PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ADALAH SEBUAH GERAKAN ISLAM...... DASAR PERJUANGAN PAS ADALAH ISLAM......AHLI PAS BERPEGANG TEGUH PADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W .......... VISI KAMI BERHARAP KEPADA RAHMAT ALLAH DAN SEMOGA KAMI LAYAK DIMASUKKAN KEDALAM SYURGANYA........MISI KAMI BERJIHAD UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH MEMPEROLEH RAHMAT DARINYA.......KAMI MENEGAKKAN AMAL MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR..........KEHIDUPAN KAMI BERTERASKAN AQIDAH, SYARIAT DAN TASAUF..........KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAKWAH, SIASAH DAN TARBIYAH..........KAMI MENURUT SUNNAH PERJUANGAN NABI S.A.W ..........KAMI MENDOKONG KEPIMPINAN ULAMA'..........KAMI MENYERU RAKYAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.........PAS UNTUK SEMUA,JOM SERTAI PAS........INILAH PERJUANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIREDHAI ALLAH..........LAUNGAN KAMI ALLAHUAKBAR!......ALLAHUAKBAR!.....ALLAHUAKBAR!.......PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH SERTA MEMPERTAHANKAN SEMUA BANGSA-BANGSA ATAS HAK DAN KEADILAN ISLAM......PAS MELETAKKAN KEAGAMAAN TERATAS DALAM PAKATAN RAKYAT.....PAS MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN AMALAN AGAMA LAIN.

PAS PuchongBlog YDPMGP

Monday, May 10, 2010

Selangor akan ‘merakyatkan’ khidmat bekalan air

KLANG, 21 Mac: Langkah Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih konsesi air daripada tangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga dialu-alukan oleh rakyat dan sudah tentu akan ‘merakyatkan’ perkhidmatan bekalan air, bukan mementingkan keuntungan sahaja.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (gambar) menekankan akses kepada air adalah hak assisi manusia dan hak itu tidak boleh dikompromikan.

Beliau turut merakamkan kekesalan terhadap perbalahan pemotongan air di Pangsapuri Armada Putra, Pulau Indah pada malam 19 Mac lalu di mana pihak Syabas bersama polis ingin memotong bekalan air kali ke-11 tetapi dihalang oleh penduduk dan mencetuskan kekecohan.

Beliau berkata, Syabas sepatutnya boleh mengelakkan tindakan keterlampauan itu dengan memberi kelonggoran beberapa minggu bagi Kerajaan Negeri Selangor membuat bayaran dan berunding masalah itu seterusnya.

Sebelum ini, katanya kerajaan negeri telah bersetuju membayar tunggakan air sebanyak RM40,000 sebagai langkah pertama sambil membincang dengan semua pihak berkenaan untuk mencapai penyelesaian keseluruhan.

“Akan tetapi kerajaan negeri tidak dapat membuat bayaran dalam masa satu minggu kerana terikat kepada prosedur kewangan kerajaan negeri,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Nik Nazmi telah meminta agar Syabas memberi kelonggaran tarikh bagi membuat bayaran itu.

Bagaimanapun, tambahnya permintaan itu ditolak oleh Syabas dan telah mengarahkan pemotongan bekalan air serta-merta selepas tarikh tamat iaitu 19 Mac lalu.

“Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Syabas hanya mementingkan keuntungan dan tidak menguruskan bekalan air dari aspek sosial dan perikemanusiaan. Ini merupakan suatu masalah yang mesti timbul selepas kerajaan menswastakan kemudahan awam seperti bekalan air,” ujarnya lagi.

Di samping itu, katanya pihak Syabas juga perlu memikul sebahagian tanggungjawab mengenai jumlah tunggakan bil air di Armada Putra.

Ini, ujarnya adalah kerana syarikat itu tidak mengesan masalah kebocoran air dan membaiki secepat mungkin.

Menurutnya, kebocoran paip telah menyebabkan tunggakan melambung sehingga RM800,000 yang tidak mampu ditanggung oleh penduduk.

1 comment:

  1. Syabas pada Pakatan Rakyat yang mengutamakan kepentingan rakyat. PR jelas sekali tidak akan membiarkan syabas sesuka hati menguruskan bekalan air cara menekan rakyat, syabas nampaknya makin lama makin menyusahkan rakyat.

    Lagi pun syarikat swasta mana-mana pun lama kelamaan naik tocang pada pemerintah. Syabas pada PR sebab benar-benar menunjukkan perbezaan daripada parti politik sebelumnya dalam menjaga kepentingan rakyat tidak mementingkan golongan kapitalis melebihi kepentingan rakyat.

    ReplyDelete

PAS PusatPAS PuchongBlog YDPMGP