PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Friday, October 1, 2010

Datuk Seri Najib Kecewa Rakyat Tolak Umno

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
FRIDAY, 01 OCTOBER 2010 08:33


Parti Islam Semalaysia (PAS) berpandangan ucapan Datuk Seri Najib Razak pada Malam Sejuta Harapan Ke-6 Yayasan Basmi Kemiskinan di Pusat Persidangan Sime Darby, Kuala Lumpur, malam tadi sebagai satu ucapan orang yang tidak menerima kekalahan dalam sebuah negara demokrasi.

Sejak daripada pilihanraya 2008, banyak ucapan pemimpin umno yang menampakkan kekecewaaan yang tidak berkesudahan. Pemimpin umno BN menganggap bahawa mereka sahaja yang boleh memerintah Malaysia ini sampai kiamat, seolah-olah kerajaan mereka tidak ada ajal. Sedangkan dalam sebuah negara demokrasi jatuh bangun adalah biasa. Semua perubahan adalah untuk kebaikan kepada rakyat. Selalu pemimpin umno berhujah jika kerajaan sering bertukar kerajaan tidak maju, hujah ini tertolak kerana Jepun, Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain negara tetap unggul dan hebat walaupun parti politik sering bertukar ganti

PAS menasihatkan pemimpim umno belajarlah politik daripada PAS, yang bersemangat kental dalam menghadapi perjalanan politik, walaupun tidak berada di padang yang sama. PAS pernah memerintah Kelantan daripada tahun 1959 selama 18 tahun kemudian tewas pada tahun 1978 melalui tindakan yang tidak demokratik. Akhirnya PAS bangkit kembali dan berjaya menguasai Kelantan 1990 hingga kini. Begitu juga Terengganu PAS pernah menang pada tahun 1959 dan jatuh melalui teknik ynag tidak bermoral pada tahun 1961. Kemudian mendapat mandat kembali pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004 melalui konspirasi yang terburuk melalui penambahan pengundi yang tidak masuk akal sehingga 17%. Namun PAS boleh bersabar dan membuat muhasabah dalaman dan menyusun strategi untuk maju ke hadapan. Perakara ini tidak berlaku kepada pemimpin umno Bn.

PAS berpandangan kenyatan Datuk Seri Najib yang mengatakan sealah-olah rakyat susah dengan pertukaran kerajaan di Selangor adalah tidak lojik. Orang buta yang rasional boleh beza antara kerajaan umno BN di Selangor selama 51 tahun dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru sahaja mencecah umur tidak sampai 3 tahun, tetapi sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Apakah dengan pembiayaan air percuma, skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), skim kifalah RM2500 untuk warga emas yang meninggal, masjid diimarahkan, program pembinaan jati diri melalui program SPIES ini adalah amalan buruk?

Datuk Seri Najib melahirkan rasa kecewa kerana banyak rancangan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah tergendala kerana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah mengambil semula tanah milik Yayasan basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah seluas 312 hektar itu atas alasan tidak bayar tunggakan cukai RM5.7 juta. Tapak itu mulanya dicadangkan untuk membuka kampus cawangan UiTM. Perlu diingat bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah mengikut peraturan. Kenyataan akbar mengenai kertas putih Yayasan Basmi Kemiskinan oleh YAB Tan Seri Khalid Ibrahim pada 13 April 2010 boleh dirujuk, bagaimana banyak keraguan perjalanan Yayasan Basmi Kemiskinan selama ini sehingga orang miskin semakin bertambah kerana ia tidak menepati sasarannya.

Daripada ucapan Presiden umno ini sudah menampakkan keresahan beliau kerana kehilangan kuasa di Selangor yang dianggap lubuk emas selama ini sudah menjadi lubuk puaka untuk umno. Rakyat semakin menerima perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Paktan Rakyat walaupun menerima berbagai halangan daripada kerjaaan pusat. Model yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan inilah yang akan menjadi peta lakaaran untuk menguasai Putera Jaya pada pilihanraya ke 13 nanti insyaAllah.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments:

Post a Comment

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP