PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Tuesday, January 4, 2011

Perlantikan Isa Samad, NKRA Najib Memerangi Rasuah

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
TUESDAY, 28 DECEMBER 2010 10:09


Parti Islam Se-Malaysia PAS menyifatkan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda, berkuat kuasa 1 Januari 2011, sebagai satu lagi pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan pada 20 Januari 2010. Antara NKRA telah diputuskan oleh Kabinet ialah membanteras rasuah melalui Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

PAS berasa hairan Perdana Menteri yang terkenal dengan berbagai-bagai slogan retorik, untuk membuat pembaharuan (transformasi), tiba-tiba boleh melantik Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun 2004.

Pemilihan ini menggambarkan Datuk Seri Najib seolah-olah tidak nampak di kalangan ahli umno seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja. Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu.

Perlantikan ini menggambarkan inilah watak sebenar Datuk Najib dalam hal memerangi rasuah. Memang kita jarang kedengaran Presiden Umno sekarang ini bercakap tentang memerangi rasuah secara agresif, berbanding dengan zaman Tun Abdullah, walaupun nampak lembut, sekurang-kurangnya zaman Tun Abdullah ada juga daya usaha menubuh Institut Integriti Malaysia, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Patutlah usaha untuk memerangi rasuah tidak berjaya, malahan semakin parah. Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

1 comment:

  1. Najib nampak sangat melalut dan kenyataan Najib bercanggah dengan perintah Allah agar mengubah apa yang ada pada diri itu antaranya menyokong UMNO sejak 53 tahun walaupun menanggung beban hidup?.

    Mengubah kepada lebih baik bukan satu eksperimen sebab perubahan itu adalah jelas diperlukan sekarang sebab pemimpin BN jelas sekali telah menyusahkan dan menzalimi rakyat.

    Oleh itu perubahan yang terbaik adalah perubahan politik iaitu tdak lagi pilih calon BN semasa PRU13.

    Cubalah Najib berfikir untuk menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat. Tentulah rakyat tidak melihat perlu ganti UMNO.

    Ganti UMNO bukan satu eksperiman ianya satu ibadah menurut perintah Allah untuk buat perubahan pada diri kaum itu.

    Buang UMNO maka keadaan rakyat pastinya berubah kepada lbih baik. Inilah yang ditakuti oleh Najib semakin hendak mencengkam rakyat sampai fikir politik pun tidak boleh.


    PAS berpendapat rakyat yang membuat eksperimen untuk menukar kerajaan negeri dalam Pilihanraya Umum 2008 dahulu adalah tepat. Hanya tidak menyeluruh keseluruh negara.

    Rakyat akan lebih banyak bersyukur pada Allah jika menurut perintah Allah membuat perubahan menggantikan UMNO.

    Sekarang beban hidup rakyat begitu terhimpit dengan kuasa membeli semakin menurun, kualiti hidup sudah merosot. Dalam keadaan begini pun Najib suruh rakyat jangan membuat perubahan diri mereka?

    Banyak cantik....Apakah akar umbi UMNO pun dok fikir tembolok dan periuk nasi kroni saja, yang mana akar umbi UMNO yang miskin pun dipinggirkan?

    Apakah salah rakyat terutamanya yang bukan akar umbi UMNO membuat eksperimen untuk beralih pemerintah yang selama ini mengkhianati amanah rakyat?

    Kerajaan yang tidak amanah, khianat dan kerajaan yang bernanah ajib diubah atau menerima keburukan yang Allah timpakan jika tidak mahu campak BN.

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP