PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Wednesday, January 5, 2011

Kali ini, suka atau tidak, umno kena sokong!

Kali ini, suka atau tidak, umno kena sokong!


Khamis, 06 Januari 2011 00:30 BlogMaster Sidang DUN Selangor yang akan turut menyenaraikan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam menentukan pemilihan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Pindaan ini dijangka akan dapat mengembalikan kuasa Sultan melantik penjawat awam utama atas nasihat Menteri Besar, telah dilucutkan oleh umno-apco Be End melalui Pindaan Perlembagaan 1993.

Inilah peluang terbaik untuk Rakyat melihat dan menilai siapa yang akan menyokong pindaan 'serampang dua mata' ini, iaitu untuk membuktikan siapa yang akan menyokong mengembalikan kuasa Sultan dan siapa yang akan 'menderhaka' dengan tidak memberikan sokongan terhadap pindaan ini.

Jika selama ini umno-apco Be End yang kerap melemparkan tuduhan mengatakan PR derhaka kepada Sultan, maka kali ini mereka tiada pilihan selain daripada menyokong usul pindaan oleh PR untuk mengembalikan kuasa Sultan.

Kegagalan ADUN daripada umno-apco Be End untuk menghadiri persidangan DUN dan menyokong usul pindaan ini akan membuktikan kepada Rakyat, siapa sebenarnya yang menderhaka kepada Sultan. Diharapkan tidak ada mana-mana ADUN daripada umno-apco be End yang akan mengambil 'Cuti Derhaka' bagi mengelak diri daripada menghadiri sidang DUN Selangor yang akan datang ini. Seperti kata TS Khalid MB Selangor, "Kita tunggu dan lihat."

1 comment:

  1. Kemungkinan besar pada kali ini sidang DUN akan memaparkan satu puak penderhaka yang terlalu lama menipu rakyat dan menghina Sultan.

    Merekalah yang menghakiskan kuasa Sultan sebab mereka yang hendak jadi berkuasa sepenuhnya.

    Kes Khusrin semakin menarik malah rakyat kemungkinan berpeluang menyaksikan puak penderhaka secara life mengengkari Sultan dengan tidak hadir Sidang DUN.

    Kali ini UMNO kena buat pilihan nak tunduk pada APCO ke atau Sultan? Rakyat masih ingat lagi orang UMNO hina Sultan Terengganu ...."nata".

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP