PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Monday, May 31, 2010

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar 'intifada'

Mei 31, 10 6:03pm

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu. - malaysiakini

Monday, May 10, 2010

PRK Sibu : PAS temui masyarakat Kristian Sibu

Ditulis oleh Rakyat Marhaen

SIBU, 10 Mei - Pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya dari Parti Islam Se-Malaysia, membuka lebaran politik baru dengan lawatan ke Gereja Sacred Heart, semalam.


Menongkah propaganda BN yang selama ini menggambarkan PAS sebagai parti anti-bukan Islam, Ahli Parlimen Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud menemui penganut Kristian setempat di Sibu.

PAS katanya berharap, dengan lawatan itu persepsi parti ekstremis dapat dileraikan, dan kerjasama yang lebih erat antara Pakatan Rakyat dan masyarakat bukan Islam setempat terjalin.

Mengikut sejarah, Sibu sememangnya bandar masyarakat Kristian. Gereja boleh dilihat d merata tempat, bersebelahan satu sama lain dan potret Mariam ibu Jesus bagaikan hiasan di bandar ini.

Jumlah pengundi di kawasan Parlimen Sibu mencecah 54,695 orang, dimana 53 peratus darinya menganuti agama Kristian. Undi dari jemaah gereja memainkan peranan penting dalam PRK Sibu.

“Kita tidak mempunyai permusuhan atau niat jahat terhadap penganut agama lain. PAS menghormati semua agama dan hak mereka beragama, tidak sepertimana yang dipaparkan media BN,” kata Khalid Samad.

Mereka yang ditemui di gereja Sacred Heart itu menyambut kedatangan pimpinan PAS dengan tangan terbuka, malah pihak gereja menunjukkan sikap ingin tahu dan mahu mengenali Pakatan Rakyat yang dikatakan bersikap lebih terbuka dan moden, berbanding Umno-BN.

Walaupun ketegangan isu kalimah Allah berjaya diredakan pimpinan Pakatan Rakyat, namun pemimpin gereja masih lagi mengambil kisah dengan campurtangan BN dalam urusan keagamaan masyarakat Kristian.

“Saya pernah pergi ke beberapa gereja dan berbincang dan berbual bersama jemaah gereja. Ia mencetuskan sedikit kegemparan kerana ia budaya berbincang ini tidak pernah dibawa Umno-BN,

Semasa saya belajar di United Kingdom, saya sering menyertai perbincangan antara agama, tetapi di Semenanjung wacana seperti ini agak pelik. Tetapi hari ini di Sibu, kita turun padang dan menunjukkan bahawa kita mahu bersahabat dengan semua,” tegas Khalid.

Kelmarin DAP turut mengadakan satu mesyuarat tertutup bersama pemimpin gereja. TV Selangor difahamkan ia mendapat sambutan baik, kira-kira 60 paderi menghadiri pertemuan itu.

Mereka yang hadir menyuarakan kekhuatirean mereka diatas campurtangan kerajaan persekutuan dalam amalan agama. Mereka bimbang jika hari ini BN melarang penggunaan kalimah Allah, esok lusa amalan-amalan lain atau saiz gereja di satu-satu kawasan akan turut dijadikan isu.

“Bukan sedikit anggota PAS yang berdialog dengan masyarakat agama lain. Kita tidak mempunyai masalah untuk bertemu dan menjawab persoalan dan menjelaskan prasangka atau ingin tahu masyarakat bukan Islam.

Bahkan, tuntutan masyarakat Kristian seperti keadilan, kesaksamaan, urustadbir berhemah dan bertanggungjawab adalah juga yang dituntut oleh Islam. Kita sokong tuntutan ini,” tambah Dr Mariah Mahmud.

Bagi PAS dan Pakatan Rakyat, keperibadian seorang pemimpin mencerminkan ketaatannya pada agama yang dianuti. Bagi Pakatan Rakyat, agama bukan alat politik mengaut undi, tetapi agama adalah panduan menuju pembentukan masyarakat madani, moden dan berprinsip.

“Agama itu harus dicerminkan melalui tindak-tanduk individu. Jika kita bersembahyang, tetapi dalam masa yang sama kita tidak adil, kita rasuah, kita zalimi orang lain, maka itu serupa seperti kita memperlekehkan tuhan. Tidak boleh ada percanggahan antara agama dan kehidupan sehari, dan nilai agama harus dibawa ke arena politik, tanpa meminggirkan toleransi dan hak orang lain,” kata tambah Khalid pula.

Selangor akan ‘merakyatkan’ khidmat bekalan air

KLANG, 21 Mac: Langkah Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih konsesi air daripada tangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga dialu-alukan oleh rakyat dan sudah tentu akan ‘merakyatkan’ perkhidmatan bekalan air, bukan mementingkan keuntungan sahaja.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (gambar) menekankan akses kepada air adalah hak assisi manusia dan hak itu tidak boleh dikompromikan.

Beliau turut merakamkan kekesalan terhadap perbalahan pemotongan air di Pangsapuri Armada Putra, Pulau Indah pada malam 19 Mac lalu di mana pihak Syabas bersama polis ingin memotong bekalan air kali ke-11 tetapi dihalang oleh penduduk dan mencetuskan kekecohan.

Beliau berkata, Syabas sepatutnya boleh mengelakkan tindakan keterlampauan itu dengan memberi kelonggoran beberapa minggu bagi Kerajaan Negeri Selangor membuat bayaran dan berunding masalah itu seterusnya.

Sebelum ini, katanya kerajaan negeri telah bersetuju membayar tunggakan air sebanyak RM40,000 sebagai langkah pertama sambil membincang dengan semua pihak berkenaan untuk mencapai penyelesaian keseluruhan.

“Akan tetapi kerajaan negeri tidak dapat membuat bayaran dalam masa satu minggu kerana terikat kepada prosedur kewangan kerajaan negeri,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Nik Nazmi telah meminta agar Syabas memberi kelonggaran tarikh bagi membuat bayaran itu.

Bagaimanapun, tambahnya permintaan itu ditolak oleh Syabas dan telah mengarahkan pemotongan bekalan air serta-merta selepas tarikh tamat iaitu 19 Mac lalu.

“Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Syabas hanya mementingkan keuntungan dan tidak menguruskan bekalan air dari aspek sosial dan perikemanusiaan. Ini merupakan suatu masalah yang mesti timbul selepas kerajaan menswastakan kemudahan awam seperti bekalan air,” ujarnya lagi.

Di samping itu, katanya pihak Syabas juga perlu memikul sebahagian tanggungjawab mengenai jumlah tunggakan bil air di Armada Putra.

Ini, ujarnya adalah kerana syarikat itu tidak mengesan masalah kebocoran air dan membaiki secepat mungkin.

Menurutnya, kebocoran paip telah menyebabkan tunggakan melambung sehingga RM800,000 yang tidak mampu ditanggung oleh penduduk.
PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP