PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Tuesday, December 21, 2010

Berhati-hati mahu bicara tentang Hal Ehwal Islam

Ditulis oleh Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

BERHATI-HATI KETIKA MAHU BICARA TENTANG HAL EHWAL ISLAM


Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro bertarikh 11 Disember 2010 benar-benar mengejutkan umat Islam apabila dilaporkan bahawasanya Dr Fadzilah Kamsah telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan seseorang itu melacurkan dirinya dalam dharurat. Kenyataan ini hampir sama nadanya dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Masyitah Ibrahim sekitar tahun 2005 dahulu.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh umat Islam ingin mengingatkan dengan jelas dan tegas agar hukum agama tidak diungkap sepintas lalu tanpa mempunyai asas dan nas yang tepat, juga sensitiviti Islam itu tidak dipermainkan. Saya ingin mengingatkan, bahawa semua pihak yang ingin bercakap mengenai agama khasnya, perlu merujuk kepada mereka yang lebih tahu akan Islam itu dari sudut asas dan cabangnya sebelum mengeluarkan satu-satu kenyataan mengenainya.

Kenyataan yang membenarkan seseorang itu melacurkan diri dengan alasan dhorurat tidak sepantasnya dikeluarkan begitu sahaja. Kenyataan demikian jelas bercanggah dengan maqasid Islam itu sendiri. Islam tidak mengajar kita menghalalkan cara demi mencapai matlamat kita. Sekali lagi, saya ingin mengingatkan agar kita perlu lebih berhati-hati sebelum menjawab satu-satu soalan apatah lagi sekiranya soalan itu bukan di dalam kepakaran kita.

Seperkara lagi, saya ingin persoalkan apakah rasionalnya isu pengharusan zina atau melacur kerana dhorurat ini ditimbulkan? negeri atau negara mana yang mengalami dhorurat sehingga rakyatnya terpaksa melacur? dhorurat yang bagaimana sehingga pelacuran terpaksa dihalalkan begitu sahaja?

Apakah Negara kita telah kehabisan makanan? apakah kerajaan Negara ini telah kehilangan moral dan nilai simpati untuk membantu rakyatnya? apakah masyarakat kita telah pupus semangat membantu dan menghulur bantuan kepada yang memerlukan? atau hukum itu diberi pada reality yang tidak wujud?

Suka saya tegaskan bahawa meminta sedekah itu jauh lebih baik dari melacurkan diri jika hanya kerana ingin mencari sesuap nasi. Apakah jawapan sebegini tidak boleh diberikan oleh beliau? sementara ia boleh mengelakkan kekeliruan berlaku dikalangan masyarakat yang jahil hari ini khasnya dalam dunia yang penuh dengan maksiat dan mungkar. Mudah sahaja si jahil akan berhujjah bahawa mereka melacur kerana ingin mencari sesuap nasi.

Akhirnya saya nasihat agar semua pihak berhati–hati ketika mengeluarkan pandangan atau pendapat. Kenyataan mesti berpijak dialam nyata agar tidak mengelirukan ummah serta wajib mempunyai sandaran nas yang jelas.

1 comment:

  1. Apakah yang jelas haram sema hendak halalkan atau diluluskan oleh UMNO.

    Ini membuktikan UMNO parti tunggang langgang dan jahil agama dan tunduk pada arahan APCO.

    1. Judi hendak dihalalkan atau dikembangkan keseluruh tempat dan boleh dilakukan oleh semua rakyat.

    2. Perlacuran hendak dikembangkan kepada ibu atau wanita dalam dharurat terutamanya ibu tunggal yang tersepit kehidupan mereka.

    3. Khurafat hendak di hidupkan kembali antaranya ancak tiang sri.

    4. Hub Hiburan hendak dikembangkan menjadikan tarikkan pelancong tanpa memikirkan perkembangan maksiat dan pergaulan bebas punca utama pembuangan bayi luar nikah.

    Melihatkan segala mungkar dan maksiat hendak dikembangkan oleh UMNO maka eloklah UMNO dikafankan dan dikebumikan segera dalam PRU 13.

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP