PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Thursday, November 18, 2010

PAS Tidak Akan Naik Kapal Bocor

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


MONDAY, 15 NOVEMBER 2010 14:59

Parti Islam Se-Malaysia PAS menolak pelawaan Datuk Ahmad Maslan untuk menyertai BN. PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan PAS akan berusaha supaya ahli-ahli Umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan PAS. PAS tidak akan bersama dengan BN sebaliknya terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti. Sekarang Umno sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi. Perjuangan yang hanya mementingkan ” perutism” sahaja. Menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.

PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda. Umno dengan kekuatan media perdana ynag berada di tangan mereka cuba menggelapkan berita kebaikan PAS yang telah disumbangkan melalui Pakatan Rakyat, kes banjir di Kedah adalah satu contoh. PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai idelologi yang jelas dan mempunyai kepimpinan yang berkualiti dan ahli yang ikhlas akan terus mara kedepan bagi membentuk lanskap baru dalam politik negara.

Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu wang, jentera kerajaan dan media. Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika Umno tidak ada 3 M maka Umno akan berkubur begitu sahaja.

PAS menganggap cukuplah Umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad. Apa yang Umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang?. Rakyat merasakan sudah cukup penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka dengan tekanan hidup akibat salah guna kuasa. Walaupun negara ini adalah anugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air. PAS tidak akan izinkan Umno ,mengkhianat rakyat untuk separuh abad yang kedua pula. PAS wajib ganti Umno.

1 comment:

  1. Perjuangan UMNO yang hanya mementingkan ” perutism” sahaja. Perutism ini pasangannya adalah tembolokism dan kedua-duanya dari akar yang sama iaitu perjuangan periukism masing-masing.

    PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana PAS diyakini rakyat dan parti dalam pakatan. UMNO pula dilihat beban semata-mata oleh rakyat.


    Rekod UMNO memimpin negara memang teruk sakan. Pemimpin PAS pula jauh lebih berkeliber dari UMNO sertra diyakini rakyat. Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu wang, jentera kerajaan dan media.

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP