PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Monday, July 5, 2010

PAS parti 'ajaran sesat', laporan polis dibuat

PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.


Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam

Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali".

"Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat.

Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu.

http://www.malaysiakini.com/news/136423

2 comments:

  1. UMNO terdesak, tanpa menyedari bahawa UMNO adalah Parti Ajaran Sekular. Dan ajaran agama tiada satu pun agama yang membenarkan perjudian. Perjudian hanya dari ajaran sekular.

    UMNO menerima ajaran sekular ini dari penjajah British. Seterusnya ajaran sekular ini dikembangkan dalam semua cabang kehidupan umat Islam. Seolah-olahnya ajaran sekular itu adalah ajaran Islam.

    Inilah kekeliruan pemimpin dan penyokong UMNO. Bukankah Ajaran Sekular itu adalah anugerah dari penjajah British?

    Dengan ini, pemimpin UMNO tidak layak mendakwa parti sekular UMNO diatas jalan yang lurus. Apatah lagi hendak menentukan ajaran dalam PAS samada sesat atau tidak.

    Apapun parti yang sesat adalah parti yang melanggar rukun negara yang pertama. Rukun Negara yang pertama adalah Kepercyaan kepada Tuhan. Parti Ajaran Sekular seperti UMNO tidak pun menjelaskan samada mempunyai tuhan atau tidak.

    Dalam Ajaran Sekular aspek yang diutamakan adalah melakukan agenda penyesatan menipu rakyat untuk memisahkan agama dari pemerintahan dan siasah, keduanya pemikiran menurut persangkaan sahaja tidak menurut Al Quran dan Hadis, dan ketiga pendekatan menurut sukahati semata-mata.

    UMNO jelas sesat dan melanggar Rukun Negara yang pertama, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

    Inilah yang dikatakan sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete
  2. UMNO tu dah memang sah, Parti Ajaran Sekular

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP