PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Monday, November 29, 2010

Belia Malaysia Bukan Kayu

Belia Malaysia Bukan Kayu

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
MONDAY, 29 NOVEMBER 2010 12:27

Seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidn Yasin di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen hari ini, supaya generasi muda tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya, sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran. Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapok Umno sahaja.

PAS ingin mengingatkan kepada Timbalan Presiden Umno ,belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari. Belia tahu mana intan dan mana kaca. Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita. Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan.

Sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisma perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini. Mereka sudah boleh melihat contoh hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi keterampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini. Macam mana Tan Sri Muhyidin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin Umno sehinggga memberi kesan kepada mereka untuk membina kualiti hidup yang lebih baik.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

1 comment:

  1. Syabas pada Ustaz Idris Ahmad
    Ketua Penerangan PAS Pusat

    memberi teguran dan buah fikiran pada Pemimpin UMNO terhadap seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidn Yasin di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen.

    Timbalan Perdana Menteri wajar fikirkan berikut:

    1. Majoriti generasi muda tidak terpedaya dengan pemimpin UMNO yang mempunyai kepentingan tersendiri.UMNO memerintah dengan kroni-kroni mereka. Dan seruan itu hanya sesuai pada para pemuda dari keluarga kroni UMNO sahaja yang bilangan yang sedikit itu menguasai kekayaan negara.

    2. Seruan itu membawa ideologi (sekular) dan di salutkan dengan perjuangan yang kononnya indah bunyinya dan dilihat satu kenyataan yang tersilap sasaran seolah-olah sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu (karat pun biru) yang hanya menelan maklumat melalui media lapok Umno sahaja.

    3. PAS ingin mengingatkan kepada Timbalan Presiden Umno ,belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa (sampai mahasiswa pun mereka anggap macam tunggul kayu), mereka lupa generasi muda zaman ini hidup di zaman langit terbuka dan maklumat hanya di hujung jari.

    4. Belia tahu mana intan dan mana kaca. Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita. Generasi muda memang telah bercakap hal-hal lebih besar bukan lagi tiang letrik, paip air tapi bercakap seperti kualiti pengurusan, sistem pentadbiran, keadilan, hak rakyat kewibawaan kepimpinan dan macam-macam lagi. Jadi jika bersembang dengan pemuda pakatan rakyat hancurlah UMNO jawabnya.

    5. Mereka (generasi muda) tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan. Contohnya: UMNO mengabaikan keselamatan negara membenarkan APCO puak Zionis masuk negara ni maknanya generasi muda yang akan hidup berhadapan dengan APCO Yahudi di masa depan mereka?

    6. Mereka (generasi muda) sudah boleh melihat contoh hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi keterampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini.

    NASIHAT PADA GENERASI MUDA:

    Sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisma perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini.

    NASIHAT PADA MUHYIDDIN:

    Macam mana Tan Sri Muhyidin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka (generasi muda) mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin Umno sehinggga memberi kesan negatif kepada mereka.

    Bukankah keluarga generasi muda,semakin sesak nafas hendak membina kualiti hidup yang lebih baik. Lihat saja di Selangor pengurusan air oleh syarikat konsesi peninggalan UMNO menyesak nafaskan rakyat selangor.

    Syabas pada Ustaz Idris Ahmad melegakan nafas, kalau tidak sesak nafas dibuatnya.

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP