PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

TANDA KIAMAT

Dekatnya kejadian kiamat sebenarnya telah jelas  didalam AlQur'an pada ayat berikut;

"... boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat waktunya." (Al Ahzab: 63)

Nabi saw telah bersabda:
"Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadits Anas dan Sahl bin Sa'ad)


Tanda-tanda Kecil Kiamat


Didapati kini, seluruh tanda-tanda kecil telah muncul atau telah berlaku berdasarkan rujukan hadis-hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari”

-Penaklukan Baitulmuqaddis yang telah berlaku.

“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah berleluasa bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”

-Berleluasa penggunaan alat muzik
-Penyanyi wanita  dipopularkan.

“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”

-Menghiasi masjid untuk bermegah-megah, antara nya dari sudut teknologi pembinaan (arkitek) dan ukiran-ukiran seni yang melampau dalam sudut kesenian bukannya dalam memakmurkan rumah Allah dengan peribadatan.

“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

- Perbuatan keji iaitu perbuatan yang bercanggah dengan akhlak Islam.
- Penggunaan perkataan yang keji antaranya "four letter words" dan sebagainya menjadi kebiasaan.
- Memutuskan hubungan silaturrohim antara keluarga dan kerabat. 
- Sikap buruk dengan tetangga.


“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”

- Orang yang menguasai ini adalah orang munafik dan fasik dari kalangan orang Islam. Mereka jahil (bodoh)  dan berperangai buruk. Mereka menguasai pemerintahan malah tidak berpegang pada ajaran agama Islam  disebabkan kejahilan mereka dan berperangai jelek.
- Mereka yang tidak menguasai pula dan paling baik ketika itu adalah orang beriman yang berpegang pada ajaran agama dengan ilmu dan berakhlak mulia sebab mereka berpandukan atau diapit oleh dua orang mulia yang mengajarkan Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w mereka adalah para mufassirin dan muhaddithin

“ Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad 

- Wujudnya kekeliruan sebab ada dikalangan orang kafir yang tidak dikenali mengucapkan salam maka orang Islam jadi lebih berhati-hati menyampaikan salam oleh itu umat Islam memberi salam kepada mereka yang dikenali saja. Keadaan bertambah rumit apabila ada orang murtad dikalangan umat Islam mengucapkan salam sedangkan mereka telah murtad tidak layak diucapkan salam keatas mereka.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Pakaian ini adalah pakaian yang nipis dibuat dari material yang lut sinar atau fesyen yang memperlihatkan kulit atau pakaian dalam, termasuk pakaian yang ketat memperlihatkan bentuk badan dengan jelas dan juga pakaian yang ketat, yang mana warna pakaian itu menurut  warna kulit seolah-olah tidak memakai pakaian.

“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

- Berlaku keadaan banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
- Menyampai berita atau khabar yang bersifat fitnah.
- Sesuatu perkara baru sengaja diada-adakan, seperti Islam Hadhari, liberalisma, fahaman sekularisma dan perjuangan perkauman dan sebagainya lagi berita dan khabar yang sesat atau bidaah.
- Berita disebarkan oleh pembohong-pembohong seperti wartawan-wartawan  yang menyampaikan berita bohong  yang memfitnahkan seseorang atau pihak tertentu.
- Jauhkan diri mu dari mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dengan tidak menerima berita yang disampaikan oleh mereka.

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar, kesannya penjenayah atau mereka yang melakukan kesalahan terlepas dari tindakan undang-undang.


“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim 

- Berlaku perubahan alam di padang pasir negara Arab yang kering kontang sukar untuk tumbuhan dan haiwan hidup telah bertukar kepada padang rumput.
- Perubahan ini berlaku kerana  terbentuk sungai-sungai di permukaan bumi.
- Disini wujudnya tekanan dibahagian lapisan bawah kerak bumi yang menolak lapiran air keatas menjadi lebih hampir ke permukaan bumi.
- Wujud tolakan air keatas adalah kesan tekanan tinggi dilapisan bawah kerak bumi menyebabkan lapisan penyaliran air pula tertolak keatas dan hampir ke permukaan bumi sehingga terbentuk padang rumput sebab akar rumput itu memperolehi air malah air memancar keluar mebentuk sungai-sungai.


“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

- Banyaknya sifat bohong, adalah apabila berleluasanya perbuatan membohong, malah menjadi perkara biasa. Sebagai contohnya,  kalau tidak menipu dalam perniagaan tidak akan dapat untung, maka menipu menjadi amalan dalam perniagaan. Membohong atau menipu dilakukan kerana untuk mencapai sesuatu tujuan dan motif. Situasi ini berlaku apabila ramai manusia tidak ikhlas maka mereka sukar berlaku jujur dalam berkata-kata. Faktor suka membohong ini disebabkan terhakisnya iman sebab tidak berpegang kuat pada nilai-nilai  murni ajaran agama Islam iaitu berkata benar pada sebilang masa. Lunturnya sikap sentiasa berkata benar maka muncullah pula sikap suka berbohong. Sikap ini sangat bahaya apabila sifat selalu berbohongan menjadi kelakuan yang biasa dalam kehidupan seseorang, ianya juga terheret sanggup membohongi/mendustakan  kebenaran Islam. Seperti wartawan atau penulis buku, yang melemparkan fitnah keatas seseorang.

- Pendek waktu, adalah perasaan kita merasakan jarak yang dekat antara suatu tempat ke tempat yang lain. Pendek waktu ini  adalah kesan dari kemajuan teknologi pengangkutan atau kenderaan  yang telah mempercepatkan pergerakan manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kemjauan teknologi pengangkutan seperti kenderaan, keretapi, kapal terbang dan lain-lain teknologi telah mempercepatkan pergerakan manusia melahirkan satu perasaan (kesan psikologi ) iaitu dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar samalah dari satu tempat ke tempat lain.  Jika kemajuan teknologi  pengangkutan bertambah maju maka jarak antara satu tempat dengan tempat lain ini dirasai lebih dekat sebab semakin pendek tempoh masa diperlukan untuk sampai ke destinasi yang di tuju.



“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.



"Akan terdapat ramai anak luar nikah."  Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

- Pergaulan bebas mencetuskan ramai anak luar nikah, sebab di tempat-tempat hiburan yang tidak menurut dan menepati kaedah syarak ini menjadi tempat pergualan bebas antara lelaki dan wanita. Hub-hub hiburan yang berkembang inilah yang  sudah tentunya menjadi hub melahirkan anak luar nikah.

- Apabila wujud hub hiburan sekaligus membuktikan akan terdapat ramai anak luar nikah.

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

- Kekayaan yang dikuasai segelintir orang saja sama satu kelompok, kroni,  satu golongan yang menguasai dunia melalui peperangan tetapi yang menguasai kekayaan negara yang dicerobohi itu hanya dikuasai oleh segelintir orang sahaja atau golongan tertentu sahaja.
- Pihak yang menjaga barangan yang diamanahkan dimana barangan itu berada dalam tanggungjawabnya telah bertukar kepada barangan yang dirampas. Kemungkinan dilakukan secara tersembunyi melalui penipuan malah kemungkinan melibatkan salahguna kuasa sehingga harta yang diamanahkan itu dibuat seperti hartanya sendiri.
- Pihak yang menjaga amanah pengurusan zakat berat melaksanakan amanah atau berkurangnya sifat amanah , maka terasa berat ini  menjalankan syariah maka zakat dijadikan hutang sebab tidak disalurkan.
- Suami yang mentaati isteri (Queen Control) sehingga menderhakai ibunya,
- Seorang anak yang berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya sebab bapanya hendak menasihati atau menegur anaknya. Anak itu terlalu terpengaruh dengan temannya sehingga anak itu berbuat baik dan beramah mesra dengan rakannya lebih dari bapanya.
- Suara (manusia) meninggi  (termasuk menjerit dan berteriak) di masjid-masjid disebabkan kejahilan dalam amalan Islam.
-  Muncul pemimpin suatu kaum yang bersifat keji dan pemimpin suatu kabilah kepada suku bersifat fasik. Ianya pemimpin tertinggi yang keji dan pemimpin dikalangan akar umbi yang fasik.
- Seseorang itu dihormati bukan kerana jasa budi dan kebaikannya tetapi kerana orang takut akan kejahatannya.
- Arak jadi minuman biasa dikhalayak ramai. Minum arak telah jadi budaya yang berleluasa dalam msyarakat sebab pemimpin juga mium arak.
- Kain sutera  jadi kegemaran lelaki kerana faktor kejahilan ajaran agama Islam dan kuatnya pengaruh pereka fesyen pakaian lelaki yang mengguna kain sutera.
- Pada zaman ini muncul penyanyi-penyanyi  perempuan yang begitu ramai mampu mengheret umat Islam terutamanya golongan remaja kearah hiburan yang melampau. Apatah lagi lahirnya berbagai alat-alat muzik yang moden.
- Orang zaman ini mengutuk umat terdahulu adalah suatu sikap yang negatif  sebab mengutuk umat terdahulu tidak akan membawa kebaikan atau perubahan pada diri. Yang penting adalah mengambil pelajaran dari kisah umat terdahulu samada yang baik atau buruk menjadi pelajaran yang berguna, apabila berlaku keadaan ini maka tunggulah berlaku tiupan angin merah (kemungkinan angin yang membawa kabut berwarna merah) atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan. Islam Hadhari adalah satu bentuk kutukan kepada umat Islam terdahulu pada zaman baginda Rasulullah s.a.w.




“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

- Peminpin yang jahil (bodoh) adalah pemimpin yang tidak tahu merujuk urusan pemerintahannya pada Al Quran dan Hadis dan tidak juga pada para ulama, pemimpin yang mengada-adakan sesuatu dan lebih buruk sekaligus mengheret umat Islam kearah amalan khurafat, syirik dan perbuatan dosa dan zalim serta membawa umat Islam kearah kesesatan dan kemurtadan.
- Bilangan polis yang meningkat memberi petunjuk bahawa jenayah juga meningkat dan berleluasa dan dapat didapati lebih banyak berlaku kejahatan.
- Penjualan kepimpinan ini adalah percaturan politik dalam proses pemilihan pemimpin sepertimana wujudnya budaya  politik wang sehingga pemilihan itu tidak lagi menurut kriteria yang mulia seperti amanah, bijaksana dan bermatlamat membantu rakyat.
- Tidak menghargai darah adalah keadaan dimana berlaku pembunuhan sewenang-wenang saja, seperti menembak sewenang-wenang sahaja sepertimana berlaku di Memali Kedah dimana darah dialirkan tanpa alasan yang benar dan berlaku kematian keatas mereka yang disiasat.
- Pemutus silaturohim adalah mereka yang mencetuskan perpecahan membawa agenda pecahbelah atau berlaku perbalahan dan pertelengkahan.  Pemutus silaturrohim. ini melakukan agenda pecah dan perintah.
- Orang mabuk menjadikan Al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya.


"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan" - Sahih Bukhari

- Ilmu telah diangkat atau hilang dari ingatan manusia adalah apabila orang-orang yang berilmu tentang fenomena alam (sunnah Allah) dimatikan atau ilmu itu hilang dari ingatan, ilmu itu adalah ilmu tentang sunnah Allah. Ilmu ini telah disalahgunakan untuk menentang syariat Allah membawa manusia jauh dari melihat kebesaran dan keagungan Allah malah menentang usaha menyeru manusia kepada menyembah Allah.
- Banyak kejadian gempa bumi adalah berpunca dari kehidupan manusia yang banyak melakukan perbuatan dosa dan sudah tentunya mengundang kemurkaan Allah maka banyak berlaku kejadian gempa bumi.
- Banyaknya berlaku huru-hara dan penyebaran kejahatan  adalah berpunca dari fitnah Dajjal secara terancang oleh golongannya iaitu golongan musuh-musuh Allah yang dilaknat yang mencetuskan huru-hara diseluruh dunia bertujuan untuk menguasai dunia.

“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

- Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat atau lebih tepat sebagai destinasi perlancongan semata-mata dimana terdapat umat Islam sekadar melancong ke masjid untuk melihat-lihat tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
- Mati mendadak adalah situasi manusia yang mana anggota tubuh badannya tidak lagi lagi memberi petunjuk keadaan sebenarnya bahawa dia seorang sihat tubuh badan. Pada hakikat sebenarnya berbagai faktor mempengaruhi kehidupan manusia pekerjaannya, pemakanan dan minumannya serta persekitaran sebagai contoh seseorag itu terdedah pada radiasi tertentu menyebabkan dia mengalami kanser tanpa di ketahuinya dan ini adalah faktor persekirtaran.


“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

- Situasi zaman itu adalah seumpama seorang Raja (pemimpin atau pembesar) yang dikelilingi putera dan puteri Rom dan Farsi. Iaitu wujudnya senario yang tidak Islam sama sekali dimana wujud pemimpin atau orang besar umat Islam yang berjalan dengan sombong dan angkuh dikelilingi anak buahnya tetapi berperangai buruk hendak menguasai orang-orang yang paling baik melalui tipudaya.  Semua ini berlaku hasil dan kesan dari fitnah Dajjal yang berjaya membentuk dan menyuburkan budaya itu dan melunturkan akhlak Islam dikalangan umat Islam.

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya." - Riwayat Bukhari dan Muslim ”

- Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan , huru-hara, peperangan sehingga keadaan umat Islam dalam kesengsaraan.


“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad


- Salam hanya kepada orang yag dikenali dimana situasi ini berlaku kerana berbagai bentuk ajaran sesat (fitnah)  yang  berlaku dikalangan umat Islam sehingga seorang muslim begitu berhati-hati menyampaikan salam kepada seorang Islam yang lain kecuali telah dikenalinya.
- Isteri membantu suaminya dalam berdagang adalah situasi keadaan kehidupan yang begitu mendesak disebabkan beban kehidupan. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi seorang isteri turut bekerja membantu suaminya dalam perniagaan.

“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia, sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah 

- Seorang yang dilihat hebat sebab dia pandai mengkritik, maka dia dilihat pintar samada dalam andaiannya atau melontarkan sindiran-sindiran sedangkan dia seorang yang tidak ada iman sedikit pun.
- Dia dilihat pintar dikalangan mereka yang jahil tentang agama dan mereka yang melihatnya tidak ada iman sedikitpun adalah mereka yang faham agama kerana dia dilihat melakukan atau berkata sesuatu yang bercanggah dengan Al Quran dan Hadis.


-----------------------------------------------------------------------------------------

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP