PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Thursday, December 16, 2010

Pelacuran Di IPT Mesti Disiasat Punca Dan Keterlibatan Siswa/wi Di Dalamnya

Ditulis oleh Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Pusat
TUESDAY, 14 DECEMBER 2010 18:29



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA



PELACURAN DI IPT MESTI DISIASAT PUNCA DAN KETERLIBATAN SISWA/WI DI DALAMNYA

Berita kegiatan yang dijalankan oleh segelintir siswa/wi IPT yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 9 Dis baru-baru ini amat memeranjatkan rakyat Malaysia. Menurut Dr Jaina Sintian selaku Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), kedapatan sebilangan siswa/wi IPT yang terlibat di dalam kegiatan pelacuran demi membiayai kos pengajian mereka. Pemuda dan pemudi yang bakal menjadi generasi pewaris bagi pentadbiran Malaysia melakukan aktiviti yang cukup menjatuhkan maruah dan imej Negara kita.

Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada pihak-pihak yang berkenaan secara lansung ataupun tidak untuk menyiasat apakah punca kegiatan ini dilakukan di samping menilai sejauh mana keterlibatan mereka di dalam kegiatan ini.

Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini. Sikap yang tidak wajar saya rasakan apabila munculnya isu-isu sebegini, kita saling menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu. Saya merasakan kita perlu menyelesaikan isu ini secara bersama. Sikap melepaskan diri dan menyalahkan pihak yang lain sebenarnya akan lebih membarahkan masalah social ini di kalangan mahasiswa/wi IPT di dalam Negara kita.

Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia untuk membantu dalam apa jua aspek pembentukan , pengkaderan serta pembinaan akhlak dan minda mahasiswa\i malah jika perlu , DPP Malaysia juga bersedia member khidmat bimbingan dan kaunseling buat mereka yang telah terlanjur asal sahaja ada kerjasama dan kelepasan dari pihak berwajib university dan penguatkuasa dari pihak kerajaan.

Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan, generasi mahasiswa/wi ini adalah penentu kepada jatuh bangunnya sesebuha Negara. Rosak mereka menatijahkan kemunduran dan kerosakan yang bakal berlaku di dalam sesebuah Negara.

1 comment:

  1. Jika ada siswa yang terlibat melacurkan diri di dalam kegiatan pelacuran demi membiayai kos pengajian mereka, maka ianya tidak mustahil mereka juga boleh melacurkan diri untuk lulus pengajian.

    Dengan ini memang betullah pemimpin sebenarnya membentuk budaya buruk ini sebab tidak ambil berat masalah yang berpunca dari kos pengajian dan bukan semata-mata melahirkan ramai graduan rakyat sahaja tetapi bermasalah.

    Pemimpin yang tidak endahkan masalah dan bahaya pelacuran di IPTU ini adalah faktor utama yang mencetuskan masalah ini.

    Kecuaian pemerintah atau parti BN yang memerintah ketika ini tidak wajar diberi maaf sebab merekalah yang melahirkan sebahagian siswa/wi yang menghadapi masalah dan akhirnya menjadi pemimpin dan pentadbir yang bermasalah di masa akan datang sebab mereka tidak ambil berat.

    Mereka hanya tahu melaung slogan ketuanan melayu sahaja tetapi tidak pun memngtaasi masalah siswa/wi di IPT secara bersungguh-sungguh malah menghabiskan duit rakyat untuk melaksana projek kroni sahaja..

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP