PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Sunday, December 19, 2010

Nik Aziz ucap terima kasih kepada SPRM

Ditulis oleh Rizal Tahir
THURSDAY, 16 DECEMBER 2010 13:50
KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur terhadap Allah berikutan beliau telah digugurkan tuduhan rasuah yang membabitkan tajaan RM65,000 oleh syarikat swasta untuk menunaikan haji awal tahun lalu.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Nik Aziz mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah membersihkan namanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan SPRM yang telah membebaskan dakwaan terhadap beliau semalam sebagaimana yang disiarkan oleh media hari ini.

Semalam SPRM menutup dua kes berpotensi tinggi membabitkan Menteri Besar Kelantan iaitu berhubung kes tajaan sejumlah RM65,000 untuk menunaikan haji dan tuduhan salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Eksekutif (CEO) PMBK.

Keputusan itu diumum oleh Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil pada sidang media selepas mesyuarat PPO bersama SPRM semalam.

Hadenan juga turut mendakwa, pelantikan Arrifahmi lebih kepada pertukaran nama jawatan iaitu daripada Ketua Pegawai Operasi kepada CEO PMBK.

Sebelum ini, media membuat laporan kononnya Nik Aziz telah menerima pakej menunaikan fardhu haji bernilai RM65,000. Ekoran dakwaan tersebut Nik Aziz telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan fardhu haji pada tahun lepas ke tahun ini.

Sementara itu, SPRM juga telah mengumumkan, pegawai kerajaan di negeri Kelantan adalah antara yang terendah terlibat dengan rasuah.

1 comment:

  1. SPRM salah faham dan sekadar terima laporan tuduhan dari orang yang benci Tuan Guru.

    Senang cerita jerung besar yang diternak di kolam-kolam banglo mewah tidak pulak tangkap. Tak habis-habis tangkap bilis dalam akuarium. Perlu ingat jerung besar itu melahirkan banyak bilis.

    Bila tangkap Jerung , bilis pun tentunya dapat isyarat. Buat kerja biak betul, tangkap saja jerung tu supaya impaknya memberi kesan yang segera dan dunia nampak Malaysia benar-benar serius menghancurkan rasuah.

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP