mereka di dalam kegiatan ini.

Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini. Sikap yang tidak wajar saya rasakan apabila munculnya isu-isu sebegini, kita saling menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu. Saya merasakan kita perlu menyelesaikan isu ini secara bersama. Sikap melepaskan diri dan menyalahkan pihak yang lain sebenarnya akan lebih membarahkan masalah social ini di kalangan mahasiswa/wi IPT di dalam Negara kita.

Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia untuk membantu dalam apa jua aspek pembentukan , pengkaderan serta pembinaan akhlak dan minda mahasiswa\i malah jika perlu , DPP Malaysia juga bersedia member khidmat bimbingan dan kaunseling buat mereka yang telah terlanjur asal sahaja ada kerjasama dan kelepasan dari pihak berwajib university dan penguatkuasa dari pihak kerajaan.

Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan, generasi mahasiswa/wi ini adalah penentu kepada jatuh bangunnya sesebuha Negara. Rosak mereka menatijahkan kemunduran dan kerosakan yang bakal berlaku di dalam sesebuah Negara.

Tuesday, December 14, 2010

UMNO Tak Layak Bincang Kepimpinan Islam

Ditulis oleh Wan Nik Wan Yusof

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

MONDAY, 13 DECEMBER 2010 11:17

Merujuk kenyataan dua ketua bahagian Umno, iaitu Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Sinar Harian-edisi online, 11 Disember 2010) dan Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman (Sinar Harian-edisi Kelantan, 11 Disember 2010), maka saya menganggap kedua-dua mereka itu tidak layak bercakap mengenai kepimpinan Islam. Ini kerana parti Umno itu sendiri tidak pernah berniat untuk memartabatkan Islam sebagai teras kepimpinan negara.

Kunci kepada kenyataan dua ketua bahagian itu adalah respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perlantikan timbalan perdana menteri Malaysia seharusnya dari kalangan seorang muslim yang soleh. Bagi saya, kenyataan Tuan Guru ini adalah suatu prinsip jelas dalam kepimpinan Islam, maka apabila ia dipadukan kepada individu yang bernama Lim Kit Siang yang kebetulan Penasihat parti DAP, maka ia sudah kelihatan suatu polemik yang menimbulkan penolakan total pihak Umno. Jelas terserlah kebebalan Umno di dalam menghayati maksud tersirat Tuan Guru sebagai tokoh yang tegas memperjuangkan asas dakwah di dalam bentuk olahan politik Islam.

Apabila meneliti respons Fatmi itu, ia jelas tidak bersetuju lalu menyifatkan kenyataan Tuan Guru sebagai kenyataan politik. Demikian pula Zawawi yang baru setahun jagung memegang ketua bahagian telah meletakkan taraf kenyataan Tuan Guru sebagai kebudak-budakan.

Justeru Fatmi mahupun Zawawi boleh dianggap mewakili pemikiran pemimpin Umno yang begitu alahan (alergic) tatkala membincangkan soal kepimpinan politik, bila mana isu kepimpinan dipadukan dengan nilai-nilai kempimpinan Islam. Ia semacam cuba mengelakkan daripada menerima hakikat teras kekuatan Malaysia hari ini adalah Islam biukannya kaum. Oleh itu, ramai pemimpin Umno dan penyokong mereka menganggap kenyataan Tuan Guru sebagai ancaman kepada poerjuangan Umno dan Barisan Nasional itu sendiri.

Sehubungan itu, kenyataan dilapor media tersebut boleh fahami sebagai respons yang jelas membayangkan sikap hipokrit pemimpin Umno terhadap Islam. Maka kenyataan Fatmi dan Zawawi sebenarnya boleh dijadikan disifatkan sebagai kebudak-budakan bukannya kenyataan Tuan Guru yang kebudak-budakan.

Ini kerana kenyataan itu, awal-awal lagi didapati bercanggahan dengan prinsip kebebasan dan hak-hak beragama individu warganegara Malaysia. Di samping itu, kenyataan tersebut dilihat sebagai tidak menggambarkan sifat orang Melayu yang beragama Islam yang cuba mempermainkan usaha dakwah dalam konteks seruan Islam.

Sementelah pula, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam sendiri yang telah menetapkan ukuran akil baligh di dalam menentukan dosa dan pahala, sedangkan Lim Kit Siang sebagai orang yang akil baligh, peguam dan politicians berpengalaman, amat pasti ia amat matang dengan pendiriannya tentang agama. Justeru kenyataan itu yang turut memperlekehkan kewibawaan Lim Kit Siang sekaligus menggambarkan sikap pemimpin Umno yang tidak menghormati kepimpinan pihak lawan yang jelas bercanggah dengan sunnah Raslullah SAW. Malah ia suatu kedangkalan dalam memahami nilai diplomasi politik dalam negara ini.

Sebagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri sebagai Perdana Menteri pertama di dunia ini yang memartabatkan Islam di dalam pemerintahan tidak pernah pun menyebut fasal ‘bangsa-bangsa’ jauh sama sekali menerima pakai prinsip kebangsaan di dalam menguruskan politik dan pentadbiran Negara. Sedangkan kewujudan bangsa itu sedia ada lebih awal lagi. Hakikat ini, Umno sudah jauh tersasar. Justeru itu, agak pelik dan ajaib sekiranya pemimpin Umno itu bercakap soal ‘masuk Islam’ dan menilai keikhlasan seseorang itu untuk masuk Islam, sedang amalan parti dia sendiri bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

Masakan tidak, disebabkan pemimpin Umno-lah seorang ulama seperti Ustaz Ibrahim Mahmood dan pengikutnya dibunuh di dalam Peristiwa Memali tahun 1985. Malah pernah berlaku, alim-ulama termasuk dari Kelantan turut ditahan di bawah oleh akta zalim ISA. Tidak padan dengan itu, pernah arwah Tuan Guru Haji Mustapha dari Pasir Tumboh telah diseret ke mahkamah dan dijatuhkan hikuman atas dakwaan kononnya mengkafir sesama Islam. Sedang semua tuan guru atau ustaz tersebut berhujah bersandarkan kitab suci al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Lebih teruk lagi, dalam era kekuasaan Umno jugalah berlakunya sekatan bantuan kepada sekolah agama Islam di seluruh negara akibat terpengaruh dengan Amerika yang mentohmahkan sekolah-sekolah agama sebagai pusat aktiviti pengganas. Melarang guru dan ustaz di sekolah-sekoilah memakai kopiah, kerana kopiah identiti Islam. Paling malang lagi, Umno era Abdullah Ahmad Badawi turut memperkenalkan Islam Hadhari sebagai pendekatan yang salah kerana ia didapati seiringan dengan pemikiran orientalis yang bertujuan mengelirukan ajaran Islam sebenar.

Jawapannya, terlalu banyak percanggahan amalan pemimpin Umno sepanjang mereka berkuasa di negara ini yang dilakukan adalah tidak menyokong usaha memartabatkan Islam itu sendiri.

Oleh sebab itu, sejak negara merdeka sehingga ke hari ini, Umno sebagai parti yang memperjuangkan Melayu, didapati tidak berani menawarkan kepada pemimpin MCA atau pun MIC untuk duduk ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Atau sekurang-kurang bersifat demokratik untuk membuka jawatan timbalan menteri besar atau ketua menteri kepada MCA atau MIC. Sebaliknya, amalan kebangsaan Umno itu diragui kerana pernah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, Pulau Pinang kepada Gerakan meskipun pada satu ketika kerusi Umno majoriti di dewan negeri Pulau Pinang. Begitu juga dalam konteks Sabah, era Dr. Mahathir pernah mencaturkan jawatan Ketua Menteri kepada sistem giliran membolehkan pemimpin bukan Melayu mendudukinya.

Justeru itu, dalam negara yang mencatatkan hak-hak atas prinsip demokrasi apa salahnya membincangkan jawatan TPM itu kepada bukan Melayu. Paling tidak salah, sekiranya bakal penjawat TPM itu seorang beragama Islam. Ini kerana Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah mewakili majoriti rakyat yang kebetulan merentasi kaum––tidak hanya orang Melayu malah ada Cina, India, Sabahan, Sarawakian dan kaum-kaum lain adalah beragama Islam. Maka, nilai Islam itu sudah merentasi nilai-nilai perkauman yang dipuja oleh Umno, MCA dan MIC. Logik inilah menjadi hujah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz melontarkan idea jawatan TPM itu hendaklah berteraskan prinsip perlembagaan dan hendaknya juga selari dengan Islam, iaitu seorang yang soleh. Di sini diperturunkan kenyataan sebenar Tuan Guru seperti di dalam blognya:

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

Rumusannya, kita umat Islam mahu pun rakan-rakan dari agama selain Islam, janganlah mudah percaya dengan ‘ajakan Islam’ yang terhambur dari mulut pemimpin Umno. Kerana mulut mereka hakikat memiliki bau yang busuk terhadap Islam itu sendiri. Lantaran itu, komen Ketua Umno Pasir Puteh dan Bahagian Kota Bharu tersebut adalah olahan politik yang menyerlahkan kelemasan bernafas dek kebimbangan hilangnya kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib Gelabah Menghadapi Kebangkitan Rakyat

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
SUNDAY, 12 DECEMBER 2010 20:36

Parti Islam Se-Malaysia PAS melihat Datuk Seri Najib Tun Razak gelabah dan resah menghadapi gelombang kebangkitan rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat melalui media perdana dan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13. Beliau cuba hendak mengajak rakyat supaya membutakan mata supaya jangan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat yang memerintah selama dua tahun lapan bulan cukup teruji dan terbukti kamampuannya berbanding dengan BN yang memerintah selama 53 tahun. Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN di bawah kepimpinan Najib memerlukan masa untuk mendapat sokongan majoriti kerana masih ada lagi rakyat yang belum berpuas hati terhadap BN.

Rakyat mula membuat perbandingan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai hasil yang banyak tetapi mampu membuat kebajikan kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah dan sebagainya. Rakyat sudah membayangkan jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat dengan hasil yang begitu melimpah ruah maka banyak lagi kesenangan rakyat akan diperolehi. Rakyat mula memikirkan apa yang mereka dapat di negeri BN yang memerintah. Sebaliknya rakyat hanya dapat kenaikan harga barang, petrol, gas dan akan datang pula kenaikan tarif letrik.

Taktik serangan terhadap Pakatan Rakyat untuk melindungi masalah dalaman BN yang begitu parah. Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 gagal mencapai hajat penyatuan di kalangan mereka sebaliknya berakhir dengan perang mulut antara Umno dan MCA mengenai isu ketuanan Melayu. Slogan 1 Malaysia nampaknya tidak berapa menjadi untuk menjadi umpan kepada pengundi bukan Melayu untuk bersama dengan BN, maka jalan keluarnya ialah dengan menyerang Pakatan Rakyat.

Hari ini Datuk Seri Najib mendakwa siapa yang mengatakan Felda bankrap pengkhianat bangsa. Apabila peneroka sudah mempunyai kekuatan dan celik maklumat hasil daripada perjuangan PAS yang menubuhkan ANAK untuk generasi kedua, maka banyak tembelang Umno Bn sudah terbongkar. Barisan Nasional tidak boleh menipu generasi kedua peneroka kerana mereka adalah generasi yang bermaklumat dan terpelajar. Sekarang mereka bangkit menuntut hak mereka, selama ini bapa mereka diperah seperti kilang sawit memerah buah sawit, yang peneroka dapat hanya hampas. Ini yang menjadi kemarahan Datuk Seri Najib.

Monday, December 13, 2010

Putrajaya Jatuh, Umno Akan Kelaparan

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
FRIDAY, 10 DECEMBER 2010 07:29

Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam hari ini.

Parti Islam Se-Malaysia berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat. Mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui pemimpin Umno. Mereka hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan. Pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda. Mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar .

Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat. Seantario dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun. Sekarang kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegalan umno mentadbir negara. Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka.

Tuduhan Muhyidin Yasin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”. PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib. Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?

PAS mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan berikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang. Jika BN menang segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan. Air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal dunia, warisnya akan mendapat RM2500 akan hilang. Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa.

Saturday, December 11, 2010

Kenalilah Ketuanan Melayu Umno

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat
THURSDAY, 09 DECEMBER 2010 07:55

Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.

Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini.

Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak

Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau.

Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno.

Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Semarakkan Kemarahan Rakyat Di Atas Kain Rentang

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

WEDNESDAY, 08 DECEMBER 2010 01:19

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan rakyat dapat “sekolahkan” pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat. Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat.

Kenaikan barang 4 dalam 1 pada 4 Disember 2010, memang tidak boleh diterima oleh akal. RON 95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, Gas naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula naik 20 sen menjadi RM2.10 sen.

Biasalah hujah yang membodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan. Negara Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia. Kenapa tidak ambil contoh Brunei dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak.

PAS mengharapkan seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru. Justeru itu semua cawangan PAS mesti menaikkan kain rentang di setiap kampung terutamanya, untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Tanamkan kesedaran kerajaan mesti ditukar kepada Pakatan Rakyat.

Di antara perkataan yang boleh ditulis di kain rentang dan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak BN dalam pilihanraya akan datang. " Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula” “Barang Naik,Rakyat Kena Dulu””Beri Kuasa Pada PR Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat” “Kerajaan PR Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat””Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa””Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli””Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat””Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya””Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN” “Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah” “Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat” “Selamatkan Negara Daripada Muflis””Mana Wang Petronas Dihabiskan””Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil””Kemana hasil Balak,Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?””Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini””Anda Sayang Keluarga,Bangkit Tolak BN”

Wednesday, December 8, 2010

Minyak naik : Kerajaan Najib Tercalar Lagi

Ditulis oleh Ketua Pemuda PAS Pusat


SATURDAY, 04 DECEMBER 2010

1. Semua orang boleh faham bagaimana harga minyak di pasaran antarabangsa kini naik mendadak ekoran beberapa keadaan yang menyumbang ke arah itu seperti peperangan dan ancaman kepada laluan dagang yang melibatkan laluan eksport minyak. Tanpa dinafikan juga peranan kuasa besar dunia yang senantiasa manipulasi prestasi ekonomi dunia dengan kuasa politik mereka untuk terus menguasai empayar ekonomi dunia terutama dalam sektor aliran bahan mentah dunia seperti minyak dan sekaligus menekan negera - negara lemah yang sedang membangun.



2. Namun bagi sebuah kerajaan terlebih dahulu mesti mempunyai rancangan yang komprenhensif agar bukan sahaja negara tidak tewas dalam manipulasi ekonomi tersebut sekaligus tidak mengainaya rakyat yang menjadi pengguna secara langsung . negara mesti memiliki penampan yang kukuh bagi mengelak negara terseret dalam kancah " kekecohan ekonomi " dunia . Terkini melibatkan lonjakan harga minyak di pasaran dunia.



3. Penampan yang saya maksudkan boleh dilihat dalam beberapa aspek . Antara yang penting juga ialah bagaimana negara atau kerajaan yang memerintah dan mentadbir mengurus pegangan pembendaharaan negara dengan cermat , jimat dan bistari agar keupayaan hasil negara tidak lenyap dan hangus begitu sahaja ekoran terbuang pada projek mega yang tidak bermanafaat dan pembaziran pada perlaksanaan projek yang tidak diurus secara bijak dan berhemah .



4. Negara kita begitu banyak sekali kes - kes pembaziran yang melibatkan jutaan ringgit dan ini boleh dirujuk semula kepada laporan audit negara yang jelas menunjukkan urus tadbir kewangan negara sangat banyak kepincangan yang berpunca dari nafsu rakus dan tidak teliti dalam mengurus dana negara .



5. Sebagai contoh peruntukan jutaan ringgit melalui bajet negara pada institusi atau projek yang tidak mendatangkan hasil lumayan serta manafaat kepada rakyat terbanyak .



6. Kerajaan sewajarnya mengamalkan dasar jimat cermat yang serius bukan sekadar berjalan kaki ke Parlimen sehari sebagai gimik tidak mahu menggunakan minyak yang naik harga sedang hari - hari yang terpaksa pula menggunakan kenderaan justeru ia satu keperluan yang tiada siapa mahu mempertikaikannya.



7. Jimat cermat dalam semua aspek pengurusan dana negara akan menghasilkan tabungan yang memadai untuk mengekang kenaikan harga minyak meskipun dunia berdeppan dengan kenaikan tersebut dan ia memberi keselesaan dan keutamaan kepada rakyat . Sesuailah dengan slogan rakyat di dahulukan , Jika ini situasinya , maka bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat yang kena dulu .



8. Kerajaan sewajarnya sedar , rakyat awam tidak mampu mengekang kenaikan harga minyak dan juga akhirnya kenaikan harga barangan keperluan yang lain jika kerajaan tidak bersedia menampung bagi pihak mereka . Bukankah hasil mahsul negara adalah anugerah Allah untuk dinikmati oleh seluruh penduduk negara ini ? sementara kerajaan diberi mandat melalui pilinhanraya hanya untuk menjadi pentadbir dan pengurus yang bijak dan pintar terhadap hasil mahsul tersebut, supaya rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan harga minyak ini .



9. Jika kerajaan gagal untuk menampung bagi pihak rakyat dan menampan tekanan atau kekangan kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa , maka rakyat akan dihimpit derita dan sengsara . Bukan kerana mereka menjadi mangsa kepada lonjakan harga minyak dipasaran dunia tetapi mereka menjadi mangsa kepada kerajaan yang mereka pilih kerana menghabiskan dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung bagi pihak rakyat agar mereka tidak perlu membayar harga minyak yang tinggi sebagai pengguna . Sementelah pula kenaikan harga minyak itu kelak akan membawa risiko kenaikan harga barangan keperluan yang lain . Akhirnya rakyat yang miskin terus tertindas.



10. Dana tampungan atau tampanan yang saya maksudkan itu selayaknya tidak dibaca sebagai subsidi sebagaimana sebelum daripada ini . Kerana sememangnya dana yang terhasil dari perolehan negara itu menjadi hak rakyat atau rakyat berhak menikmati dana tersebut agar mereka tidak perlu membayar harga minyak dan barang keperluan lain dengan harga yang jauh mengatasi kadar pendapatan mereka. Malangnya dana atau tabungan itu tidak wujud kerana ia hangus dan terbuang begitu sahaja ekoran salah urus dan silap tadbir , lalu kerajaan terpaksa menaikan harga minyak .



11. ..... atau kenaikan harga minyak ini sememangnya dirancang oleh kerajaan kerana mereka mahu mengelak dari beban dan tanggungjawab yang sepetutnya mereka galas sebagai sebuah kerajaan , sebaliknya rakyat pula terpaksa menanggung. Secara jujurnya saya minta supaya kerajaan UMNO dan BN mencontohi bagaimana kerajaan Pakatan rakyat mengurus kewangan negeri yang mereka kuasai sehingga mendapat pujian ketua audit negara . Bukan sahaja pandai dan bijak mengurus tetapi berani berjimat dan cekal mengambil langkah cermat biarpun berdepan dengan tekanan politik dan ekonomi dari kerajaan pusat .



12. Kelantan sebagai contoh , mampu berdikari , bijak berjimat dan tabah mencari dana sehingga mampu bertahan selama 20 tahun memerintah serta mentadbir dalam tekanan yang hebat dari kerajaan pusat yang kononnya memperjuangkan ketuanan melayu . Dulunya mereka menempelak bagaimanalah Kelantan mampu bertahan kerana ia dipimpinan hanya oleh seorang Tok Guru Pondok dan mereka bertaruh kononnya Kelantan hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja ? Realitinya , kerajaan itu telah berusia lebih 20 tahun .



13. Ironinya , 20 tahun itu berlangsung dengan membesar dan membangun malah mampu melunaskan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat yang tidak pernah henti menindasnya. Sekaligus memperbaiki kedudukan di carta kemiskinan negara , bukan lagi kedua miskin tetapi kini telah berada pada tangga keenam . Terengganu yang kini saban waktu dibekalkan wang ehsan oleh kerajaan UMNO dan BN kekal berada pada tangga kedua negeri termiskin di negara kita . Entah kemana duit minyak itu diangkut ?



14. Kalau boleh saya tanya soalan nakal , saya nak tanya .... kerajaan menaikan harga minyak ni betul betul kerana harga minyak di pasaran dunia naik atau kerana negara habis duit buat main kapal layar di Terengganu ? habis duit buat main jet di Langkawi ? maaf , saja saja jer tanya ! kerana sedar soalan ini agak nakal .

Sunday, December 5, 2010

Ulama' Mesti Berani Menegur

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat
 
 
Parti Islam Se-Malaysia PAS bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya ilmuwan agama berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat apabila ada unsur-unsur penghinaan kepada Islam. Jangan hanya nasihat ini ditujukan kepada ulamak supaya menegur kesilapan orang yang tidak sealiran dengan kerajaan sahaja malahan teguran ini juga perlu ditujukan kepada pemimpin negara yang melakukan kemungkaran. Kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin lebih merbahaya jika tidak dicegah, berbanding dengan kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat biasa. Kerana mereka difokus oleh media dan menjadi ikutan kepada rakyat.


PAS juga mengharapkan supaya golongan agama dalam Umno berani dan tegas menegur segala bentuk kemungkaran yang semakin teruk kerana ia dinaungi oleh pemerintah. Ketika kerajaan mencadangkan di dalam Program Tansformasi Ekonomi dengan memasukkan cadangan supaya hiburan kelab malam di buka sampai pagi, rakyat tidak mendengar lagi teguran yang dibuat orang agama dalam umno walaupun program ini akan memusnahkan jiwa manusia. PAS tidak tahulah kalau teguran itu dibuat dalam bahasa isyarat kerana kemungkinan kerajaan dan ulamak dalam Umno orang kurang upaya (OKU).

Teguran yang paling berkesan sekali ialah kepada pemimpin negara. Sebagai mana hadis Nabi Muhammad SAW menyebut ‘Penghulu kepada orang yang mati syahid ialah Hamzah Abdul Mutalib dan lelaki yang bangun menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim, lalu di bunuh”.

Rakyat tentu masih ingat ketika kabinet mengarahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk menyediakan garis panduan hiburan, kerajaan hanya membakul sampahkan sahaja. Orang agama dalam JAKIM ialah kakitangan kerajaan, bukan daripada ulamak PAS dan tidak ada mana-mana parti.Jika teguran JAKIM pun kerajaan tidak mahu dengar apalah yang hendak diharapkan kepada perkara yang lain

Masa Berbulan Madu Sudah Berlalu

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


TUESDAY, 30 NOVEMBER 2010

Masa untuk berbulan madu untuk PAS dan Pakatan Rakyat sudah berlalu. Masa dua tahun lapan bulan mandat yang telah diberikan oleh rakyat melalui undi protes dalam PRU 8 Mac 2008 sedang diperhatikan oleh rakyat. Media Umno BN telah hilang kewarasan untuk memastikan tuannya tidak hilang kuasa di Pusat. Mereka sudah mengalami keperitan seperti cacing kepanasan apabila terlepas negeri Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Mereka marah bukan kerana Melayu tidak terbela dan Islam tidak terjaga. Selama ini pun mereka yang menghina Islam dengan menutup surau dan hendak menangkap Dr Harun Din & Datuk Ishak Baharom.

PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat mesti ada kesungguhan untuk mempertahankan kemenangan. Perlu diingatkan mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mendapat kemenangan. Persepsi rakyat sedang diburukkan oleh media Umno setiap hari terutama televisyen yang menjadi rujukkan utama rakyat. Jalan keluar mesti dilakukan untuk membentuk persepsi rakyat supaya menyebelahi Pakatan Rakyat. Penentuan undi ialah kebanyakan dibuat oleh golongan yang hanya menjadi pemerhati dan tidak berparti. Contohnya jika satu lokaliti mempunyai 100 orang pengundi, yang berparti hanya 40 orang sahaja, selebihnya ialah mereka yang hanya membuat keputusan terakhir. Kebiasaanya mereka ini akan mengundi BN kerana terpengaruh dengan media, wang dan jentera kerajaan.

Walaupun kita tidak mampu untuk melawan media perdana BN seperti televisyen, namun usaha pencerahan pemikiran rakyat mesti dibuat.

Sebenarnya Pakatan Rakyat mempunyai lambakan isu yang banyak dalam bentuk menerang atau menyerang. Risalah dan akhbar parti begitu cantik menjawab isu, namun gagalnya ialah risalah tersebut tidak sampai kepada sasarannya, kerana dilonggok di markaz, masjid dan surau sahaja. Mekanisme ini mesti dibetulkan dengan segera. Individu yang bertugas secara tetap perlu dilantik supaya tidak berlaku pembaziran maklumat dan wang.

Usaha daftar pemilih mesti dibuat, tidak cukup dengan laungan semangat Sepenuh tenaga mesti ditumpukan untuk menggerakkan daftar pemilih. Untuk suku terakhir yang akan tamat pada Disember. 2010 maka perlu program ops daftar pemilih dibuat secara serius secara mingguan dan terancang. Pimpinan kawasan, pemuda, ulamak, muslimat, nisa' dan amal kena tumpu kepada daftar pemilih. Kena jadikan ini agenda utama jika mahu kekalkan kemenangan dan menawan Putrajaya. Biar kita resah sekarang daripada kita menangis akibat kecuaian kita yang tidak buat kerja untuk menang.


Usaha daftar pemilih mesti dibuat, tidak cukup dengan laungan semangat Sepenuh tenaga mesti ditumpukan untuk menggerakkan daftar pemilih. Untuk suku terakhir yang akan tamat pada Disember. 2010 maka perlu program ops daftar pemilih dibuat secara serius secara mingguan dan terancang. Pimpinan kawasan, pemuda, ulamak, muslimat, nisa' dan amal kena tumpu kepada daftar pemilih. Kena jadikan ini agenda utama jika mahu kekalkan kemenangan dan menawan Putrajaya. Biar kita resah sekarang daripada kita menangis akibat kecuaian kita yang tidak buat kerja untuk menang.

Kain-kain rentang yang ditulis untuk menjawab isu seperti "Umno khianat tanah Rezab Melayu" "Umno menghakis Kuasa Raja-Raja Melayu" "257 ribu anak luar nikah daripada tahun 2000-2008. Kain ini mesti ditukar dalam masa dua minggu,dengan isu-isu yang lain, kemudian diletak di tempat yang strategik. Ini adalah satu cara untuk membentuk minda pengundi yang selama ini dirosak oleh media Umno.
PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP